Sebelum COVID ni, rajin juga k.fiezz ke SPA buat facial treatment. Seronok tau bila buat facial treatment ni. Kulit kita kena belai-belai dengan beautician yang melayan kita. Rasa orang ada-ada kejap tiap kali buat facial treatment di SPA. Ala-ala macam mak-mak Datin gitu. Feeling je lah. Tapi tapi sejak COVID-19 melanda 1 dunia termasuk Malaysia, lama tak jenguk ke SPA. Nak pi terjah pun risau sebab kes di Malaysia sekarang ni, setiap hari mencecah 4 angka. Adeh. So kita buat mask sendiri di rumah. Ewah. Macam hebat je kan. Haha. Tak lah hebat pun, biasanya k.fiezz pakai sheet mask je. Senang. Tapi dalam entry ni k.fiezz nak kongsi cara buat facial mask sendiri gunakan bahan yang selalu ada di rumah, 

Tapi sebelum tu meh nak cerita dulu kelebihan apa kelebihan bila buat facial treatment di SPA & kenapa ramai wanita suka, termasuk lah k.fiezz.

KELEBIHAN FACIAL TREATMENT DI SPA

Ada beautician berpengalaman yang mahir & pakar dengan keadaan kulit akan cadangkan facial treatment yang bersesuian dengan kulit pelanggan. Di SPA biasanya langkah facial treatment mengikut langkah cleansing, toning, extraction, mask dan sunscreen. 

Boleh kategorikan sebagai Me Time untuk lepaskan lelah penat berkerja/belajar, urus rumahtangga & semua urusan yang buat kita sibuk terkejar sana sini sampai kesihatan kulit kita pun terabai. Jadi bila ke SPA ni, kita serahkan pada pakar buat apa yang patut pada muka untuk merawat masalah-masalah kulit yang kita hadapi. Untuk release tension juga. Dengan suasana dia yang tenang, ada lagu-lagu latar yang mengasyikkan, memang layan..

Tapi paling penting, seronok buat facial treatment kat SPA ni sebab muka kena belai..haha. Kita baring rilex and Enjoyyy...Cuma sejak COVID ni, memang tak berani lagi nak ke SPA..Untuk yang merindui sesi SPA-ing boleh cuba cara buat facial mask sendiri yang k.fiezz kongsi di bawah ni & ber SPA di rumah saja.

facial mask, facial treatment, cara buat facial mask sendiri,

FUNGSI FACIAL MASK IKUT KANDUNGAN

Bergantung pada kandungan facial mask, ada mask yang fungsinya untuk mengecilkan liang pori & menyamaratakan tona kulit, menghidratkan kulit, suburkan kulit, keluarkan segala kekotoran, pudarkan parut, menyejukkan, menenangkan & meremajakan kulit. Facial mask sendiri ada beberapa jenis seperti clay, cream, gel di mana setiap jenis ni ada kelebihan masing-masing. 

Clay Mask  - terdiri dari tanah liat, kaolin atau bentonite yg berfungsi untuk kecilkan, menyerap sebum, menyingkirkan minyak berlebihan serta kekotoran dari permukaan kulit.

Cream Mask / Gel Mask - Khusus untuk menghidrat dan menyuburkan kulit. 

CARA BUAT FACIAL MASK SENDIRI GUNA BAHAN DI DAPUR

Tapi memandangkan sekarang ni kita masih lagi dalam melawan virus COVID ni, tak berapa berani lagi nak berkunjung ke SPA macam sebelum ni. 

Jadi penyelesaian untuk k.fiezz & kita yang rindu nak sesi facial treatment di SPA, boleh cuba cara buat facial mask sendiri guna barang-barang yang ada di rumah saja seperti buah, sayuran, susu, yogurt, madu & telur. Jangan risau guna barang-barang dari dapur ni. Semua bahan sesuai untuk kulit jenis kering atau berminyak

Ni kelebihan bila buat mask sendiri kat rumah sebab guna bahan-bahan ada di dapur kita. Jom tengok apa fungsi setiap barang atas ni.

Timun - Bagi efek sejuk, tenang & menyembuhkan. Terutama kalau kita letak di mata atau boleh juga kisarkan timun dengan bahan lain. Jadi dapat tambahan khasiat lagi hasil campuran dengan bahan lain. 

Avocado - Kaya dengan vitamin A,B1,B2, D & E serta minyak. Pilihan kombinasi yang bagus untuk melembapkan semula kulit dan menganjalkan kulit kering dan sensitif.

Madu - Menghidratkan, toning & menganjalkan. Boleh campur dengan bahan lain untuk dapatkan kelebihan dari dua-dua campuran.

Betik - mengandungi enzim protein yang membuang sel kulit mati di permukaan kulit. Untuk yang ada masalah kulit kering atau sunburn, elak guna mask yang ada kandungan ni.

Putih Telur - menganjalkan & menyamaratakan ton kulit.

Yogurt -  mengandungi lactic acid yang berfungsi untuk membuang kulit mati dan boleh diguna tanpa campur dengan bahan lain sebab dia boleh jadi pelindung muka & melembutkan kulit. sesuai untuk semua jenis kulit.

Ubi Kentang  - Potong nipis-nipis dan bulat lepas tu letakkan pada muka. Sesuai untuk kulit berminyak & boleh kurangkan bengkak bawah mata (mata panda).

Herba & Teh - Contoh seperti chamomile boleh digunakan sebagai salah satu kandungan dalam face mask untuk dapatkan pelbagai khasiat. 

MUDAH CARA BUAT FACIAL MASK SENDIRI DI RUMAH 

Senang benornya nak buat facial mask sendiri ni di rumah. Antara rajin dengan tidak je. Kandungan yang kita nak guna pun, terpulang pada masalah kulit masing-masing. Boleh campurkan beberapa kandungan  yang bersesuaian & pastikan jadi pes pekat untuk mudah tepek di kawasan muka. Hasilnya boleh dirasa sebaik saja kita cuci facial mask dari muka. Ulang 1-2x seminggu untuk dapat hasil yang berpanjangan.

Ni antara bahan-bahan dan cara buat facial mask sendiri guna bahan di rumah. 

AWET MUDA - 2 sudu kecil kopi + 2 sudu kecil madu

KULIT BERSERI - 2 sudu kecil lemon + 2 sudu kecil yogurt

KULIT SIHAT - 1/4 sudu serbuk kunyit + 1 sudu minyak kelapa

BERSIHKAN JERAWAT  - 1/4 sudu serbuk kulit kayu manis + 2 sudu kecil madu

CERAHKAN KULIT - 1 sudu kecil jus tomato + 2 sudu kecil santan

BERSIHKAN WAJAH  - 1 sudu kecil jus lemon + 2 sudu kecil madu

Cara Guna - Selepas kita sebatikan bahan-bahan, sapukan pes pada keseluruhan wajah. Kemudian biarkan pes kering dalam 10-15 minit. Lepas tu bilas dengan air seperti biasa. Ulang 1-2x seminggu untuk hasil yang lebih baik.  

Senangkan bahan-bahan dia. Semua boleh dibeli dari pasaraya/kedai. Jadi korang SELAMAT MENCUBA & SELAMAT BER'SPA DI RUMAH.

6 Comments

  1. Saya biasa guna putih telur je... Yang lain tu tak pernah try..

    ReplyDelete
  2. bahan dapur mmg kan ... byk benda boleh guna utk cantikkan muka.. tapi malas betul nak p buat sendiri hahaa

    ReplyDelete
  3. mudah ja kan nak buat. antara nak dengan tak nak ja. hehe ^_^

    ReplyDelete
  4. banyak2 resepi facial mask kalau nak diy kan.. atas kita je rajin ke malas kn..

    ReplyDelete
  5. Guna putih telur, tu saja yang paling senang dan jimat kos. hehe.

    ReplyDelete
  6. rabia guna bahan semulajadi jgk. spa tu sekali je rabia pergi hehe. so buat dkt rumah je lah

    ReplyDelete