Penjagaan kulit muka untuk wanita tak kisah samaada dalam keadaan biasa atau luar biasa (pregnant. hehe) tetap jadi keutamaan kita kaum wanita, betul tak?Cuma bila dalam keadaan berbadan dua, penggunaan bahan penjagaan kulit muka kena lebih berhati-hati. Sebab ada kandungan yang tidak sesuai di guna oleh wanita semasa tengah pregnant kerana ia menyerap ke dalam aliran darah & boleh membahayakan janin/baby di dalam kandungan. 

Ada wanita yang mengalami masalah kulit sangat sensitif, berjerawat, kusam semasa hamil disebabkan perubahan hormon dalam badan. Ada juga yang tak ada masalah apa-apa. Alhamdulillah bagi yang tak ada menghadapi sebarang masalah. Tapi walaupun tak ada masalah kulit semasa hamil, tetap kena jaga juga pengunaan bahan skincare yang tidak boleh dipakai ibu hamil sebab kita tak nak bahayakan kandungan. Tambah-tambah macam k.fiezz ni yang dah lama menunggu. Eh. hehe. Okey back to the topic

Apapun semua ibu mengandung tetap kena berhati-hati dengan bahan yang ada dalam skincare kita semasa tengah hamil. Jadi sebelum nak guna tu, kena check dulu label dengan lebih teliti. Kita tak nak sebabkan ketaksuban kita nak kulit cantik, licin bagi kesan pada baby dalam kandungan. 

K.fiezz saja share kat sini sebab untuk rujukan diri sendiri juga. Mana tau sis preggy nanti. hehe. Aamiin. 


ELAKKAN PENGGUNAAN BAHAN SKINCARE SEBARANGAN


Jom kita tengok sikit apa bahan skincare yang tidak boleh dipakai ibu hamil. K.fiezz pun baru dapat info ni dari Tik Tok. Bagus TikTok ni banyak tips, petua, info kesihatan yang kita boleh belajar. Bukan setakat untuk menari-nari atau yang bukan-bukan (lagha).hehe.Kat Tik Tok ni ramai pakar-pakar dalam bidang tertentu yang berkongsi benda-benda baru & beri ilmu kepada orang biasa macam kita ni. Contohnya macam info yang k.fiezz nak kongsi di sini berkenaan bahan skincare yang tidak boleh dipakai ibu hamil dari salah seorang Doktor.  

Nak tahu tak apa bahan skincare yang tidak boleh dipakai ibu hamil? Let's check it out!!!

bahan skincare yang tidak boleh dipakai ibu hamil,penjagaan kulit muka,cara penjagaan muka ketika hamil
Sila abaikan gambar. Sekadar hiasan. hehe. Cari gambar yang bersesuaian tak jumpa. 
Boleh lah letak gambar ibu mengandung yang tengah gunting kat area perut dia. Gunting bulu-bulu kot. haha. 

Bahan Skincare Yang Tidak Boleh Di Pakai Oleh Ibu Hamil 

Jadi ibu-ibu mengandung kena take note  bahan-bahan di bawah ni bila memilih skincare untuk digunakan bagi merawat masalah kulit yang dihadapi semasa sedang hamil.
  • Salicylic Acid [kandungan lebih dari 2%]
  • AHA [kandungan lebih dari 7%]
  • Benzoyl Peroxide [ lebih dari 5%] - Digunakan untuk merawat masalah jerawat tetapi membahayakan nyawa  bayi
  • Retinol / Retinoid / Retinyl Palmitate, Retinaldehyde &Adapalene - Terlebih Vitamin A boleh sebabkan kelahiran cacat & keracunan hati
  • Diethylphthalate
  • Hydroquinone - Digunakan dalam produk untuk cerahkan kulit. Biasanya wanita hamil mengalami masalah kulit kusam tetapi semasa sedang mengandung, elakkan untuk guna produk pencerahan kulit sebab ia boleh memberi kesan bahaya kepada bayi. Termasuklah untuk buat rawatan facial atau guna mask
  • Parabens & Pthalates
  • Chemical Sunscreens

Cara Penjagaan Muka Ketika Hamil

Habis tu takkan nak biar je muka kusam, berjerawat, tak berseri masa tengah preggy. Tak payah buat penjagaan kulit muka ke? Eh siapa kata tak boleh. Boleh!! Cuma semasa hamil, kita kena lebih teliti dalam penggunaan sebarang produk penjagaan kulit muka. 

Ni perkara yang perlu di titik berat dalam penjagaan kulit muka semasa hamil

  • Guna skincare yang ada mengandungi Gycolic Acid, Azelaid Acid
  • Periksa label bahan yang digunakan dengan lebih teliti
  • Pastikan kulit sentiasa hidrat
  • Guna Vitamin C
  • Gunakan physical sunscreen
Gycolic Acid & Azelaid Acid  - Antara kandungan yang ada dalam produk penjagaan kulit khusus untuk kurangkan garis halus, mencerahkan & mengatasi masalah jeragat. Penggunaan 2 bahan ni dalam dos yang rendah boleh membantu masalah jerawat disebabkan ketidakseimbangan hormon oleh wanita yang sedang hamil. 

Physical Sunscreen - Sunscreen ini hanya menyerap sinar UV di luar permukaan kulit sahaja & tidak tembus ke lapisan dalam. Cari sunscreen yang ada kandungan titanium dioxide & zinc oxide.

Cari Bahan Skincare Yang Bersesuaian Semasa Hamil

Jadi untuk ibu-ibu yang tengah preggy & ada masalah kulit. Berhati-hati dengan penggunaan skincare.  Cari bahan penjagaan kulit muka yang sesuai untuk digunakan oleh ibu-ibu mengandung seperti di atas. 

K.fiezz pun memang tak sabor nak guna Retinol sebab fungsi dia sebagai anti-aging, merawat masalah jerawat, parut jerawat, jeragat & nak kulit yang flawless.  Sis sabor je ni sebabkan sis tengah ttc, kena KIV dulu. Cepatlah pregnant & bersalin. Aamiin. Eh. haha.  

Bukan Expert Cuma Berkongsi Maklumat!!!

5 Comments

  1. Thankyou share beberapa maklumat ..aamiin aamiin ccl doakan sis fieza dipermudahkan untuk dapat zuriat

    ReplyDelete
  2. bagus sharing ni, kadang2 ada yang tak tahu

    ReplyDelete
  3. tq fieza for sharing. tentu akan byk membantu ibu2 preggy kat luar tu

    ReplyDelete