Alhamdulillah..Sedar tak sedar, dah masuk ulangtahun perkahwinan yang ke-tetttt..Rahsia. haha. Eh nak tahu ke berapa tahun dah kitaorang kahwin?Asyik rahsia je tiap-tiap tahun. Macam tak sporting je k.fiezz ni,kan?Hehe.  K.fiezz ni benornya tak berapa suka kongsi berapa tahun kahwin, berapa umur k.fiezz. Haha. Secret gitu. Tapi part umur, masih rahsia lah yeak. hehe. Ni k.fiezz nak reveal ulangtahun perkahwinan kitaorang tahun ni yang ke berapa? Agak-agak berapa yeak?Cer teka. Hint - dah belas tahun. 

BERAPA TAHUN DAH KAHWIN?


Okey, k.fiezz reveal tau ni....jeng jeng jeng. Here the number. Tahun ni tahun ke-13 k.fiezz & mr hubby dah melayari rumahtangga. Alhamdulillah, we made it through till now & many more to come. Masih bersama susah senang. Ada masa bergaduh, ada masa elok. Biasalah tu bila berkahwin, macam-macam kita akan lalui susah senang untuk uji tahap kesabaran dan kesetiaan pada pasangan masing-masing dan paling penting cara untuk kita tangani setiap cabaran. Alhamdulillah mr hubby sangat sabar melayan karenah bini dia yang entah apa-apa ni. Kadang elok, kadang tak berapa nak elok. Entah lah tak paham perangai sendiri. haha. Nasib baik dapat suami yang sangat memahami. 

eh. mr hubby pun kalau datang perangai dia yang menguji kesabaran, urut dada sis tau. haha. Jadi kesimpulannya masing-masing ada kelemahan & kelebihan yang melengkapkan antara satu sama lain. 

fieza sani, anniversary

MENGIRA ANAK

Orang lain ikut berapa lama kahwin, sekali lah mengira bilangan anak,kan? Untuk k.fiezz & mr hubby rezeki yang satu ini masih belum berpihak pada kitaorang. Allah masih belum nak bagi rezeki yang ini pada k.fiezz & mr hubby. Hanya Allah lebih tahu bila waktu yang sesuai dan tepat untuk serahkan amanah dan tanggungjawab pada k.fiezz & mr hubby. Jadi kita hanya usaha, selebihnya berserah pada Allah. Usaha sudah, doa pun sudah jadi kita tunggu saja waktu sesuai yang Allah dah tentukan. 


TAK SUNYI KE?


Kadang-kadang tu ada juga rasa sunyi. Bila tengok orang lain bawa anak jalan-jalan, hantar ke sekolah, ajar anak kat rumah, shopping barang anak & ramai kawan-kawan yang sebaya dengan kitaorang anak-anak diaorang dah besar pun. Tipu lah tak cemburu. Tapi kita fikir positif belum sampai rezeki k.fiezz & mr hubby jadi kita redha. Sampai masa yang sesuai Allah pasti akan bagi juga cuma kena bersabar. Dan dalam situasi macamni k.fiezz & mr hubby tak boleh bandingkan life kitaorang dengan orang lain. Setiap orang, lain jalan hidupnya yang Allah dah tentukan. 

Apa yang kita kena percaya, setiap yang berlaku pada kita ada hikmahnya tersendiri. Mungkin sekarang kita rasa pahit tapi ada kemanisannya yang Allah akan bagi nanti.  

K.fiezz fikir macamni saja, sebabkan masih belum ada komitmen anak  macam sekarang ni, time lapang kat rumah k.fiezz & mr hubby boleh buat aktiviti masing-masing contoh mr hubby hobi dia main game, k.fiezz pula blogging dan buat side business (jual Obsess Cosmetic). Jadi bila kita tengok ada kelebihan disitu. Eh bukan lah k.fiezz kata suka pula bila macam ni cuma kita nak fikir secara positif.  Tak mau asyik fikir 'kenapa, mengapa dan segala apa '. Setiap yang Allah dah tentukan pada umatnya ada hikmah tersendiri.

Tak usaha ke?Jujurnya dah macam-macam usaha tapi rezeki masih belum berpihak pada k.fiezz & mr hubby. Sekarang ni k.fiezz #redha saja. K.fiezz pun tak nak campur makan itu ini untuk paksa hamil, ada ke paksa?haha.. Tak kisah lah maksud k.fiezz di sini k.fiezz tak mahu dah campur makan itu ini  macam sebelum ni. K.fiezz stick pada satu produk saja yang k.fiezz tengah amalkan sekarang. Insyallah, kun fa ya kun. Tak kisah pun makan produk apa atau rawatan apa yang kita buat samaada moden atau alternatif. Dah sampai masa yang sesuai, Allah akan bagi juga. 

BAHAGIA?


Bahagia dengan anak atau tidak. kita bahagia dengan cara kita. Terpulang pada kita sendiri untuk mencari kebahagian mengikut cara masing-masing. 

Apapun syukur dengan segala apa yang ada sekarang. Suami yang setia dan menerima kekurangan k.fiezz. Keluarga sendiri & keluarga mertua yang sangat-sangat supportive dan kawan-kawan sekeliling yang faham situasi kitaorang dan tak mengeluarkan ayat-ayat yang pedas/berbisa pada kitaorang suami isteri. Syukurrr...Ini pun dalam kategori bahagia bila kita di kelilingi orang yang baik-baik. 

Paling penting kitaorang suami isteri bahagia dengan ada di sisi masing-masing sampai sekarang. Susah senang bersama dan sentiasa support antara satu lain. 

Note  -  Happy Anniversary, sayang. Love you, always. Agak-agak hadiah apa yeak mr hubby nak bagi tahun ni. haha. Confident je ada hadiah. Tak ada hadiah pun tak apa, tetap sayang juga. Tapi kalau bagi hadiah, sayang lebih sikit. Eh. haha

7 Comments

  1. Happy anniversary kak fiezz dan husband!
    In shaa Allah suatu hari nanti Allah bagi kak fiezz dan husband peluang menjadi ayah dan ibu. Aamiin :)

    ReplyDelete
  2. happy anniversary FS. semoga bahagia selamanya.
    rezeki anak tak sampai lagi, it is ok. doa banyak2, jgn putus asa.
    alhamdulillah, ada rezeki blogging and bisnes.
    semoga sukses.

    ReplyDelete
  3. happy anniversary kak fieza <3 semoga bahagia hingga ke jannah . insyaALLAH ada rezeki kak dapat cahaya mata yg comel, soleh dan solehah. semoga ALLAH makbulkan doa rabia

    ReplyDelete
  4. Happy anniversary :) semoga yang baik baik saja untuk kalian.

    ReplyDelete