Yeay..turn bekerja dari rumah harini. haha. Kemain suka weiii bekerja dari rumah. Harus lah suka, tak yah nak keluar rumah. Turn k.fiezz selang sehari dengan kawan pejabat. Semalam masuk pejabat, hari ni kerja dari rumah. Gitu lah turn kitaorang sampai habis PKP ni. Berbalik pada topik yang k.fiezz nak share pasal air green tea ni, hah. Ceritanya beberapa hari lepas pegawai k.fiezz ada order kat food panda / grab food untuk lunch. Dia order set nasi, tom yam & ada air green tea ni.

Pegawai k.fiezz ni tak minum air green tea. Jadi dia bagi kat k.fiezz. K.fiezz ambil je lah. Sebab k.fiezz tak pernah minum air green tea ni. Macam ais krim green tea, pernah k.fiezz try. Okey je lah rasa dia. 

SEDAP KE AIR GREEN TEA NI?

So k.fiezz pun minum lah air green tea ni. Try sedut sikit..Sedap sedap sedap. Boleh lalu kat tekak. Lepas makan k.fiezz minum air green tea ni kat tempat. K.fiezz jarang pun minum air manis waktu makan tengahari kat pejabat. Asyik minum air kosong je. Sesekali dapat air manis orang belanja, layan lah weii..hehe. Sampai petang lah k.fiezz minum sikit-sikit air green tea ni sampai habis. 


air green tea

air green tea + susu = manis. tapi masa k.fiezz minum, manis dia dah kurang sebab ais dah cair.

BADAN TAK BERAPA SEDAP LEPAS MINUM air GREEN TEA

Sedap memang sedap air green tea ni tapi k.fiezz tak berapa serasi. Badan tak boleh nak terima. Sebabnya lepas je minum air green tea ni badan k.fiezz tak berapa sedap. Rasa semacam. Balik rumah, lepas mandi, k.fiezz rilek jap. Tetiba tengok tangan mengigil. Adeh. Dah kenapa pula ni. K.fiezz minum air kosong 2 cawan. Lepas tu rilex kejap. Terus rasa nak membuang air besar. Elok lepas buang air besar, baru rasa okey sikit. Tengok tangan dah tak mengigil sangat. Lepas tu barulah angin berlumba-lumba duk keluar. Rasanya k.fiezz tak serasi minum air green tea ni. Lain kali kena beringat. Sedap memang sedap tapi kesan lepas minum tu tak berapa nak sedap. 

Effect ni mungkin pada k.fiezz je lah, orang lain mungkin okey je. Lain orang lain penerimaan badan masing-masing. 

2 Comments

  1. eh kenapa tiba2 tak ok? padahal green tea sihat kot... ada apa2 yg tak kena ni... take care kak fiezz

    ReplyDelete
    Replies
    1. x tau la atie. mgkn akak tak serasi minum air green tea ni. lgipun ni ada campur ngan susu juga.

      Delete