Biasalah dah berusia ni, memang rutin k.fiezz inai rambut uban. Tiap-tiap bulan memang k.fiezz akan inai rambut uban sebab nak cover tak nak bagi orang perasan sangat uban sis ni. hehe. Walaupun kadang-kadang tu malas tau benornya nak inai rambut uban sebab nak kena bancuh inai tu terutama bila k.fiezz beli inai jenis serbuk. Lecehnyaaa.. Nak bancuh satu hal. Lepas tu nak tepek pun satu hal. Lepas dah tepek pun satu hal juga sebab inai-inai yang dah tepek kat rambut tu, bila kering jatuh merata pula satu rumah. Ate duk umah pun, walaupun berinai rambut. Kena buat juga kerja rumah, yea tak?Bukannya ada orang gaji pula nak tolong buatkan semua kerja rumah. 

Itu yang kadang malas juga k.fiezz nak pakai inai rambut. haha. Tapi nak cover uban tak nak bagi nampak sangat uban-uban sis. Jadi jawapannya kena rajin juga lah.  

Sebelum ni k.fiezz beli inai jenis serbuk. Ada haritu ternampak kawan k.fiezz jual inai damia untuk rambut ni di facebook. Nak support member, k.fiezz beli 1 pek. Lagipun Inai Damia untuk rambut yang dia jual ni dah siap bancuh. Cuma tinggal picit saja pes dalam bekas lepas tu tambah air sikit supaya tak terlalu pekat & susah untuk sapu kat rambut. 

K.fiezz kat rumah memang dah ada set bekas & peralatan berus/sikat untuk mudahkan kerja-kerja inai rambut uban k.fiezz ni. Kalau korang yang satu geng dengan k.fiezz, boleh cari set ni kat shopee atau Mr DIY atau ECO pun ada. K.fiezz pernah nampak. 

Berbalik semula pada cerita inai damia untuk rambut ni. 

INAI DAMIA UNTUK RAMBUT

Inai Damia untuk rambut ni 1 pek berharga RM45 (kandugan dia 250gram) yang gunakan 100% dari daun inai.  1 pek boleh tahan untuk 2-3 kali guna bergantung pada kepanjangan rambut. Macam k.fiezz rambut lepas paras tali bra, k.fiezz dah guna 2x setakat ni & masih ada baki lagi sikit. Untuk cover rambut di bahagian depan sebab warna inai cepat luntur di bahagian hadapan, yang lagi sikit tu boleh guna. 


Testimoni INAI DAMIA Untuk Rambut Beruban

Meh nak share sikit testimoni dari k.fiezz sendiri yang dah guna Inai Damia untuk rambut beruban k.fiezz ni. 

inai damia untuk rambut,inai rambut uban

warna kuning-kuning keemasan tu, uban k.fiezz. hehe. Bila dah letak inai damia ni, dia jadi warna tu. Ni pun K.fiezz pakai dalam 1 jam lebih je. Dicadangkan untuk dapatkan warna yang lebih pekat, pakai 3-4 jam (biar sampai inai kering).  

inai damia untuk rambut,inai rambut uban

Beli 1 pek ni dapat free glove & free shower cap

Berapa Lama Tahan Warna Inai Damia ni Di Rambut?

Tengok pada kekerapan kita basuh rambut juga. Kalau kerap basuh rambut, kerap lah warna dia luntur & warna rambut kembali ke warna asal.

Tapi dari pengalaman k.fiezz yang memang rutin pakai inai rambut ni,  biasanya warna inai yang di rambut bahagian belakang lama sikit bertahan berbanding di bahagian hadapan. 


Nak Cuba Syampu Yang Siap Untuk Warna

Lepas ni k.fiezz nak cuba syampu rambut yang sekali untuk warnakan rambut.Dah usya kat facebook satu jenama ni. Duk lalu lalang naik kat wall k.fiezz. Macam menarik nak cuba syampu ni sebab pakai 15-30 minit macam pakai syampu biasa. Dia boleh warnakan rambut sekali. Jimat masa & sesuai untuk orang malas macam k.fiezz yang tak berapa nak rajin bancuh-bancuh inai ni. hehe.

Lagipun syampu yang k.fiezz usya ni halal & boleh diguna oleh orang islam. Jadi okey sangat lah tu. Nanti k.fiezz dah cuba syampu ni, k.fiezz share

Benornya k.fiezz dah beli syampu untuk warna rambut dari shopee tapi k.fiezz was-was nak guna sebab tengok kandungan dia tu. Gatal pi beli lepas tu was-was nak pakai. Ada k.fiezz tengok review yang dah beli syampu ni tapi tak menyakinkan walaupun ada juga orang kita (beragama islam) yang beli tapi tak ramai.  Haih, k.fiezz k.fiezz. Sebelum beli tak nak baca betrul-betul dulu review. Memang sejenis suka membazir ke cane k.fiezz oiiiii. hehe.

Tak apa nanti nak beli syampu yang k.fiezz nampak di facebook tu.  Hat tu tengok komen-komen semua majoriti cakap okey & ramai orang kita (beragama islam) yang beli. Confident sikit nak beli & guna tanpa was-was.

UBAN SEKADAR WARNA BUKAN USIA. EH. HAHA!!!  

5 Comments

  1. terus saya belai2 uban di kepala ni jugak haha

    ReplyDelete
  2. menarik jgk inai rambut ni.

    nnti share shampoo tu tau..

    ReplyDelete
  3. CCL pernah pakai inai damia ni , tapi jenis inani celup pada jari . Memang kesannya lama sangat nak pudar tu . Kalau inai untuk rambut ni belum pernah cuba

    ReplyDelete
  4. ok juga kan untuk tutup uban2 semua

    ReplyDelete
  5. ye, uban tu sekadar warna2 kehidupan kan fiez haha.. nanti bgtau la ye shampoo tu macam menarik je.. malas nak letak inai

    ReplyDelete