Sebelum ni k.fiezz ni tak kisah sangat pun pasal langkah penjagaan muka yang banyakk benor langkah nak kena buat tu. Pelembap muka? Lagi lah k.fiezz macam errrr perlu pakai ke?Pada logik k.fiezz masa tu kalau buat langkah penjagaan muka yang banyak sangat langkah-langkah dia, k.fiezz risau lagi banyak jerawat naik terutama pelembap muka tu. Lagi seriau nak pakai, udah la muka k.fiezz ni jenis cepat berminyak. Pakai tu lagi lah rasa nanti jadi berminyak...Oh maiiii. tak ada pengetahuan langsung tau. Dulu mana ada info boleh cari macam sekarang ni. Melainkan kalau orang ajar. Mak k.fiezz pun bukan jenis jaga muka. Kawan-kawan k.fiezz? Kebanyakan kawan k.fiezz semua bukan jenis kaki mekap atau yang jaga kulit muka. Bukan lah kata tak jaga langsung. tapi rasanya setakat cuci muka pakai pencuci muka saja. Tak adalah nak buat langkah penjagaan muka tu. Jadi tak ada siapa yang nak berkongsi cara untuk kekalkan kulit cantik, sihat kena buat langkah penjagaan muka. Contoh salah satunya wajib pakai pelembap muka. 

Kepentingan Langkah Penjagaan Muka?

Fungsi pelembap muka pun k.fiezz tak tahu, weiii. Untuk apa tu. Dulu pelik juga bila beli pencuci muka, tengok orang duk belek lama kat tempat yang ada pelembap muka, serum & lain-lain produk penjagaan muka. Seriusly, korang belek apa lama sangat kat situ?Nak marah rasanya. haha. Perangai. Udah lah ko tak jaga muka, sibuk marah kat orang yang nak jaga muka. 

Bila k.fiezz dah terlibat dalam blogging ni & salah satu niche yang k.fiezz pilih adalah kecantikan. Baru lah k.fiezz baca berkenaan kepentingan penjagaan muka. Paling penting langkah penjagaan muka tu, wajib buat untuk bagi kulit kita sentiasa sihat, cantik, bersih dari sebarang jerawat, parut jerawat dan jeragat.

BARU BUAT LANGKAH PENJAGAAN MUKA YANG BETUL

Jadi bila dah baca info sana sini yang dapat dari internet ni, baru lah k.fiezz ada kesedaran & buat langkah penjagaan muka yang betul. K.fiezz pun baru je mula buat langkah penjagaan muka ni. Sebelum ni memang tak ambil kisah sangat pun. Dan nak cantik duit pun kena ada tau. haha. Yeszzza sebab nak beli produk-produk yang wajib ada dalam langkah penjagaan muka, boleh tahan weiii harga dia. haha. beauty is money. Tapi kelebihan dia produk-produk ni tahan lama. Tak lah kena beli setiap bulan. Cuma bila sekali keluar duit tu, banyak juga RM nyaaa...haha


MULA BERJINAK GUNA PELEMBAP MUKA


Dah sedar diri kan kepentingan langkah penjagaan muka yang betul, baru lah k.fiezz berjinak dengan guna pelembap muka dulu. Itu pun puncanya muka k.fiezz dah nampak kering terutama bila di pejabat. Sebab duduk dalam tempat berhawa dingin yang sejuk sangat ni. Lepas tu k.fiezz kurang minum air putih, lagi lah cepat proses pengeringan kulit tu terjadi. K.fiezz baca info dari Mr Google cara atasi kulit kering, salah satunya kena guna pelembap muka.

Terus cari pelembap muka yang sesuai. Jenuh juga lah nak mencari. Dari cari punya cari, k.fiezz tertarik nak cuba pelembap muka nutox. Sebab k.fiezz guna pencuci muka Nutox. K.fiezz serasi dengan pencuci muka dia, jadi k.fiezz fikir apa salahnya cuba je lah pelembap muka Nutox juga. Jenama yang sama. Baca review pasal pelembap muka Nutox ni, ramai yang bagi feedback positif. Jadi misi on

PELEMBAP MUKA NUTOX


Tadaaa..Dah hampir beberapa bulan k.fiezz guna pelembap muka nutox ni. Alhamdulillah, masalah kulit kering k.fiezz dah berjaya atasi. Nampak perubahan. Kulit k.fiezz pun nampak lebih moist sekarang. Tekstur pelembap muka Nutox ni pun tak berminyak bila kita guna & dia cepat meresap dalam kulit. 

Senang cerita serasi lah dengan pelembap muka Nutox ni. By the way kulit k.fiezz jenis kombinasi & sesuai dengan pelembap muka Nutox ni. 

pelembap muka nutox, pelembap muka, moisturizer untuk kulit combination, langkah penjagaan muka, langkah penjagaan muka yang betul

Sebotol ni boleh tahan 2-3 bulan. Harga RM44.29 di Watson. Masa k.fiezz beli ni ada member sales. Dapat murah sikit. 

pelembap muka nutox, pelembap muka, moisturizer untuk kulit combination, langkah penjagaan muka, langkah penjagaan muka yang betul

Kandungan dia - Terdiri dari B'Nest Colagen & Oxyfusion
Korang boleh baca detail kandugan ni kat gambar atas.


pelembap muka nutox, pelembap muka, moisturizer untuk kulit combination, langkah penjagaan muka, langkah penjagaan muka yang betul

Tekstur dia warna putih, pekat. Bila sapu dia cepat meresap & tak berminyak. 
Pelembap muka Nutox ni ada SPF 25 juga. Jadi boleh guna ni sekali sebagai sunscreen.

Yang k.fiezz suka produk-produk Nutox ni 
Free PARABEN, FREE MINERAL OIL, FREE COLOUR


pelembap muka nutox, pelembap muka, moisturizer untuk kulit combination, langkah penjagaan muka, langkah penjagaan muka yang betul

Saja kongsi. Ni isi perbezaan dua pelembap muka Nutox beli dari Shopee & Watson..
Hat Tester tu k.fiezz beli kat Shopee. Bila dapat ada label Tester kat botol. Adeh. Sabo je lah..Yang bukan tester tu, k.fiezz baru beli kat Watson minggu ni. Nampak tak perbezaan isi dia. Sebab masa dapat tester tu, seller cakap bukan re-use punya. Padahal isi dah tinggal separuh. Terus was was nak guna. Tu yang k.fiezz beli baru ni. 



Kenapa Kena Pakai Pelembap Muka?


Eh perlu ke pakai pelembap muka ni. Penting ke?Meh tengok sebab kenapa kita kena pakai pelembap muka. Mesti ramai yang macam k.fiezz sebelum ni, sebab kulit beminyak so tak nak pakai pelembap muka takut lagi berminyak. Tapi sebenarnya sangat salah tanggapan itu, yea. Kita kena guna pelembap muka untuk 

- Elak kulit jadi kering
- Perlahankan proses penuaan
- Bantu kurangkan jerawat sebab bila kulit kering, ni akan bagi signal pada muka untuk hasilkan lebih banyak minyak. Bila banyak lebihan minyak yang menjadi punca tersumbat, boleh menyumbang pada penghasilan jerawat dengan lebih banyak).
- Lembutkan kulit, kurangkan kemerahan dan rasa gatal pada muka disebabkan oleh kulit yang kering.
- Lock semua produk penjagaan muka yang kita guna untuk diserap khasiatnya ke dalam kulit.


So dah nampak tak kepentingan pelembap muka ni. Jangan pandang remeh tau dengan fungsi dia. Nak kulit cantik, tak ada jerawat, lambatkan proses penuaan wajib amalkan pelembap muka. 

Nak beli pelembap muka jenama apa? Terpulang pada poket masing-masing. Ada bajet lebih, boleh beli yang mahal sikit. Kalau tak yang murah pun boleh. Yang penting korang kena jadikan pemakaian pelembap muka ni satu kemestian setiap hari.

3 Comments

  1. pelembab ni perlu kan.. hmmm since last year baru atie starts pakai

    ReplyDelete
  2. mama mmg kena guna pelemban muka senang kering.. nutox x penah cuba lagi

    ReplyDelete
  3. Boleh pulak seller kasi yang testerrr... Adehh...

    ReplyDelete