K.fiezz jeles betul tengok muka orang yang bersih. Nampak flawless tak ada sebarang bintik hitam disebabkan dari jerawat. Biasalah bila ada jerawat, jari jemari ni gatal nak picit. Kesannya rasakan lah bintik hitam yang kekal kat muka. Nak hilangkan tu boleh tapi ambil masa. Itu pun kalau yang jenis rajin & usaha untuk cari jalan cara hilangkan bintik hitam di muka. Ada orang tak ambil kisah pun. So k.fiezz google, terjumpa satu resipi menarik sebagai cara hilangkan bintik hitam di muka. 

Boleh lah nak kongsi dengan korang cara hilangkan bintik hitam di muka. Tak kisah lah korang panggil tompok hitam atau bintik hitam atau parut bekas jerawat lama yang masih di bertakhta di muka korang. Tak kisah mana pun nama panggilannya, benda yang dimaksudkan tetap sama. 

Bintik hitam ni bila dah lama-lama memang akan melekat kat muka kita. Ambil masa nak hilangkan. Kalau serius nak hilangkan bintik hitam ni, ada cara dia. Guna krim atau buat rawatan di pusat rawatan kecantikan atau yang kurang kemampuan boleh cuba cara semulajadi. Tapi apapun tengok pada individu tu sendiri lah samaada jenis tak kisah pun bintik hitam ke, parut ke. why bother why bother konsepnya. Janji bintik hitam di muka ni tak memudaratkan dia.

Tapi ada setengah orang kisah okey. Terutama yang pentingkan kecantikan kulit. Bila ada bintik hitam ni, like so menganggu. Eh ada orang boleh buatkan self confidence down tau. Malu nak jumpa orang. Mungkin pada sesetengah orang 'eleh bintik hitam je. kecoh'. Jangan pandang negatif pada orang tu, kita ni macam-macam rupa. Macam-macam perangai, mungkin pada kita benda tu remeh je tapi untuk orang yang ada masalah bintik hitam ni, tak. Benda tu besar pada dia. 

Untuk korang yang ada masalah bintik hitam di muka & mencari cara mengatasinya. Meh kat sini k.fiezz nak kongsi cara hilangkan bintik hitam di muka. Terjumpa di Mr Google semalam. Tengok bahan & cara dia pun sangat lah simple. Eh, boleh lah kongsi di blog. Mana tau ada yang nak cuba. 

bintik hitam di muka,cara hilangkan bintik hitam di muka, langkah penjagaan muka

CARA HILANGKAN BINTIK HITAM DI MUKA

Nak tahu cara hilangkan bintik hitam di muka ni macamana?Nak ke idak?Angkat tangan sikit. Hehe. Okey, meh k.fiezz kongsikan. 

Bahan yang diperlukan hanya 2 bahan sahaja. Diulang 2 sahaja yea.  Iaitu
 
Oat + Jus Lemon (simple tak bahan dia)

Kalau tanya k.fiezz simple sangat ni. Macam percaya tak percaya je. Boleh ke ni?Hah nak tahu kena lah cuba. 

Cara nak buat nya macamana pula k.fiezz?

Sonang yoo. Kisar halus Oat dulu, lepas tu campur dengan jus lemon. Lepas dua-dua bahan dah sebati & dah mesra. Scrub lah muka secara keseluruhan. Ulang 1-2 kali seminggu untuk dapat kesan yang lebih baik. 

Simple tak?Simple sangat ni. Jadi selamat mencuba!!

JAGA LANGKAH PENJAGAAN MUKA YANG BETUL

Kalau tengok resipi atas ni dah masuk langkah exfoliating untuk penjagaan muka yang betul. Kebetulan kita termasuk topik exfoliating, meh k.fiezz kongsikan langkah penjagaan muka yang betul. 

Setiap Pagi -
  • Cleanse - Toner - Serum - Moisturiser
Setiap Malam

  • Cleanser - Toner - Serum - Eye Cream - Night Cream
Setiap Hujung Minggu 

  • Cleanse - Exfoliate - Toner - Serum -Moisturize - Face Mask

Dengan langkah penjagaan muka yang betul, insyaallah muka kita sihat dan bebas dari sebarang jerawat, parut jerawat, bintik hitam, jeragat. Kata kunci nya adalah Konsisten!!Hasilnya bukan nampak pada masa sekarang. Kita akan nampak hasil dia secara perlahan-lahan dalam jangka masa panjang bila usia kita makin meningkat. 

Jadi pentingnya kena konsisten saja.

3 Comments