Beli bag branded murah kat shopee. Haritu k.fiezz ada share beli bag branded murah,kan. Tak baca entry tu, klik < SINI >. Ni k.fiezz nak share, beli lagi bag branded murah kat shopee. hehe. Cuma yang ni dari kedai lain pula.  Kedai yang ni seriusly memang murah giler weii harga bag-bag dia. K.fiezz tiap kali joint seller buat live, bila dengar seller lelong bag-bag diaorang, memang rasa nak beli semua. Haha. Sebab semua murah-murah. Untuk bag branded gred biasa bawah RM100 je. Beg branded premium, atas RM150. Tapi still consider murah, hokay berbanding seller lain.

BERJAYA LOCK BAG BRANDED MURAH DARI KEDAI NI 


Masa mula-mula joint live kedai seller ni, k.fiezz tak berjaya lock seketul pun bag-bag dia sebab berebut orang lock.. Konsepnya nak lock bag kat sini, line internet siapa paling laju, rezeki dia lah berjaya lock bag yang seller tengah lelong masa tu. Line internet k.fiezz masa mula-mula joint live seller ni menguji kesabaran. Dekat k.fiezz memang nampak nama k.fiezz yang pertama naik dekat komen. Tapi ikut line seller, nama k.fiezz dah lepas ke bawah. 

Seller ni pun pandai juga tau, strategik marketing agaknya. Tiap kali dia lelong bag-bag branded murah ni, dia akan keluarkan kuantiti terhad. Contoh bag Christian Dior 5 ketul. Bag Coach 3 ketul. Kalau yang bag premium lagi lah limited edition. Satu design satu je di lelong. Hah, mana tak berebut orang bila seller ni lelong harga murah-murah. 

Kali ke-2 masuk live seller  baru k.fiezz berjaya lock bag Christian Dior ni untuk mak k.fiezz. Yeszaaa, berjaya pun. Haha. Harga bag ni..

Tak lah mahal sangat, ikut kemampuan gitu. Hehe. Ni bag gred biasa. Harga yang seller lelong consider murah sangat untuk k.fiezz. Sesuai ikut kemampuan. Harga seller ni letak bukan k.fiezz je yang rasa murah. Sapa-sapa yang joint live seller ni, semua cakap bag-bag kat situ murah sangat. Itu yang berebut orang beli.

Bag branded murah kat sini walaupun copy ori tapi ada setengah dapat kotak & ada surat beranak dia sekali. Hah, tak ke macam ori kan?Bag original branded biasanya datang dengan buku & surat beranak dia sekali. Kat sini pun sama hokay walaupun copy ori. hehe. Tak semua lah. Kalau yang ada,seller akan sebut dalam live masa tengah lelong bag tu. Dengar je semua seller inform masa dia review bag-bag ni. Ada yang datang sekali dengan kotak, paper bag atau dapat dust bag saja. 

ADA COP JENAMA


Bag branded murah ni, walaupun murah tapi bahagian dalam bag, butang / pin, tali bag semua ada cop jenama.  Nampak sama macam original.. Serupa tapi tak sama, gituu. haha. Yang penting harga jauh lagi murah dari original. Biasanya orang beli bag jenama ni sebab nak eksen,kan. Eh.hehe .Tak semua lah. Ada orang memang suka beli bag jenama sebab design. Tapi kalau yang beli sebab nak eksen tu, eh kita pun boleh lah. Beli kat shopee je tau, fliphair sikit. haha. 

Bag branded murah, bag christian dior,sling bag LV,pouch bag lelaki

Bag Christian Dior untuk mak k.fiezz..Bag ni dapat scarf sekali. Tapi dalam gambar ni mak k.fiezz tak letak kat bag. Itu yang tak ada dalam gambar. Rasanya mak k.fiezz tak sure scarf tu nak buh kat mana. Tak silap k.fiezz, scarf tu untuk ikat kat bag. Macam aksesori gitu. Harga RM65.00


Bag branded murah, bag christian dior,sling bag LV,pouch bag lelaki

Next live seller, k.fiezz berjaya lock seketul untuk diri sendiri sling bag LV. hehe. Sling bag  LV ni panjang dia 22.5cm. Masa seller keluarkan bag ni dari dalam kotak untuk lelong, K.fiezz tengok je design dia, terus jatuh hati gitu.  Sebelum lelong seller akan review setiap bag. Jadi sebelum lock dengar dulu explaination dari seller. Kalau okey, boleh cuba untuk lock

Lepas seller dah beritahu berapa panjang sling bag LV ni, k.fiezz memang dah berminat nak cuba lock. Main agak-agak je boleh muat purse saiz panjang sebab purse k.fiezz, panjang 19cm. Jadi k.fiezz consider boleh muat.. Habis je review & seller bagi harga lelong RM75. Laju-laju k.fiezz lock. Alhamdulillah, berjaya. 

Dah sampai sling bag LV ni kat k.fiezz, alahai comelnya. Tak lah kecil sangat. Just nice gitu. Try masuk purse, ngam-ngam. Belah atas dia ada zip. Dah masukkan purse, handphone ada lah terselit ruang sikit nak letak barang kecil-kecil. Cuma bila nak ambil barang, agak terhad ruang untuk tangan selit masuk kat celah-celah tu. 

Haritu masa rasmi pakai. Luka jari sebab terkena zip dia. haha. Macam k.fiezz beritahu, sling bag LV ni tak berapa besar. Jadi bila dah letak purse, handphone agak sempit bila nak ambil barang dalam dia. Tak apa abaikan je lah terluka jari sebab zip bag ni. haha. Anggaplah sesi kenal-mengenal gitu. haha. Mana nak cari bag branded  murah camni, hah. Jadi buat tak ingat je lah kes jari terluka kena zip bag ni. haha.

Bag branded murah, bag christian dior,sling bag LV,pouch bag lelaki

Surat beranak sling bag LV k.fiezz. Yea lah kot ni rupa surat beranak bag branded. Maklumlah tak biasa beli bag branded ni. haha. Sling bag LV k.fiezz ni dapat kotak tapi masa sampai kat k.fiezz, kotak dia dah koyak. K.fiezz buang je. Bila tak guna sling bag LV ni, ada dust bag untuk simpan (rujuk gambar atas, bag warna nude). 

Bag branded murah, bag christian dior,sling bag LV,pouch bag lelaki

Pouch bag lelaki untuk abah. Material leather. Abah cakap nak pakai time keluar jalan-jalan je sebab takut cepat rosak sebabkan material dia leather. haha. Okey je lah. Harga pouch bag lelaki ni RM65. Murah ke idak?

NEXT BAG BRANDED MURAH


So next nak lock bag untuk mr hubby & mama (mak mertua k.fiezz) pula. Hehe. Take turn. Nak lock sekali, agak mencabar juga. Jadi try lock satu-satu. Nak lock tu kena tengok akaun juga. hehe. Ni akaun macam dah menipis sikit, tunggu hujung bulan baru shopping lagi kat kedai jual bag branded murah ni. 

Kalau korang nak cari bag branded murah, boleh layan live seller ni. Link seller ni, tak mau share kat sini sebab melanggar peraturan shopee jual bag copy macam ni. Jadi siapa nak link kedai seller ni, boleh email atau pm k.fiezz di facebook (fieza sani).


CARI BAG BRANDED MURAH DI SHOPEE!!!


2 Comments