Over tak kalau beli telur ikan pun secara online. haha. Kat Shopee lagi, uoll. Memang bff sangat lah k.fiezz & mr hubby dengan Shopee. Sampai beli telur ikan pun kat Shopee. Kalau orang tak biasa beli online ni, mesti cakap gedik aihhh..Pi lah ke pasar tu hah. Haha. 

Bukan tak nak ke pasar tapi musim-musim COVID ni, nak ke pasar pun seriau. Dengan kena beratur bagai. Letih fikir. Baru fikir. Belum sampai lagi ke pasar. So kemudahan ada, kena gunakan lah. Dah kebetulan mr hubby cari dalam shopee, nampak ada orang jual telur ikan tenggiri kat situ. Eh memang cantiklah. 

Sebelum ni k.fiezz rajin beli telur ikan tenggiri ni kat pasar tani pejabat. Sebelum musim COVID, area pejabat k.fiezz memang ada pasar tani setiap Selasa & Khamis. Ada orang jual bahan-bahan basah. Kadang kalau ada telur ikan, k.fiezz memang akan beli sebab tahu mr hubby suka. Tapi ceritanya bila dah COVID ni, memang tak ada lah pasar tani ni, hah. Sebab tak boleh nak beroperasi. Kalau boleh buka pun, kena ikut SOP bagai, leceh pula untuk urusetia handle pasar tani untuk buat peraturan ikut SOP sebabkan COVID.  Jadi dah lama lah mr hubby tak makan telur ikan tenggiri favourite dia sebab tempat nak beli dah di tutup sebabkan COVID ni.

 
telur ikan tenggiri, telur ikan

BELI TELUR IKAN TENGGIRI DI SHOPEE

Agaknya mr hubby saja cari kat shopee & jumpa ada orang jual telur ikan tenggiri kat situ. Mula-mula mr hubby tersalah tekan. So mr hubby cancel order. Penjual tu chat tanya kenapa cancel order. K.fiezz masa jawab chat tu blur kejap sebab tak tahu menahu mr hubby nak beli telur ikan tenggiri dalam shopee (kitaorang kongsi akaun shopee yang sama yea uolls..sehati gitu. haha). K.fiezz cakap kat dia mungkin suami ter tekan. Bila tanya dengan mr hubby, memang dia salah tekan plus tengok caj penghantaran sampai RM15. Tu yang mr hubby cancel order.  

Bila k.fiezz cakap kat mr hubby, penjual tu tanya kenapa cancel order?Mr hubby fikir balik kesian pula dengan penjual tu sebab bertanya. Jadi order lagi sekali. 

Harga 1kg - RM31.50. Tapi sebab kitaorang beli 2kg dapat diskaun RM60.00, jadi 1kg - RM30.00. Caj penghantaran RM15.00..  Total RM75.00

Penghantaran Hari Yang Sama


Penjual ni cuma ambil order untuk dalam kawasan Lembah Klang saja (Putrajaya, Kuala Lumpur & Selangor - Bangi, Kajang, Semenyih, Puchong, Shah Alam, Cyberjaya, Subang, Petaling Jaya & Damansara) sebab penghantaran hari yang sama. Takkan nak pos pula. Tak sesuai. 

K.fiezz submit order macam biasa melalui Shopee. Lepas tu seller chat tanya samaada k.fiezz ada kat rumah ke tak? PKP ni nak ke man pun. Tak boleh nak jalan-jalan. Jadi duduk lah di rumah tunggu telur ikan sampai. Dalam pukul 11 pagi k.fiezz hantar order. Pukul 1.30petang telur ikan dah sampai depan rumah. 

TELUR IKAN TENGGIRI SEDAP TAK?


Sedap je kalau tanya tekak k.fiezz & mr hubby yang tak mengada-ada ni. Tak pahit. K.fiezz goreng biasa je. Tak reti nak masak berkuah guna telur ikan ni. 

Overall k.fiezz boleh komen, lain kali boleh ulang beli lagi dengan penjual ni. Keadaan telur ikan yang dia jual semua dalam keadaan elok & segar. 

Kalau korang nak cuba beli boleh cari nama kedai >> Yang Unik Yang Pelik Yang Sedap (Ruzails).

Selain telur ikan, ada juga jual telur sotong, udang galah & makanan laut yang lain. 

6 Comments

  1. kalau ada dijual dekat shopee tu tak pelik dah.. hihihi sekarang ni mcm-mcm ada jual dekat shopee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..kat shopee tu apa yg tak ada..semua ada...cari je..

      Delete
  2. wohh dasat la shopee.. telur ikan pun dijualnya

    ReplyDelete
  3. Unik nama kedai dia. Tak tahu pulak telur ikan pun ada jual kat shopee

    ReplyDelete