Sebenarnya tak ada idea tau dak nak tulis apa kat blog kesayangan ni. Nak tulis tapi tak tau nak tulis pasal apa. Haritu k.fiezz ada lah up status kat LinkedIn pasal ni. So salah sorang rakan blogger, Sii Nurul ada komen di status k.fiezz tu. Dia ajak joint cabaran 15 hari menulis blog berdasarkan topik-topik di bawah. Tengok tajuk-tajuk dia, why not. Onz. Tengah ketandusan idea ni nak tulis pasal apa. 


fieza sani,blogging

Jom tengok cabaran hari pertama | Gambar Terbaru dan Fakta Tentang K.fiezz

fieza sani, blogging

Ada ke yang nak tahu. haha. Kisah lah kan. K.fiezz saja share. Kalau nak baca, sila kan lah scroll sampai habis.

FAKTA MENGENAI K.FIEZZ
  • K.fiezz seorang pendiam. Melainkan kalau k.fiezz kenal rapat dengan orang tu, hah baru lah k.fiezz jadi seorang yang peramah. pot pet pot pet mulut i bercerita.
  • K.fiezz tak suka berkongsi hal peribadi dengan orang yang kenal gitu-gitu je. Terutama macam sekarang ni k.fiezz masih lagi pegang title 'TTC', k.fiezz memang tak berapa gemar cerita dengan orang yang bukan atau tak pernah berada dalam situasi sama macam k.fiezz. Sebab orang tu takkan faham pun. Penat je bercerita. Lagi satu yang sebabkan k.fiezz tak suka bercerita pada orang yang tak faham situasi sama ni, k.fiezz tak nak orang tu sampaikan cerita pada orang lain pula. Dari orang lain tak tahu jadi tahu pula kisah k.fiezz. Sebelum ni k.fiezz agak open bercerita tapi lepas tu k.fiezz fikir semula, malas lah. Tak nak orang lain pun tahu pasal keadaan k.fiezz. Jadi lebih baik zip mulut dari bercerita semua pada orang luar yang tak berapa kenal k.fiezz. 
  • Waktu cuti/hujung minggu kalau tak berjalan ke mana, k.fiezz memang melayan movie di Netflix. Dari pagi sampai malam, k.fiezz boleh layan Netflix tu macam-macam cerita.
  • Genre filem pilihan k.fiezz biasanya jenis thriller, crime, comedy.
  • K.fiezz suka kecantikan. Dulu k.fiezz tak ambil kisah sangat pasal penjagaan kulit, mekap. Tapi sekarang minat tu makin mendalam (mungkin faktor usia, tak nak nampak kulit cepat berkedut.haha.). Sebabkan minat pada kecantikan, k.fiezz joint jadi salah seorang agen Obsess Cosmetic.
  • Suka travel, tak kisah lah cuti-cuti dalam & luar negara.
  • Suka pada kekemasan (rumah, ruang kerja di pejabat).
  • Tak ada kawan baik. Dulu sebelum k.fiezz kawen, memang ada kawan baik. Tapi lepas je kawen, k.fiezz dah kurang berhubung dengan kawan-kawan. Bukan sombong tau cuma mungkin faktor jarang berjumpa, jarang berhubung yang jadi k.fiezz dah kureng berkawan.
  • Suka menulis. Tu sebab k.fiezz ada blog ni. Dulu masa zaman remaja, k.fiezz ada diari. Kalau dulu diari lepas tulis, letak bawah bantal tak nak bagi adik-adik atau orang luar baca. Sekarang kita tulis online untuk berkongsi dengan orang luar. 
  • Suka bergambar (haha..selfie paling utama) Contoh macam gambar atas ni. fresh from camera, gambar selfie semalam.
  • Makan, k.fiezz tak cerewet. Tapi kalau makanan yang jatuh dalam kategori fast food k.fiezz lebih suka Mc Donald, Pizza Hut, Domino's, Kenny Rogers, Nando's. Selain dari ni macam KFC, nope tak minat.
Okey ni je fakta mengenai k.fiezz. Tak ada apa yang menarik pun. Biasa-biasa je orang cakap. 

Kalau ada yang kebuntuan idea nak tulis apa di blog, boleh klik banner atas tu. Kita joint cabaran 15 hari menulis blog. 


6 Comments

  1. selamat menyahut cabaran 15 hari sis!! senang kan dah ada tajuk just update je ikut tajuk... hehehehe

    ReplyDelete
  2. heheehe waaaa yay ramai dah org buat ni!! we all can do this.. ! kecantiikkan bg i smua kena jga.. utk diri sniri jugaaaa

    ReplyDelete
  3. Selamat menyahut cabaran kak fieza

    ReplyDelete
  4. Macam banyak pula persamaan kita k.fiezz hehehe

    ReplyDelete
  5. selamat menyahut cabaran.... part mata tu I suka... pinkypinky cantik.

    ReplyDelete
  6. bagus sangat cabaran ni. buat kita fokus nak post apa kat blog bila takda idea ^_^

    ReplyDelete