Tortilla Wrap Diet untuk mr hubby. Mr hubby sekarang ni nak makan malam portion sikit. Contoh macam makan nasi, nak portion nasi sikit. Adeh. Pening jap sis nak buat sebab i tak diet. haha. Part nasi tu tak ada masalah. Hat lauk tu, apa benda lah nak masak yang sesuai untuk orang diet

Semalam mencari kat Mr Google menu sihat untuk orang diet. Terjumpa satu blog ni yang kongsi resipi-resipi sesuai untuk orang diet. Antaranya resipi tortilla wrap diet. Wah, macam menarik ni. Rasanya resipi tortilla diet ni sesuai untuk mr hubby. Jom lah cuba untuk menu makan malam. 

Sebelum tu ada juga k.fiezz cari resipi tortilla tapi kebanyakan resipi yang k.fiezz jumpa semua ada guna sos macam mayonis, thousand island, tomato, cili & lain-lain sos yang sedap-sedap tu. Haha. Blur kejap k.fiezz nak cari menu resipi tortilla diet ni, tau. Sebab kebanyakan resipi yang jumpa kat blog-blog, semua guna sos-sos atas ni. Memang tak sesuai lah untuk orang yang nak diet. Betul kan?

Cari punya cari jumpa satu blog ni yang ada kongsi salah satu menu sihat iaitu resipi tortilla wrap diet. Tengok cara buat Tortilla Wrap Diet dalam blog tu macam senang. Paling penting dia tak guna sebarang sos pun. Okey, pass untuk di cuba. 

RESIPI TORTILLA WRAP DIET


Jom kita tengok apa bahan-bahan & cara buat tortilla wrap diet ni.

BAHAN - BAHAN TORTILLA WRAP DIET 

  • Wholegrain Wrap Brand Mission
  • Ayam (Ambil bahagian dada ayam & potong kecil-kecil)
  • Sikit Garam
  • Sikit Serbuk Kunyit
  • Salad
  • Tomato
Nak tambah sayur-sayur lain, ikut lah masing-masing punya citarasa yea. 

resipi tortilla wrap diet,tortilla wrap diet, cara buat tortilla wrap diet

Tortilla Wrap Diet yang dah siap. K.fiezz balut macam ni je. Cucuk dengan pencungkil gigi kat bawah tu untuk bagi dia ketat & isi tak terkeluar. Masa makan baru keluarkan pencungkil gigi sebab tangan kita pegang bahagian bawah tu. 

CARA MASAK TORTILLA WRAP DIET

resipi tortilla wrap diet,tortilla wrap diet, cara buat tortilla wrap diet


  1. Wrap tu panaskan kejap dalam kuali tanpa minyak. Sekejap je. K.fiezz guna kuali biasa. Sis tak ada kuali leper yang macam orang lain guna tu. hehe. Dah panaskan wrap, ketepikan sekejap. 
  2. Gaul ayam dengan serbuk kunyit & garam. Perap sekejap. Lepas tu goreng ayam guna air fryer sebab nak elakkan guna minyak kalau goreng macam biasa. Kata nak menu diet, gitu. Kita grill kan saja. 
  3. Dah siap goreng ayam. Susun daun salad & tomato yang dah di potong dadu atas wrap. Kemudian letakkan ayam yang dah digoreng tadi. 
  4. Gulung-gulungkan (terpulang lah nak buat macamana. Ikut style sendiri). Dah siap gulung. 
  5. Okey, dah boleh makan. 
Kalau nak letak sos, terpulang lah yea. Ikut citarasa sendiri. Tapi macam k.fiezz ni buat untuk orang yang nak diet jadi memang tak guna sebarang sos. Masa makan pun mr hubby tak letak sos. Dia makan gitu je. hehe. Ikut cakap isteri betul tau. Good. Hehe...

Senang je kan cara buat tortilla wrap diet ni. Bahan pun tak banyak. Cara nak masak pun, tak renyah. Untuk orang yang nak diet, sesuai lah cuba menu ni. Sihat & mengenyangkan. Ewah. Kenyang tu k.fiezz tak pasti lah yea. Ikut perut masing-masing. K.fiezz buat 2 tortilla wrap diet untuk mr hubby untuk dinner semalam. Mr hubby makan seketul saja. Lagi seketul, dia KIV untuk tengah malam kalau lapar. hehe. Kalau mr hubby tak makan time tengah malam, tortilla wrap diet yang seketul lagi ni untuk menu breakfast pagi ni. hehe

Ada lagi menu resipi sihat yang k.fiezz jumpa dalam blog tu.  Nanti nak cuba resipi yang lain pula. K.fiezz cuba resipi tortilla wrap diet ni dulu sebab kebetulan wrap ada 2 keping lagi kat dalam peti ais. Sebelum expired, baiklah di masak. 

Senang juga menu simple macam ni, yea tak?Tak pening nak masak lauk apa untuk makan dengan nasi. Dinner k.fiezz semalam pun, goreng ayam berempah dengan air fryer. Tumis sayur sikit. Match dengan sambal belacan & daun salad dua keping, balance dari Tortilla Wrap mr hubby ni. Jangan membazir, kita buat ulam. Perut pun kenyang & ada lah juga feeling makan menu sihat sebab goreng ayam berempah pakai air fryer tu je.. hehe. 

Eh. Merdeka harini korang celebrate kat mana?Ewah macam boleh jalan-jalan dengan bebas pula, kan. hehe. Sambut kat rumah dengan keluarga lagi seronok. Tambah-tambah tak habis lagi dengan COVID ni hah. Rasanya lagi selamat duduk kat rumah dari berjalan kat luar, yea tak?

Apapun,

SELAMAT HARI MERDEKA UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA!!!
MERDEKA MERDEKA MERDEKA!!! Semoga negara kita merdeka dari virus COVID-19 yang berbahaya ni.

3 Comments