Salam Aidiladha, korang. Raya ke-4 baru nak wish. Ate busy benor lah kononnya. hehe. Biasalah bila balik kampung, memang susah sikit nak ngadap pc/laptop. Ni nasib kat rumah mak k.fiezz. Mr hubby baru beli pc. So on wifi on the go MAXIS kitaorang, baru boleh ngadap blog. Update guna telefon, k.fiezz tak berapa berkenan. Susah nak adjust. Kadang typo lah. Haih, stress pulekkk taip guna handphone ni. Pc/laptop juga yang best. Ni pc dah ada. Wifi pun ada, apa lagi kita menaip lah di blog kesayangan. hehe.

BALIK KAMPUNG

Masa raya puasa haritu, tak boleh nak balik kampung sebab pandemik COVID-19. Kerajaan dah keluarkan arahan masa tu LARANGAN MERENTAS NEGERI. Hah, ni raya haji. Kerajaan dah bagi green light boleh rentas negeri. Tapi tapi SOP tetap kena jaga juga. Pen'jarakan sosial (1 meter) bila bercakap atau berdiri antara satu sama lain dan pemakaian penutup muka. Jadi kita patuhi lah arahan walaupun tak best benornya beraya style gini, hah. Apa nak buat?Demi keselamatan diri sendiri & semua.

Walaupun kena SOP bagai, balik kampung tetap onzzz okey. Balas balik sebab raya puasa haritu tak boleh balik kampung.  Sebabkan raya puasa haritu patutnya turn Ipoh (mr hubby) jadi k.fiezz ikut juga giliran tu, raya haji ni turn Ipoh dulu. Tahun depan, raya puasa turn Sg.Siput dulu, hokay. haha. Kalau mr hubby baca ni, bising dia. haha..

Mr hubby joint EZ Qurban

Biasalah bila raya haji ni, biasanya kurang meriah sikit belah Perak ni. Tapi tak pe, kita sambut juga secara sederhana. Mr Hubby tahun ni joint ez Qurban (1 bahagian) sebab dah niat dari tahun lepas nak buat korban. Mula ingatkan nak korban seekor lembu/kambing tapi sebab pandemik COVID-19 ni, nak buat korban kena ikut peraturan dia, ada SOP bagai. Mr hubby postponed dulu tahun depan. Joint 1 bahagian je dulu. EZ Qurban yang mr hubby ambil ni, korban di luar negeri punya, murah sikit RM290 untuk 1 bahagian. Korban mr hubby buat di Afrika tu.

Tak pe lah tahun ni joint 1 bahagian dulu, Insyaallah ada rezeki lebih nanti kita buat sendiri di sini seekor atau lebih lembu/kambing. Tengok pada kemampuan.

Sambutan Raya Aidiladha

Sebabkan sambutan Aidiladha tahun 2020 ni kita masih dalam suasana pandemik COVID-19, jadi aktiviti ziarah menziarahi k.fiezz  & family mr hubby ke rumah opah mr hubby sahaja. Lepas tu, tak singgah mana-mana. Terus balik rumah mama (mak mertua).


pandemik COVID-19, larangan merentas negeri, ez qurban,pkpp

Cun betul gambar bila photoG yang ambilkan. hehe. adik ipar k.fiezz yang snap ni. Tu
lawa hasilnya.


pandemik COVID-19, larangan merentas negeri, ez qurban,pkpp

Di rumah opah mr hubby

Raya ke-2, k.fiezz & family mr hubby ke rumah sepupu k.fiezz di Kuala Kangsar untuk majlis aqiqah & kesyukuran anak kepada adik sepupu k.fiezz. Mak & abah k.fiezz memang dah ada kat situ. K.fiezz & mr hubby dari Ipoh.


pandemik COVID-19, larangan merentas negeri, ez qurban,pkpp

1 Ogos 2020 - Berkuatkuasa arahan wajib memakai penutup muka walaupun dalam kereta. Denda RM1000 kalau tak pakai sebabnya kes makin naik sekarang. huhu. . So pakai je lah, ikut arahan kerajaan, kang kena denda pula. Tak memasal terobang 1k..


pandemik COVID-19, larangan merentas negeri, ez qurban,pkpp

Adik sepupu k.fiezz.


pandemik COVID-19, larangan merentas negeri, ez qurban,pkpp

SOP gais. Daftar nama, no telefon & catit suhu.
Sebenornya nak tunjuk, onzz tak mekap ai. haha. Guna produk Obsess Cosmetic tu. Mekap helok walaupun di tengah panas terik masa ni.


pandemik COVID-19, larangan merentas negeri, ez qurban,pkpp

Ni hah yang diraikan. Majlis aqiqah budak kecik ni lah. Muhammad Adam Wildan.

So ni je sambutan aidiladha k.fiezz & mr hubby. Serba sederhana konsepnya. Tak banyak pun buat aktiviti kunjung mengunjung sebab masih takut nak terdedah dengan orang ramai. Jadi kitaorang melawat & hadir ke majlis saudara yang terdekat sahaja.

Sambutan Aidiladha korang macamana pula?Ada joint buat korban juga ke tahun ni?

3 Comments

  1. ehehe kalo time raya mmg xdan nak jenguk blog.. terbiar sekejap. tapi xpee raya lagi penting.

    ReplyDelete
  2. COmey k.fiez berbaju maroon ;)

    ReplyDelete