Bila keja dari rumah, boleh lah nak masak sarapan pagi. Sampai 2 menu sarapan pagi, pagi semalam. Kemain. haha. Semalam turn k.fiezz bekerja dari rumah jadi boleh lah nak masak sampai 2 menu sarapan pagi macam ni. Kebetulan mee tu dah nak expired. Tarikh expired semalam. Dari buang dalam tong sampah, baik lah di masak buat mee goreng macam ni. Kenyang perut. K.fiezz tambah satu lagi menu cucur ikan bilis tu sebab takut tak cukup sebab mee tu separuh je baki yang ada. 

DUA MENU SARAPAN PAGI 

Resipi mee goreng & cucur ikan bilis, k.fiezz pernah kongsi kat sini. Korang boleh rujuk >> 


Kalau korang nak cuba, boleh klik link kat atas ni. Tak tau lah nak cakap sedap ke tidak. Korang cuba lah sendiri & boleh 'derhaka' kat resipi kalau ada yang korang nak tambah atau kurangkan. hehe. 

sarapan pagi, jem roti, mee goreng, cucur ikan bilis


Sedap ke idak?dua-dua licin lah. hehe. Agak-agak sedap ke idak kalau dah licin. Ikut tekak k.fiezz & mr hubby, sedap.. Masuk bakul angkat sendiri.hehe..

HARI KERJA TAK MASAK SARAPAN PAGI?

Okey kalau ada yang tanya, k.fiezz masak sarapan pagi hari cuti je ke. Kalau macam sekarang ni, bila turn kerja dari rumah, baru masak sarapan pagi. Sebenarnya ada juga hari bekerja k.fiezz masak sarapan pagi tapi tengok sempat ke tidak sebab kadang bangun lambat. haha. Biasanya k.fiezz siapkan semua bahan-bahan malam sebelum tu. Tapi kalau udah bangun pun lambat pagi esoknya, apa cer weiii. Memang tak sempat lah nak masak walaupun bahan semua dah siap sebelum tidur. 

Itu yang k.fiezz kurang nak masak sarapan pagi bila hari bekerja. Bila dah lambat tu,  penyelesaiannya sarapan pagi mr hubby, roti & letak jem roti. Dah siap. haha. Roti memang sentiasa ada kat rumah kitaorang ni. Habis je, top up beli roti. 

TIPS MASAK SARAPAN PAGI

Tips untuk wanita-wanita berkerjaya macam k.fiezz ni yang nak masak sarapan pagi untuk suami dan anak-anak. Ewah kemain tips bagai. haha. Sebenarnya tak susah pun nak buat sarapan pagi untuk suami & anak-anak. Kita pun boleh bawa bekal sarapan pagi ke pejabat. Dah jimat di situ. Nak tahu tips dia apa? Kena siapkan bahan yang kita nak masak malam sebelum tidur. Esoknya bangun pagi, terus masak. Tak payah nak potong-potong bawang atau bahan-bahan yang kita nak masak pagi tu. Sebab part potong-potong ni yang melambatkan kerja. 

Nak buat tips ni, sila set loceng kat handphone masing-masing supaya tak terbabas & lewat bangun. Kalau lewat bangun, tak jadi sarapan pagi lah ceritanya. Kita & suami makan lah kat cafe pejabat. Anak-anak makan kat kantin sekolah. haha.

Kalau boleh hari bekerja, kita buat sarapan pagi yang simple je. Tak perlu renyah banyak kerja nak kena buat. Janji perut kenyang, kita & suami boleh bekerja dengan senang hati di pejabat. Anak-anak pun kat sekolah, seronok belajar. Macam k.fiezz biasanya hari bekerja, kalau k.fiezz tak lewat bangun pagi,k.fiezz masak mihun goreng, mee goreng, kuew tiow goreng, nasi goreng, roti sardin. Ni antara sarapan pagi yang biasa k.fiezz masak. Kalau korang yang lagi kreatif, boleh lah fikir menu masakan lain yang simple & senang nak buat waktu pagi. Yang penting jangan skip sarapan pagi, hokay. Sarapan pagi ni untuk bekalkan tenaga pada kita sepanjang hari. 

5 Comments

  1. nak masak kejap ja kan , nak sedia kan bahan tu la yg ambik byk masa tul tak

    ReplyDelete
  2. Selamat bersarapan k.fiezz 😊

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Walaupun sibuk bekerja tapi keluarga tetap diutamakan. Memang betul tu, kalau nak masak sarapan pagi waktu hari bekerja memang kena sediakan bahan masakan lebih awal, sebelum tidur.

    ReplyDelete
  4. Terbaik thanks perkongsian yang menarik..

    https://www.tehokaw.com/2021/01/bayaran-bpn-20-mulai-21-januari-2021.html

    ReplyDelete
  5. I like cucur ikan bilis . nanti nak kena buat la cucur ikan bilis tu

    ReplyDelete