Siapa pernah guna cleansing balm untuk cuci mekap? K.fiezz pertama kali guna bila baru -baru ni obsess keluarkan produk baru diaorang iaitu cleansing balm. Memang excited nak cuba. Sebab nak tau senang ke nak cuci mekap & segala kotoran, debu pada muka. Sebelum ni k.fiezz biasa guna tisu basah atau makeup remover je setiap kali cuci mekap. Jadi nak cuba lah produk terbaru untuk cuci mekap dari jenis cleansing balm pula. Tu yang jadi excited nak cuba benda baru ni.

So bila dah guna memang ternyata best weiii guna cleansing balm untuk cuci mekap. Sebab apa best. Senang tanggalkan mekap. Tak payah pakai facial cotton ke tisu basah ke. Main calit je sikit cleansing balm ni lepas tu gosok perlahan kat kawasan muka, boleh tengok senang je mekap keluar. Lepas dah keluar segala mekap, bilas dengan air. Dah cuci dengan air, korang boleh check sendiri tahap kebersihan pada muka sendiri. Memang nampak beza dia. Eh, jangan risau tau walaupun tekstur dia balm tapi bila cuci dengan air, dia tak berminyak cuma kalau termasuk dalam mata, pedih sikit. hehe. Lepas dah cuci dengan air, korang bilas pula dengan pencuci muka masing-masing.  Kira buat double cleansing lah. Dah setel tu, cuba rasa kulit sendiri. Halahhhh lembapnya. Rasa bersih gile kulit dari sebarang mekap, kotoran dan spf dari sunscreen/sunblock yang kita tepek kat muka. 

Tu yang k.fiezz jatuh cinta dengan cleansing balm ni. Senang cerita bawa lah si cinonet ni nak ke mana-mana contoh untuk travel balik kampung, outstation dan juga bawa ulang-alik ke pejabat. K.fiezz bila hari kerja, bawa cleansing balm obsess ni je untuk sesi cuci mekap time solat Zuhur. Tak payah nak angkut tisu basah ataupun botol makeup remover & facial cotton ke sana sini. Jimat ruang dalam beg mekap k.fiezz sebab saiz cleansing balm ni pun cinonet. 

Nak tahu lebih detail pasal Cleansing Balm Obsess?

cleansing balm, cleansing balm obsess, cuci mekap

Bahan-bahan dalam cleansing balm obsess


cleansing balm, cleansing balm obsess, cuci mekap

Semua boleh guna & semua jenis kulit. Tak kisah lah kulit jenis sensitif, berminyak, kombinasi atau kering. 


cleansing balm, cleansing balm obsess, cuci mekap

Ni kelebihan guna cleansing balm

TAHAN LAMA ke CLEANSING BALM ni?

Tahan lama ke si comel cleansing balm ni?Jangan risau, k.fiezz sendiri yang pakai ni tahan untuk sebulan lebih kurang. Pakai dia tak payah banyak pun. Calit sikit-sikit pada kawasan muka lepas tu gosok secara perlahan sampai tengok mekap di muka berjaya di tanggalkan. Tak ambil masa lama pun nak keluarkan mekap dan segala benda yang kita tepek kat muka termasuk lah debu/kotoran yang melekat di muka semasa kita berada di luar rumah. Tapi kan tak semestinya untuk yang bermekap je boleh guna cleansing balm ni. Semua boleh. Lelaki, perempuan. Sebab kita ni bila keluar je rumah, siap lah segala kotoran melekat kat muka macam magnet. Memang tak nampak secara mata kasar tapi debu/kotoran tu ada je kat muka. Jadi guna cleansing balm ni kotoran/debu senang tanggal sebab kandungan dia jenis minyak yang senang untuk menarik keluar kotoran/debu ni dari muka. 

Macam yang kita tahu di luar ni, kawasan persekitaran kita segala kotoran, habuk, debu ada. Walaupun saiz dia kecil. Tak nampak di mata kasar tapi benda-benda ni memang melekat pada muka kita sebaik saja kita berada di luar rumah. Tak percaya cuba lah korang ambil tisu dan tengok sendiri apa yang ada muka kita selain dari foundation dan segala barang mekap. 

Fav Item Untuk Cuci Mekap

K.fiezz pun sebelum ni tak pernah guna pun cleasing balm untuk cuci mekap. Biasa guna tisu basah, mekap remover je. Tapi bila dah guna cleansing balm ni, jatuh cinta weiii. Senang sangat nak keluarkan mekap. Eh selain tu blackhead/whitehead pun boleh juga keluar bila guna cleansing balm ni tapi kena selalu guna. Yang k.fiezz perasan hidung macam licin sikit sebab mungkin whitehead/blackhead keluar sikit-sikit setiap kali k.fiezz cuci mekap dengan cleansing balm ni. 

Kot sesapa yang nak cuba cleansing balm ni, boleh roger k.fiezz (detail kat bawah).

Kedai shopee k.fiezz : fieza_sani 
**kat shopee ni ada penjimatan kos penghantaran & sekarang ada diskaun. Jangan takut tau nak beli dari kedai shopee k.fiezz, memang tak ada siapa beli lagi sebab baru bukak kedai kat situ.hehe**

**Ni untuk yang nak cod - SOGO, OUG Jln Klang Lama, Kinrara, Bkt Jalil, P.Dalam**

Entry berkaitan << https://www.fiezasani.xyz/2021/02/Cleansing-Balm-Obsess-Best-Sangat-Sebab-Mekap-Senang-Tanggal >>

2 Comments