Cleansing Balm Obsess dah sampai kat tangan k.fiezz. Yeay. Memang tak sabar nak cuba cleansing balm obsess ni sebab k.fiezz jenis kaki mekap & pakai sunscreen/sunblock setiap hari. Sebelum ni untuk bersihkan mekap & sunscreen/sunblock k.fiezz guna micellar water/wet tissue. Masa HQ Obsess buat pengumuman keluarkan produk baru Obsess ni iaitu cleansing balm obsess, memang excited nak cuba sebab nak tahu betul ke boleh cuci mekap dengan senang. Tak perlu guna cleanser pun boleh. 

K.fiezz ada ambil stok beberapa unit cleansing balm obsess ni tapi limited sebab HQ keluarkan limited quantity untuk first batch ni. Konsepnya siapa cepat dia dapat. Ramai dekat agen lain, sold out. Alhamdulillah dengan K.fiezz masih ada lagi stok cleansing balm obsess ni. Kalau korang yang nak, boleh roger k.fiezz (link whatsapp & kedai shopee k.fiezz di bawah entry). 

Sebelum tu jom tengok apa cleansing balm ni. Mana tahu ada yang tak pernah dengar lagi tentang kewujudan cleansing balm ni. Secara jujurnya, k.fiezz pun pertama kali dengar ada meh cleansing balm? hehe. Jom kita belajar macamana rupa cleansing balm & fungsi dia.

Apa CLEANSING BALM ni?

Cleansing Balm menggunakan minyak & emoilien yang mengeluarkan sisa mekap, kotoran, SPF dari sunscreen, peluh, minyak berlebihan serta kotoran lain yang melekat pada kulit. Bentuk cleansing balm ni biasanya berbentuk padat yang bertukar menjadi minyak semasa digosok pada kulit & menjadi cecair semasa dibilas dengan air.

FUNGSI CLEANSING BALM OBSESS

Dah tahu apa itu cleansing balm meh baca lebih detail apa fungsi cleansing balm obsess ni pula?

Macam yang k.fiezz explain di atas, Cleansing Balm  ni teksturnya krim yang berbentuk seperti balm (mesti korang tahu bentuk balm). Jadi fungsi cleansing balm obses ni bertindak untuk cuci lebih cepat dari micellar water @ cleansing oil untuk menanggalkan sisa mekap tak kisah mekap jenis ringan atau berat. Contoh macam mekap mata (mascara @ eyeliner) yang susah nak tanggal. Kena gonyoh atau gosok banyak kali guna micellar water / wet tissue untuk keluarkan dari kawasan mata. 

2 fungsi utama cleansing balm obsess ni mencuci sisa solekan mekap & bersihkan muka dari sisa kotoran halus (debu, habuk) dan minyak di muka selain ia juga melembapkan kulit.

cleansing balm obsess,cleansing balm obsess cosmetics,cleansing balm , double cleansing

Ni rupa cleansing balm obsess. Saiz 15ml

Meh tengok apa pula bahan-bahan cleansing balm obsess ni. Jangan risau, bahan-bahannya dari sumber alam yang selamat untuk digunakan. 

Bahan-bahan yang guna dalam Cleansing Balm Obsess & fungsi setiap bahan

  • Argan Oil - treats acne
  • Chamomile Oil - regenerates skin
  • Geranium Oil - healing
  • Orange Peel Oil - antibacteria
  • Shea Butter - moisturize
Cara Guna Cleansing Balm Obsess :-
  1. Tangan & muka kering semasa nak menggunakan cleansing balm obsess. Calit cleansing balm obsess di kawasan muka. 
  2.  Sapu & gosok sehingga semua mekap serta kotoran ditanggalkan.
  3. Bilas dengan air.

Buat Double Cleansing?

Kalau korang nak buat double cleansing pun boleh. Sangat digalakkan terutama yang ada masalah kulit berminyak, gunakan mekap & memakai sunscren/sunblock. Konsep double cleansing ni kita bersihkan kotoran berasaskan minyak dahulu, sebelum mencuci muka seperti biasa. Lebih mudah faham secara saintifik, minyak menarik minyak dan air menarik air. 

Teknik double cleansing ni merupakan teknik mencuci muka yang jadi rutin & pilihan wanita Korea. Wanita kat sana mempunyai kulit yang cantik. Diaorang jadikan double cleansing ni sebagai rutin untuk pastikan kulit sentiasa bersih dan cantik. Untuk yang tak berapa faham teknik Double cleansing ni merupakan kaedah cuci muka 2x berturut-turut.

Kaedah ni menggunakan 2 jenis cleanser yang berlainan. Satu cleanser berasaskan minyak atau senang faham - cleansing balm. Satu lagi cleanser yang berasaskan air macam water soluble cream, gel dan seangkatan dengannya.

Kenapa Kena Guna Cleanser yang ada minyak?


Sumber minyak daripada mineral, tumbuh-tumbuhan sangat efektif untuk hilangkan kotoran seperti mekap dan juga lapisan dari sunscreen/sunblock.  Bahan dalamnya yang dipanggil emulsifier yang membolehkan minyak bercampur dengan air untuk menjadi cecair putih & lebih senang dibilas berbanding minyak sahaja. 

4 Langkah mudah dengan double cleansing menggunakan Cleansing Balm Obssess

  1. Guna cleansing balm obsess dahulu. pastikan tangan dan muka kering.Calit cleansing balm obsess pada keseluruhan muka, kemudian gosok sehingga semua mekap dan kotoran berjaya ditanggalkan.
  2. Bilas dengan air. Kemudian lap dengan tuala bersih.
  3. Guna pula cleanser biasa. Gosok pada keseluruhan muka.
  4. Bilas cleanser dengan air bersih. 
Dengan teknik double cleansing ni muka kita lebih bersih secara keseluruhan. 

Review Cleansing Balm Obsess

Meh nak share sikit review k.fiezz guna cleansing balm obsess ni. Dari hasil penggunaan cleansing balm obsess ni memang k.fiezz boleh rasa & nampak kawasan muka k.fiezz lebih lembap dan lembut. K.fiezz dalam kategori kulit kering. Kalau tengok secara dekat, boleh nampak ada pengelupasan halus kat kawasan muka. Lepas guna Cleansing balm obsess ni nampak perbezaan dia. Masa sesi bilas dengan air pula, memang tak berminyak.K.fiezz pun masa mula-mula was was yea ke tak berminyak ni. Eh sekali dah guna, betul. Tak berminyak. 

K.fiezz buat double cleansing tak? yea. k.fiezz buat pagi & malam. 2x sehari k.fiezz akan guna cleanser sebab cleanser pun tak boleh guna dengan kerap. Ada setengah cleanser boleh menyebabkan kulit jadi kering & keluarkan minyak yang baik untuk muka. Muka kita perlukan juga sikit minyak untuk mengekalkan kulit lembap dan sihat. Oleh sebab itu, k.fiezz guna cleanser waktu pagi & malam. Di antara waktu lain tu k.fiezz guna cleansing balm obsess ni sahaja sebab dia melembapkan kulit. Jadi tak ada masalah guna dengan kerap. Lagi satu mudah nak bawa cleansing balm obsess ni ke mana-mana sebab saiz dia yang comel (15ml). Tak perlu facial cotton,makeup remover, wet tissue.

Bawah ni video k.fiezz tunjuk cara guna Cleansing balm obsess.



Harga Cleansing Balm Obsess 
1 ketul - RM20.00
Combo (3 ketul) - RM57.00

Nak beli kat mana Cleansing Balm Obsess >> 

Kedai shopee k.fiezz : fieza_sani 
**kat shopee ni ada penjimatan kos penghantaran.hehe.**
**untuk cod - SOGO, OUG Jln Klang Lama, Kinrara, Bkt Jalil, P.Dalam**

9 Comments

  1. Macam menarik je cleansing balm ni . Boleh try la lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh la cuba CCL. hehe..nk shipping murah, beli kat kedai shopee k.fiezz..hehe

      Delete
  2. menarik perkongsian Kak, minyak menarik minyak. Betul juga tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan secara logiknya. mula2 tak terfikir pun gitu. tapi bila fikir balik, eh betul la..

      Delete
  3. senang la kan , boleh bw travel sbb bukan liquid kan .. thank youuuu sharing k.fiez

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang sangat Atie. Bawa ni pun cukup bila kita travel, balik kampung.

      Delete
  4. teringin pulak nak cuba rasanya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh la syaz cuba. confirm suka punya. nak shipping murah, boleh beli kat kedai shopee k.fiezz.heheh

      Delete
  5. wah menarikk. First time dengar cleasing balm...

    ReplyDelete