K. Fiezz ni dengan sling bag memang alergik sangat. Alergik kalau tak beli. Haha. Kalau korang ada terbaca entry k.fiezz sebelum ni pasal sling bag yang k.fiezz tersangkut hasil tengok live kat salah satu kedai dalam shopee. Sebenarnya k.fiezz nak beli sling bag lain tapi elok k.fiezz dah lock, penjual tu cakap sling bag  yang k.fiezz nak dah habis. Sabor je lah. Pada hal rasanya staff dia yang beli. Sebelum kita  lock tu, dorang tak nak pula. Elok kita dah semangat lock nak beli, eh boleh habis. Marah pula rasa kita dah semangat nak beli sling bag yang berkenan di hati tu, boleh habis. Nak cari sling bag murah di shopee ni memang banyak je tapi yang berkenan di hati, sekali tengok dah jatuh hati, susah sikit nak jumpa. Betul tak?

Tapi nak menyejukkan hati haritu, k.fiezz beli juga sling bag lain. Boleh rujuk entry bawah <<Tambah Lagi Koleksi Sling Bag Dari Kedai Bag GM Klang Shopee >> ni. Walaupun yang nak sling bag lain tapi dapat design lain. Tak kisah lah kan. Nak sedap kan hati punya pasal. 

Ternampak Sling Bag Idaman 


Lepas beberapa hari k.fiezz dapat sling bag yang beli sebelum tu, k.fiezz ternampak ada seorang penjual kat shopee jual design sling bag yang sama macam k.fiezz nak sebelum tu.  Warna & design lain tapi pattern sling bag dia sama. Jenama pun sama. tak lah berjenama pun. Biasa-biasa je. Paling penting harga sling bag yang kedai ni jual lagi murah dari kedai pertama yang k.fiezz ternampak sebelum tu. 

Lepas ni dah tau mana nak cari sling bag murah di shopee. K.fiezz pun kebetulan terjumpa kedai beg ni. Sejak-sejak kerja dari rumah ni, rajin melayan kedai-kedai yang buat live dalam shopee. Hehe. Dah jadi ketagih pula uoll.. Hehe. 

Nak tengok tak sling bag idaman yang k.fiezz berkenan sangat tu. 

Tadaaa.. Ni dia.. 

Sling bag murah di shopee, sling bag

Warna hijau tu yang masa mula-mula k.fiezz ternampak kat kedai pertama tapi dah habis. Kebetulan terjumpa pattern yang lebih kurang sama kat kedai kedua (warna khaki) tu, terus beli tanpa was-was. Walaupun sekarang tak boleh nak ke mana-mana, tetap beli juga. Pakai masa nak gi cucuk vaksin dos ke-2 minggu depan. Hehe. #hover 

Sling bag yang k.fiezz beli ni ada 2 bahagian & 1 zip di bahagian belakang. Saiz dia pun besar, boleh masuk purse saiz panjang, powerbank, handphone & beberapa barang yang saiz kecil. 

Tazabar nak rasmi sling bag baru. Haha. Sling bag yang k.fiezz beli sebelum tu dah rasmi masa pi cucuk vaksin dos pertama 2 minggu lepas. Hehe.. So minggu depan nak gi cucuk dos kedua vaksin, rasmi sling bag yang baru ni pula. Amboi kemain tau nak pi cucuk vaksin pun nak pakai beg baru. #over benor pun. Haha. Dah tak boleh nak gi mana-mana sekarang, kita melaram time nak gi vaksin pun boleh. Hehe.

Kedai Jual Sling Bag Murah Di Shopee

Kalau korang nak cari sling bag murah di shopee, boleh cari kedai ni. Selalu juga penjual ni buat live kat shopee & dia tunjuk koleksi bag yang dia jual. Jangan risau, bag-bag kat kedai ni semua baru, bukan pre-loved. Kualiti & material bag-bag kat situ pun memang tip top. Paling penting harga sling bag yang dijual, murah & mampu milik. Setakat ni yang k.fiezz tengok dia jual bag harga RM35 paling mahal. Macam semalam kedai ni ada buat live, dia kongsi bagpack baru yang dia jual kat situ. Harga RM35 je uoll. Macam dah nak tergoda k.fiezz ni. Tahan sabar je dari chat ngan seller tu. Haha. So kalau korang nak cari bag-bag cantik, murah boleh cuci mata kat situ. 

Link kedai > BagByJuwa

0 Comments