Percubaan buat Kuih keria, weiiii. First time nak buat kuih keria ni. Idea dari mr hubby lah ni sebab ada beli keledek ungu Cameron dari orang flat k.fiezz ni. Nak buat rebus? Dah try rebus keledek ungu tu tapi macam tak berapa best sebab rasa dia tak berapa manis macam keledek oren. Itu yang mr hubby tanya apa yang boleh buat dengan keledek ungu. K.fiezz try google, jumpa beberapa resipi yang boleh dibuat guna keledek ungu ni antaranya Kuih Keria. So let's try

Tak tahu lah jadi ke idak rupa kuih keria nya. haha. K.fiezz tak pernah buat kuih keria. Sejenis tak minat buat kuih-kuih ni benornya. hehe

Nak cuba apa salahnya kan. Boleh up entry kat blog. haha. Motif sangat. haha. 

Okey jom kita cuba..


Resipi Kuih Keria Keledek Ungu


K.fiezz cari kat Mr Google, memang banyak yang share resipi kuih keria. K.fiezz pula yang pening nak ikut yang mana. Pilih punya pilih, k.fiezz ikut resipi kuih keria yang ni. 

Bahan Kuih Keria Keledek Ungu

  • Keledek ungu (kuantiti terpulang) - rebus & tos. kemudian lenyekkan & biar sampai sejuk
  • 1 Sudu Besar Tepung Beras (pilihan)
  • 4 Sudu Besar Tepung Gandum (boleh kurangkan)
  • Sikit Garam
  • Gula perang - untuk salut kuih keria
  • 1/4 air -  untuk cairkan gula

resipi kuih keria,kuih keria keledek ungu, kuih keria

Cara Buat Kuih Keria Keledek Ungu : 
  1. Rebus keledek hingga lembut kemudian lenyekkan, letak sikit garam. Biarkan sejuk sekejap.
  2. Bila adunan ubi dah sejuk, masukkan tepung beras, tepung gandum. Kemudian uli sehingga menjadi doh. Kalau adunan doh melekat pada tangan, biarkan sekejap dalam 1/2 jam.
  3. Selepas 1/2 jam, sapukan minyak pada tangan untuk bentukkan doh menjadi kuih keria. Tujuan guna minyak untuk elakkan doh melekat pada tangan. Bentukkan adunan menjadi kuih keria. Saiz ikut masing-masing. K.fiezz buat ni ada kecik besor. haha. Tangan tak kreatif.
  4. Selepas semua adunan dah dibentukkan menjadi kuih keria. Panaskan minyak dengan api sederhana. 
  5. Pastikan minyak betul-betul panas, kemudian masukkan satu persatu & goreng hingga kuih keria masak. Selepas semua kuih keria selesai digoreng. Ketepikan sekejap.
Lain kali k.fiezz nak kurangkan kuantiti tepung gandum sebab masa nak uli keledek & tepung, agak susah nak jadikan doh. Bila nak bentukkan doh jadi kuih keria pun, jadi pecah-pecah. Risau je k.fiezz kuih keria lerai dalam kuali masa goreng. Nasib baik idak. haha. 

TIPS -

**Tepung beras - tidak menyerap minyak. selain itu untuk bagi kuih keria rangup di luar tetapi lembut di bahagian dalam. 

**Tepung gandum guna sikit saja supaya kuih keria lembut & sedap bila digigit.

Salutan Gula Untuk Kuih Keria Keledek Ungu

  1. Masukkan 5 sudu gula & air dalam periuk atau kuali.
  2. Kacau-kacau sampai gula cair. Kemudian masukkan gula keria yang dah digoreng tadi. Kacau kuih keria & gula sampai gula keras. K.fiezz punya kuih keria ni tak nampak gulanya sebab kuih keria warna ungu, lepas tu k.fiezz guna gula perang. hehe. Jadi tak nampak salutan gula pada kuih keria k.fiezz ni. Sekali tengok macam keria gula melaka pun ada. hehe. 
Sedap tak Kuih Keria Keledek Ungu Percubaan Kali Pertama Buat Ni?

Ikut tekak k.fiezz & mr hubby sedap je. haha. Ada rasa gula tu walaupun dalam gambar tak nampak sebab pekat benor pun warna keledek ungu ni. Udah lah k.fiezz guna gula perang. Lagi lah tak nampak salutan gula dia. haha. Tak apa lah yang penting rasanya ada. Bahagian luar kuih keria ni rangup & tekstur bahagian dalam kuih lembut. Sebiji macam beli. Ewah. Perasan. Baru first time buat. haha

Tapi kalau korang ada keledek oren tu, guna je apa yang ada. K.fiezz guna keledek ungu ni sebab kebetulan beli dari orang flat k.fiezz ni. Dah try rebus, rasa dia tak berapa manis berbanding keledek oren. Jadi buat lah masak macam kuih keria ni. 

SELAMAT MENCUBA!!!

6 Comments

  1. Belum pernah makan kuih keria keledek unggu ni . Selalu makan keledek oren . Menarik juga sis fieza olah resepi kuih keria keledek unggu

    ReplyDelete
  2. keladi ungu ni manis kan fiez :)

    ReplyDelete
  3. ungu dia pekat betul tu kak fiez hehe

    ReplyDelete
  4. sedapnya nmpk keria keledek ni.
    lg sihat sbb ubi keledek kan.

    ReplyDelete
  5. wow sedapnya alahai.. pepel antara fav color mama pula tu

    ReplyDelete