Sabtu lepas time nak masak ada bahan-bahan yang nak guna dalam masakan, tak cukup. Mr hubby nak turun pi kedai, memang tak berapa nak rajin lah dia tu. hehe. K.fiezz pun sama. Apa lagi, kita beli online saja. Senang dan mudah gitu. Pilihan kitaorang?Seperti biasa, haruslah kita order guna servis foodpanda je. Macam k.fiezz pernah kongsi dalam entry sebelum ni, food panda ni bukan takat order makanan saja, nak beli barang lain pun boleh. Dah ada kemudahan, kita guna lah kan. Sekarang mudah sangat uoll, beli barang dapur online saja. Tak payah nak susah-susah kena turun (rujuk pada k.fiezz & mr hubby sebab kitaorang duk rumah flat). Kalau tingkat 1-3, gigih lagi k.fiezz nak turun ke kedai. Ni kitaorang tingkat 9 weiii. Tak rajin lah nak turun kalau tak ada hal. Nak tunggu lif lagi.. Faham lah lif rumah DBKL ni macamana. Kadang seremm juga..haha..

2x order guna Servis FoodPanda

Mula-mula mr hubby tengok salah satu kedai dalam servis foodpanda ni iaitu pandamart. Tapi ada antara bahan-bahan yang k.fiezz nak, tak ada kat situ. Mr hubby buka satu lagi kedai lain dalam servis foodpanda tu juga iaitu The Green Life Fresh Mart. Kat kedai ni ada barang-barang yang k.fiezz nak. Jadi kitaorang buat 2 pesanan dari kedai yang berbeza dalam servis foodpanda ni. Terpaksalah kan. Ada bahan yang nak, ada kat kedai 1..ada bahan kat kedai 2. Susah sangat. Order je dua-dua. 

The Green Life Fresh Mart & Pandamart

Ni bahan-bahan yang k.fiezz nak & ada dalam kedai The Green Life Fresh Mart. Kitaorang order buah & sayur kat kedai ni. Sayur tu k.fiezz nak guna untuk masak Tom Yam benornya. Ubi tu saja standby untuk masak kari. K.fiezz memang suka masak kari benornya. hehe. Sebab senang nak masak. 

the green life fresh mart, beli barang dapur online, beli online, servis foodpanda

Barang yang kitaorang order dari The Green Life Fresh Mart

Bawah ni order dari pandamart. Order barang kering & top up susu, sardin. Tambah lah juga bahan lain macam rempah sup, pes tomyam & sos tiram. 

the green life fresh mart, beli barang dapur online, beli online, servis foodpanda

Barang yang kitaorang order dari Pandamart

Kelemahan beli online barang basah 

Mudah tu memang mudah sangat beli online cuma ada kelemahan sikit macam gambar bawah ni. Masa sampai je sayur, k.fiezz tengok sayur kobis bunga ni macam dah rosak. Tengok warna dia pun lain. K.fiezz ambil & tengok lebih dekat (faktor usia.tak nampak.haha),memang ketara kot atas dia dah berbulu & ada part dah bertukar warna ungu. K.fiezz cakap kat mr hubby. Mr hubby try cari solution dalam Mr Google. Ada yang kongsikan cara untuk buang bulu-bulu bahagian atas kobis tu dulu & cuba rebus. Okey, tak pe kita cuba walaupun tak confident benornya tau. Bila k.fiezz potong buang bahagian yang berbulu belah atas tu, tengok kat dalam dah bertukar warna ungu. Acane tu. Tunjuk kat mr hubby. Terus mr hubby cakap buang je lah. Dah rosak sangat bunga kobis yang kitaorang dapat ni. Rugi RM11.xx kobis bunga ni. 

Maksudnya kedai yang kitaorang beli barang basah ni, tak jujur lah sebab bagi barang rosak pada pelanggan. Takkan lah masa pekerja dia masukkan barang dalam plastik, dia tak nampak keadaan sayur ni macamana. Tak pe lah lesson learn juga pada kitaorang, lain kali kalau sayur yang tak tahan lama macam ni, kitaorang elak untuk beli online. Kalau kita pi sendiri ke kedai, kita boleh pilih. Ni beli online, memang #redha je lah konsepnya dapat barang yang dah rosak. 

the green life fresh mart, beli barang dapur online, beli online, servis foodpanda

Overall beli barang dapur online atau beli online ni memudahkan tapi kalau dapat barang rosak macam ni, memang frust. Jadi rumusannya haritu, tom yam k.fiezz tak ada lah buh kobis bunga ni. Kalau buh pun tak confident nak makan sebab dah rosak. Atas dia dah berbulu-bulu tu, entah dah jadi beracun ke apa. Tak tau lah kan sebab berapa banyak bakteria dah melekat kat situ. Eh, lupa pula nak cakap, pakej tau siap ada serangga sekali dalam kobis bunga ni. haha. Patut mahai sampai sebelas ringgit. haha..

Untuk k.fiezz bila beli barang dapur online macamni, memudahkan untuk kitaorang yang duduk rumah flat atau bertingkat ni. Tak payah nak turun tapi kena redha kalau dapat barang rosak. Tak lah cakap semua yang kita beli online ni barang rosak bila dapat tapi kadang-kadang ada juga terkena macam ni. memang tak boleh buat apa lah. Paling tidak kita boleh buat review/rating kedai ni dalam applikasi servis foodpanda.

9 Comments

  1. betul kan, klu nak beli online, barang kering ok la.. klu barang basah tkot dpt byk yg buruk..sbb diorg pun main ambik ja bukan nak plh utk kita pun kan

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi beli barang dapur secara online... dpt sayur cenggitu.. alamak mood hilang weyhh...
    ~rm11 sekali pakej dgn serangga 😂.. lawak ayat k fiezz yg ni..

    ReplyDelete
  3. Pekedai ni tak jujur.. Tak baik buat pelanggan macam nie.. Rosak teruk dah bunga kobis tu.. dah patut buang..

    ReplyDelete
  4. bab barang basah ni memang rasa lebih puas kalau dapat pilih sendiri kan, memang kecewa tengok barang yang dapat tu

    ReplyDelete
  5. Belum lagi guna perkhidmatan foodpanda lagi. Ambil notes dari pengalaman lain.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah guna perkhidmatan membeli secara online camni. Nak mudah nak senang memang guna jugalah ni

    ReplyDelete
  7. barang basah mmg xsesuai..kalau delivery dalam hari yg sama xde masalah huhuuu

    ReplyDelete
  8. tak patut la kedai tu pun. bagi komen sikit kat rating dia tu fiez.. mama lagi selesa beli tesco online utk barang dapur

    ReplyDelete
  9. Cik TK tak pernah lagi beli barang basah online. Lebih suka ke lokasi kejadian dan pilih sendiri.. kalau barang kering, ada juga beli online.

    ReplyDelete