Secara jujurnya k.fiezz tak ikut sangat drama cinta sekali lagi ni. Masa mula-mula ada lah k.fiezz tertengok tapi macam meluat nak follow sebab jalan cerita dia macam tak logik. Kisah si adik tak suka dengan kakak sendiri berpunca dengan kesilapan si kakak yang ter cederakan tangan si adik masa kecil & tinggalkan parut pada tangan adik sampai dewasa. Jadi si adik ni berdendam dengan kakak & dia tak boleh tengok kakak lebih serba serbi dari dia.

cinta sekali lagi, nasi kangkang,

Jalan Cerita Macam Tak Logik Je

Masa mula-mula k.fiezz rasa macam tak logik lah drama Cinta Sekali Lagi ni buat jalan cerita pasal si adik yang tak suka kat kakak sendiri berpunca dari parut kat tangan. Berpunca dari ni juga si adik akan cemburu dengan kakak sendiri yang serba lebih dari dia nanti. 

Terjebak Juga

Tapi tapi k.fiezz terjebak juga dengan drama cinta sekali lagi ni, start minggu ni. Episod hari Isnin yang si adik buat sampai kakak dia berpisah dengan suami sebab adiknya nak kan kat abang ipar dia yang kaya tu. Dia jeles kan kakak dia lebih dari dia. Jadi dia buat sampai kakaknya bercerai so dia boleh kahwin dengan abang ipar. 

Dalam minggu lepas pun kakak fiezz ada tertengok sikit drama ni. Si adik goda abang ipar sendiri sampai atas katil.  Eh macamana abang ipar dia boleh tergoda pula kan. Korang yang tak tengok drama ni mesti macam tertanya-tanya?

Guna Nasi Kangkang

Si adik ni guna ilmu sihir iaitu nasi kangkang. Dia buat nasi kangkang bagi abang ipar nya makan. Memang tunduk la si abang ipar nya tu. Ikut je cakap adik ipar. Tak cukup tu, dia fitnah kakaknya mengandung anak orang lain sampai abang ipar dia percaya & terpengaruh. Bukan setakat abang ipar je dia tundukkan, bekas mak mertua kakak dia pun dihasut. Lepas kakaknya bercerai, si adik ni hasut bekas mak mertua kakak cakap kat anak lelaki dia untuk tutup akaun diaorang suami isteri bersama. Supaya kakak dia tak ada punca pendapatan. Bekas suami kakak dia pun bertindak kejam tak bagi anak-anak pada bekas isteri untuk jaga. Serius memang jahat giler adik dia ni. Bekas suami tu mungkin dah jadi kejam macam tu sebabkan dah terkena sihir. 

Tapi yang si kakak nya lemah lembut la hai walaupun adik dengan bekas suami dah buat macam-macam pada dia..Geram pula tengok bila kakak dia nak bertegas & berkeras dengan diaorang pula.

Episod semalam masa si adik ni ke masjid untuk uruskan pernikahan, si adiknya tak boleh nak melangkah masuk dalam kawasan masjid. Lepas akad nikah, masa sesi bacaan doa oleh tok kadi, tangan adik ni tetiba kejung tak boleh nak angkat untuk berdoa. Hah, amikkan..Guna cara kotor kan nak kahwin dengan bekas abang ipar sendiri sebab harta. Rasain. Dah bagi hint pun tak sedar diri lagi tu..

Penangan nasi kangkang untuk tundukkan abang ipar. Abang ipar dia memang tunduk & ikut je lah tak ada membantah apa cakap adik ipar dia. Nak marah pun kejap je, bila adik dia jegil je mata terus tak jadi marah. 

Untuk k.fiezz drama ni, masa mula-mula tak nampak hala tuju dia pasal apa. Tapi bila dah ikut sikit-sikit, cerita dia pasal dendam, hasad dengki pada saudara kandung sendiri. Sampai sanggup guna sihir. So kat sini dah masuk isu terpesong dari ajaran islam. Bila hati dah hitam & penuh dengki sampai sanggup menjerumus diri sendiri dengan perkara khurafat/syirik.

Apa Pengajaran Pada si Adik Yang Guna Ilmu Nasi Kangkang?

K.fiezz follow drama ni sebab tertarik nak tengok apa jadi pada adik dia nanti sebabkan guna ilmu sihir ni. Nak tengok bahagia sangat ke hidup hasil guna ilmu sihir macam ni?

Nasi kangkang ni tak payah lah k.fiezz cerita detail apa dia. Untuk info sikit, nasi kangkang ni masa nak buat tu ada bacaan jampi serapah dia. Jadi siapa yang makan akan jadi bodoh, ikut je cakap orang yang membuatnya. Sikit je lah cerita. Kang ada yang terikut pula. Dah sis berdosa share benda tak elok kat blog. Cuma kita ambil pengajaran dari drama ni untuk sama-sama beringat supaya tak terjebak/terjerumus ke dalam perkara memesongkan pegangan kita sebagai umat islam. Minta dijauhkan lah kita semua dari menda-menda khurafat/syirik macam ni. 

Pengajarannya kita ni kalau nak dapat apa-apa, tak payah lah sampai nak guna sihir-sihir untuk tundukkan orang demi memenuhi hawa nafsu serakah sendiri.  Pegang pada ini je, kalau tertulis itu rezeki / orang tu jodoh kita, tu lah yang Allah dah tentukan untuk kita. Kalau bukan, tak payah lah sampai terjebak dengan perkara yang memesongkan akidah macam ni untuk dapat apa yang kita nak. Teruk kesannya nanti.. Fikir panjang sebelum nak buat sesuatu perkara yang terpesong dari islam ni..Istighfar, ambil wudhu lepas tu pi solat & mengaji. Pahala pun dapat. 

Jauhilah dari perbuatan yang memesongkan kita sebagai umat islam..

9 Comments

  1. Jahatnya lah..kat sedara kandung pun nak berdengki. Guna cara kotor pulak tu.

    ReplyDelete
  2. Sama lah kita, sy pun tgk cerita ni start minggu lepas dan minggu ni...tak sabar nak tgk apa jadi kat si adik tu...Memang jahat sungguh.

    ReplyDelete
  3. cite ni viral gak kan. kes adik rampas suami kakak dia.

    ReplyDelete
  4. Penangan Amani..viral habis cerita ni. Dengan kita-kita terjebak hehehe

    ReplyDelete
  5. my parents tgh follow cita ni daily, tgk diorg mcm sakit hati tgk cita ni, atie pula tggu habis baru nak marathon semua

    ReplyDelete
  6. kan kak fieza..x logik asalnya..tp tetap layan juge smpai habis..

    ReplyDelete
  7. aduii apesal jahat nau si adik ni

    ReplyDelete
  8. Memang sakit hati juga tengok tindak tanduk amani tu... Geram je tengok watak dia!

    ReplyDelete
  9. Geram tengok cerita ni. Tapi puas hati gakla asik kena lempang.hahah. Smpai ada video lempang amani je kt ig.

    ReplyDelete