Berbaloi Beli Karpet Murah Di Shopee. Material Cun.
Dah lama duk bising kat mr hubby nak beli karpet dalam bilik untuk ganti tikar getah yang dah tak berapa nak rupa tikar tu. Sebabnya tikar getah dalam bilik k.fiezz & mr hubby dah koyak rabak. Tambah pula kerusi gaming mr hubby yang jenis beroda tu. Lagi lah cepat tikar getah tu koyak rabak. Tak kisah pun karpet murah ke mahal, janji karpet. Mula tak terfikir pun nak beli karpet online. Sebab risau tak tahu size atau ketebalan karpet macamana. Kebetulan haritu ada ke rumah kawan mr hubby sebab nak repair komputer. Tengok dalam bilik komputer kawan mr hubby tu, dia pasang karpet. Nampak kemas je. Tanya kawan mr hubby, beli karpet tu kat mana?Ada kawan dia cakap. Cuma kedai karpet tu nun kat Klang. Ate jauh benor la weiii...
Ntah macamana mr hubby saja menggodek dalam shopee, jumpa karpet murah di Shopee. Eh, ada meh karpet jual dalam Shopee. Bila tengok nama seller, eh ni seller yang sama kawan mr hubby beli karpet kat rumah dia. Sebab dah tengok sendiri kualiti karpet tu memang elok, laju kitaorang beli. Baca review pun, semua bagi rating bagus.
KARPET MURAH DI SHOPEE
Kalau tengok kat kedai yang kitaorang beli karpet murah di shopee ni, karpet dia ada beberapa jenis. Nak tebal mana. Harga murah ke mahal?Ikut lah poket masing-masing. K.fiezz & mr hubby pilih karpet murah. Karpet ni, kitaorang beli RM40 saja. Murah. Size memang ngam untuk 1 bilik cuma kitaorang tak guna sepenuhnya sebab ada barang-barang yang berat & susah nak alih, kitaorang adjust ikut kesesuaian. Jadi masih ada balance lagi.
Pertama kali beli karpet online. hehe. Walaupun harga murah tapi material dia berkualiti.
Pilihan warna - Maroon. Ikut warna tikar getah kat ruang tamu.
Ni hah karpetnya. Segulung besar. Tak berat sangat sebab nipis je karpetnya.
Hasil sebelum & selepas. Cantik tak?hehe
Review Karpet Murah
Untuk k.fiezz, material dia okey. Just nice bila pijak. Tak kasar sangat. Ketebalan dia pun tak tebal sangat. Nipis je. Senang nak gunting mengikut kesesuaian sebab macam k.fiezz cakap tadi, barang-barang yang susah nak alih macam katil, meja komputer & meja make up , berat. Jadi kitaorang biarkan je tak lapik. Kitaorang cuma potong mengikut kesesuaian. Sebab dia nipis je, senang nak gunting.
KENA RAJIN VAKUM
Memang nampak cantik & kemas bila pakai karpet ni cuma cuma kena rajin vakum je ni.
SUKA MASUK BILIK
Haha. Sejak dah letak karpet ni, Memang kerja k.fiezz keluar masuk bilik sesaja. Motif sangat kan. Masa tikar koyak rabak haritu, nyampah nak masuk bilik sebab bila pijak je, asyik melekat tikar yang dah terkoyak tu kat kaki . Jenuh nak betulkan balik. Dah berapa kali gam, selotape kat area yang koyak tu. Memang minta ganti le benornya.
USYA KAT SHOPEE
So korang kalau nak mencari karpet mur mur, boleh lah usya karpet murah di shopee macam yang k.fiezz beli ni. Eh, jenis karpet ni sebenarnya untuk di pejabat tapi tak kisah lah, boleh je nak letak kat rumah. Bak kata mr hubby, nampak lah macam bilik streaming. Baik lah sayang, mentang lah dia dah jadi streamer sekarang ni. Untuk k.fiezz, yang penting nampak kemas & cantik dalam bilik.
6 Comments
pakai tikar getah ni kadang-kadang ada bau kan..dari wap yg terhasil kat bawah tikar tu
ReplyDeleteKan k.fiez, kalau dah deco2 letak karpet ni, rasa nak duduk je selalu kat ruang tu ahaha
ReplyDeleteberbeza bila guna karpet baru. mmg puas ati shopping kat shopee. TQ Fieza.. hadiah dah dapat
ReplyDeletehttp://www.mamapipie.com/2020/08/dapat-hadiah-top-commenter-dari-blog.html
waa.. bestnyaa.. red carpet lgi.. feeling2 vip gitu haha.. apapun lawa & berbaloi lah kan
ReplyDeletekdg2 kat shopee mmg ade barang yg berbaloi utk dibeli..contoh karpet tula kan :)
ReplyDeleteelok la..sekarang ni semua beli on9 saja senang..
ReplyDelete