Barang wajib ada di musim-musim COVID sekarang ni adalah mask pakai buang. Mudah sebab lepas guna sekali, terus buang je. Tak perlu nak cuci. Tahun lepas masa negara kita lockdown bulan Mac, kerajaan dah sarankan untuk guna mask pakai buang ni bila kita keluar dari rumah. Tapi k.fiezz malas nak beli sebab harga mask pakai buang masa tu, mahaiii weiii. Sekotak sampai berpuluh-puluh hengget. Pernah survey harga mask pakai buang dengan seller yang jual, ada yang mencecah RM80-RM90 sekotak. Tak termasuk kos penghantaran. Mak aih, dalam 1 kotak ada 50 keping mask je. 

Memang tak lah k.fiezz nak beli. Bukan kedekut tapi terpaksa berkira memandangkan mask pakai buang ni kita pakai sekali & lepas tu buang. Rasa sayang nak beli mahal-mahal lepas tu kena buang. Wajib!!Sebab memang fungsi dia pun mask pakai buang. Untuk penggunaan sekali sahaja.

Mask jenis fabrik

Memandangkan masa tu tengah lockdown & kita rakyat Malaysia memang tak boleh keluar, k.fiezz tak beli mask pakai buang ni. K.fiezz beli 2 helai mask fabrik. K.fiezz beli mask jenis fabrik ni sebab boleh cuci banyak kali & harga dia murah . RM5.00 sehelai. . Jimat!!hehe. Dasar kedekut. 

Bulan 6, k.fiezz dah masuk pejabat secara bergilir-gilir, k.fiezz guna mask jenis fabrik ni je bila ke pejabat. Lagipun masa tu turn k.fiezz selang sehari. Jadi harini pakai, esok basuh. Esoknya tu kerja dari rumah. Jadi sempat lah mask fabrik tu kering untuk pakai keesokan harinya.

Tu lah kelebihan mask fabrik ni. Boleh cuci banyak kali & jimat purse

Borong mask pakai buang di Shopee

Lepas tu mr hubby pula borong mask pakai buang ni di shopee. Mr hubby beli 200 keping, total RM17.82 (100 keping) & RM14.88 (100 keping).  Dah dapat mask pakai buang ni, suka pula guna uolls.  Sebab lepas pakai, terus buang. Tak perlu nak basuh. Eh, senang pula pakai mask pakai buang ni dari mask fabrik. hehe. Dasar sangat, kan. Nak senang tapi nak murah. 

Mr hubby beli mask pakai buang ni tahun lepas dalam bulan Ogos. Cukup lah untuk kitaorang pakai berdua je. 200 keping kot, banyak tu. Baru ni kenalah top up beli lagi stok mask  pakai buang sebab stok sedia ada dah nak habis. Mencari lah di shopee. K.fiezz tak nak beli dari kedai sama yang mr hubby beli sebelum ni sebab penjualnya di China. Sis jenis tak menyabar nak dapat barang lagipun mask yang sedia ada dah nak habis. Nak kena tunggu pula lagi proses penghantaran dia yang mungkin makan masa seminggu dua. 

Kebetulan beberapa bulan lepas, memang k.fiezz ada belikan mask pakai buang untuk mak abah k.fiezz di kampung. Beli di shopee, terus hantar kat alamat mak di kampung. Harga masa beli tu RM4.80 sekotak (50 keping). K.fiezz beli 200 keping. Bila baru ni stok kitaorang pula habis, k.fiezz beli dari seller yang sama juga lah sebab dipercayai & ada track pembelian sebelum ni yang tak ada sebarang masalah masa proses order sampai delivery. 


mask pakai buang, harga mask pakai buang, mask fabrik

Kebetulan masa k.fiezz nak beli dari kedai sama ni, ada promotion. Harga mask pakai buang yang di jual cuma RM3.76 sekotak (50 keping). Murah ni. Terus beli 200 keping. K.fiezz order dalam hujung bulan lepas. Semalam baru terima mask pakai buang yang order tu. Lambat sikit proses penghantaran mungkin sebab lambakan order. Sokay, janji barangnya dapat. Dalam 1 plastik ada 50 keping. Kotak ada penjual bagi sekali cuma kena DIY. Kalau kita nak guna untuk letak mask, boleh lah bentukkan kotak tu.

Untuk korang yang tengah nak mencari mask pakai buang buat stok, boleh check it out di Shopee. Tengok kat situ, harga mask pakai buang dah lebih murah berbanding masa mula-mula kita tengah panik waktu lockdown tahun lepas. Sana sini orang cari mask. Bila dah jadi barang wajib ada, harga pun melambung tinggi sebab permintaan tinggi. Sekarang, alhamdulillah harga mask pakai buang ni pun dah terkawal oleh kerajaan. Baru rasa berbaloi beli dengan harga & penggunaan dia yang sangat penting sekarang. Ke mana-mana wajib pakai mask.

So korang selagi kita belum berjaya menang melawan virus COVID ni, konsep #kitajagakita. Patuhi SOP sepanjang kita dalam proses melawan musuh yang tak nampak ni. 

4 Comments

  1. dulu masa pkp harga mask dah macam mas dah... nasiblah dulu sebelum pkp dah grab awal 2 kotak di farmasi... bila dh announce pkp terus farmasi limitkan pembelian mask x boleh beli sekotak.. time tu nk tgu shopee mmg lmbt

    ReplyDelete
  2. saya masih setia dengan disposable mask

    ReplyDelete
  3. rasany pakai buang punya tu lagi selamat kan dari yg washable

    ReplyDelete
  4. lagi prefer pakai buang berbanding washable.

    ReplyDelete