Sebelum ni, nak dapat tempoyak senang. Balik kampung time musim durian, confirm mak & abah bagi sebekas tempoyak. Hah bila kena pandemik COVID sekarang, nak balik kampung pun tak lepas wei. Atee nak makan tempoyak?Buat tempoyak sendiri. Kisahnya tak plan pun nak buat tempoyak sendiri ni hah. Mr hubby lah punya idea sebab dia ter beli buah durian yang isi nya tak berapa sedap & masam. Mr hubby suruh buat tempoyak. Terus k.fiezz cakap kat mr hubby 'pandai pulak saya nak buat tempoyak'?. Sedap je dia bagi idea. Mr hubby cakap bukan susah. Ehhh dia punya bukan susah, macam dia yang nak buat. 

K.fiezz pun apa lagi whatsapp tanya mak. Mak terus call sebab senang nak explain cara buat tempoyak. Mak bagi tau cara dia. Bila k.fiezz dengar cara buat tempoyak tu, laaa senang je weiii. Eh eksen pula kan. hehe

Nak tau tak cara buat tempoyak? Moh k.fiezz story kan cara dia.


CARA BUAT TEMPOYAK

BAHAN -
  • Durian (Terpulang nak berapa banyak. Kalau banyak ulas, banyak lah dapat isinya.)
CARA - 
  • Keluarkan isi durian dari biji dia. Buat satu persatu sampai habis kesemuanya.
  • Lenyekkan isi bagi halus. Masukkan dalam satu bekas. Lepas tu, siap. 
**Abah k.fiezz beritahu biarkan dulu kat luar. Selepas beberapa jam baru masukkan dalam peti ais & jangan tutup rapat penutupnya.

Hah ni hasil tempoyak yang k.fiezz buat. Dapat lah isi nya suku dari saiz bekas ni. Okey lah kan. 


buat tempoyak sendiri,cara buat tempoyak, sambal tempoyak

Bawah ni selepas beberapa hari peram dalam peti ais. Ikutkan tak payah peram pun. Harini buat, esok tu dah boleh makan tapi k.fiezz rasmi makan tempoyak sendiri ni selepas beberapa hari. Bukan saja biar beberapa hari baru nak makan tapi tengok lauk yang k.fiezz masak & boleh match makan dengan sambal tempoyak. Gitu. 

buat tempoyak sendiri,cara buat tempoyak, sambal tempoyak

Tumbuk/blend kasar cili padi merah dan hijau. Letak garam sikit. Gaulkan dengan tempoyak. Walaaaa. Layan.

Tempoyak ni idak lah k.fiezz makan selalu pun sebab baru perasan sekarang kalau makan durian mesti sakit kepala. Faktor usia kah?haha. Yea lah kot. So sesekali okey lah makan sambal tempoyak ni. 

Jadi rumusannya tak ada lah susah pun nak buat tempoyak sendiri ni,hah. Sebelum ni k.fiezz ingatkan nak buat tempoyak ni selain isi durian, ada lagi bahan lain yang kena letak. Rupanya tak payah pun. hehe. 

K.fiezz ada kongsikan gambar pertama hasil buat tempoyak sendiri ni kat whatsapp status. Ada officemate k.fiezz beritahu tips untuk tak nak bagi tempoyak cepat berkulat, taburkan sikit gula di bahagian atas dia. 

So kalau korang ada terbeli durian yang sesuai untuk dijadikan tempoyak, boleh cuba cara buat tempoyak yang very da simple ni. 

SELAMAT MENCUBA!!

3 Comments

  1. Wak pun ada buat tempoyak tapi tak pernah makan tempoyak

    ReplyDelete
  2. saya makan durian tapi tak makan tempoyak. hahahaha

    ReplyDelete