Banyak kali dah perasan harga yang keluar iklan shopee di facebook tak sama seperti yang diiklankan. Bukan lah nak cakap shopee menipu ke apa. Cuma dalam iklan shopee di facebook terang-terang tulis harga murah untuk barang sekian-sekian. Bila kita click kat iklan tu nak beli, rupanya harga yang murah tu untuk barang tersebut bagi kuantiti sikit. Tak sama macam kat tajuk dia yang keluar kat iklan shopee di facebook seperti yang kita faham. Teknik marketing yang menjadi tapi customer terkena beb. Kalau yang jenis tak kisah, mungkin okey je beli walaupun ada perbezaan harga iklan dan yang sebenar. Tapi kalau yang jenis berkira macam k.fiezz, mau tak anginnn sebab 'wa terkena beb'. haha.. Kat tajuk tu rasanya seller yang update untuk tarik pelanggan masuk ke kedai dia. Shopee cuma promote kan saja. Cuma tak best lah bila guna teknik marketing yang macam trick gini. Rasa di tipu. Untuk k.fiezz cara ni kotor sebab nak tarik pelanggan punya pasal. Tapi terpulanglah, masing-masing punya tanggungjawab dan cara untuk menarik pelanggan. Bagi yang beragama islam, hmmm tanggunglah dosa sebab menipu. Eh..haha

Sebagai bakal pelanggan macam kita ni, kena berhati-hati bila nampak iklan shopee di facebook. Kalau nampak barang yang kita berkenan, double check dulu betul ke tak harga yang diiklankan tu. Tak lah semua iklan shopee di facebook tu menipu harga. Ada juga yang betul. Cuma k.fiezz terkena beberapa kali harga berbeza seperti diiklankan. Jadi ni pengalaman k.fiezz, hokay. Tak nak kena kecam pula takut orang salah faham & k.fiezz tak condemn shopee sebab shopee always my favourite. haha. 

TERKLIK IKLAN SHOPEE DI FACEBOOK

Ada sekali dua, k.fiezz terklik kat iklan shopee di facebook bila tengok barang best dan harga murah. Contohnya ada sekali, k.fiezz tertarik baju kurung dengan selendang mcm style Permaisuri Agung kita. Tengok harga tertera kat iklan yang keluar di facebook memang terang-terang tulis RM25.00..Laju k.fiezz klik sebab harga murah walaupun macam was-was iya ke murah benor ni sebab setahu k.fiezz baju tu ratus-ratus juga harga dia. Tapi dalam was-was tu klik juga lah iklannya. 

Bila dah tekan kat situ & masuk kat kedai si penjual. Sekali tadaaaa.. Harga RM25 tu untuk selendang sahaja yea. Set baju dengan selendang tu, RM1XX.XX..cehhh sabar je lah, dah agakkk dah .. Sejak tu k.fiezz memang tak nak terpengaruh bila keluar iklan shopee di facebook yang naik kat wall k.fiezz. Beria kita click ingatkan betul lah murah. Eh sekali 'wa terkena beb'. haha. 

Semalam makcik k.fiezz WhatsApp minta tolong belikan coklat ni kat shopee. Dia tengok harga murah dalam iklan shopee di facebook..RM5.40 untuk 100pcs kalau tengok kat pada iklannya. Korang boleh rujuk gambar kat bawah ni. 

K.fiezz pun cari kat shopee sebab makcik tak pandai bagi link dia.. Makcik pun dapat dari kawan dia benornya. Sebab mula-mula k.fiezz cari, tak jumpa harga yang macam ni. Semua belas-belas & puluh-puluh. Tapi sebabkan tengok harga murah. Cari juga, cari punya cari jumpa pun kedai penjualnya. 

iklan shopee di facebook
Kalau korang tengok gambar ni apa yang korang faham. Sama lah kan macam k.fiezz & makcik k.fiezz faham. 450gm / 100pcs RM5.40. Betul dak?

Tapi tapi .....

iklan shopee di facebook

Bila click nak masuk troli, eh sekali harga dia..Betul RM5.40 tapi untuk 20 keping je. Ceh sabor je lah. haha.. Yang 100 keping tu dah habis. Tak tahu lah harga dia berapa tapi rasanya memang bukan lah RM5.40.. 

Baru plan nak beli untuk diri sendiri juga sebab k.fiezz pun peminat coklat gak. Sebab ingatkan mula-mula betul lah RM5.40 dapat 1 balang yang ada 100 keping. Sekaliiii..Harapan je lah weiii..haha. 

So korang kalau nampak iklan shopee di facebook tu, jangan cepat terpengaruh  dengan harga yang korang tengok tu. Check dulu betul ke idak harga tu. 

Tapi apapun shopee tetap pilihan untuk shopping online k.fiezz. hehe. Sejak dah terkena dengan iklan shopee di facebook, biasanya nak beli apa-apa k.fiezz terus masuk dalam apps shopee & cari barang yang k.fiezz nak. Tak mau dah terpengaruh dengan iklan shopee di facebook

5 Comments

  1. Ye betul kak fiezz, kena double check harganya, kena baca semua description dia dulu before beli, kang nanti sampai tak seperti yang kita harapkan, memang sakit hati kan hahaha

    ReplyDelete
  2. laa.. gambar macam ada 100.. patutlah murah kiki

    ReplyDelete
  3. kena check harga dulu before shopping.

    ReplyDelete