Salam aidiladha buat umat islam di seluruh dunia. 

Tahun lepas boleh balik kampung untuk sambutan raya aidiladha. Tahun ni tak boleh. Raya lah kat rumah masing-masing. K.fiezz & mr hubby sambut  di KL saja lah. Adeh. Bila nak habis COVID ni? Erti pengorbanan untuk semua rakyat Malaysia tahun ni, berkorban tak boleh nak balik kampung disebabkan larangan rentas daerah dan juga negeri oleh Kerajaan dari sebelum hari raya puasa lagi memandangkan kes jangkitan COVID masih tinggi di negara kita ni. Apa nak buat untuk lindung diri sendiri & juga keluarga/saudara-mara di kampung. Sebab kita pun tak tahu samaada kita pembawa virus ni dalam senyap atau tidak.  Jadi lebih baik lah kita ikut arahan kerajaan untuk tak rentas daerah dan negeri buat sementara ni. 

Entry berkaitan > SAMBUTAN RAYA AIDILADHA DI KG <

Semoga cepatlah virus COVID ni diangkat dari muka bumi kita. Aamiin.

Apapun sambutan raya tetap kita sambut di mana juga kita berada. Di rumah sendiri atau di kampung. Raya tetap raya walaupun suasana berbeza seperti kebiasaan kita sebelum ni yang setiap kali raya wajib balik kampung untuk sambut dengan keluarga. 

Sempena dengan raya aidiladha ni, k.fiezz & mr hubby nak ucapkan SALAM AIDILADHA buat semua pengunjung blog k.fiezz yang beragama islam. 

aidiladha

MASAK APA TU?


Bila dah raya di rumah sendiri ni, memang wajib lah memasak,kan. Kalau kat kampung harapkan mak masak untuk hidangan raya. Hehe. Ini kat rumah sendiri, hah masak lah kau. haha

K.fiezz masak simple-simple je. Masak simple masak apa tu, k.fiezz oooii?hehe. K.fiezz masak kuah kacang untuk di padankan dengan nasi impit. Ketupat palas dipadankan dengan rendang daging merah & rendang tok. Rendang tok ni bukan k.fiezz masak. Beli sajo di shopee. Hehe. Mr hubby cari dalam shopee semalam. Kebetulan yang jual rendang tok ni duduk dekat dengan area rumah kitaorang jadi COD saja guna LalaMove. Ketupat palas pun bukan k.fiezz buat. Macam reti je k.fiezz nak anyam-anyam tu. Jadi beli saja dengan officemate k.fiezz. Senang. Ketupat palas ni dah ambil siap-siap dari member ofis k.fiezz minggu lepas lagi. Simpan ketupat palas kat tempat sejuk beku dalam peti ais. Pagi ni baru keluarkan untuk rebus/kukus. 

 Ini saja hidangan menu raya kitaorang hari ni. Sambutan raya yang simple gitu. 

Marilah kita berdoa virus COVID ni cepat hilang dari muka bumi & kita boleh menjalani rutin normal seperti dulu. 

Rindu dulu boleh ke mana saja sesuka hati & tak perlu nak ber SOP bagai. Huhu. Rindu suasana itu. 

Sila lah beredar dari muka bumi ini si VIRUS COVID yang jahat. 

4 Comments

  1. Salam aidil adha 1442 H
    Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  2. Salam aidiladha buat kak fiezz dan juga husband!
    Semoga ceria selalu :)
    Saya harini masak nasi minyak aje hehehe.

    ReplyDelete