Percubaan buat kuih buah melaka ataun nama lain dia onde-onde. K.fiezz jarang panggil onde-onde. Selalu k.fiezz sebut nama dia buah melaka. Senang. Orang pun dah tahu buah melaka. Kang sebut onde-onde, ada yang tanya balik. Jenuh pula nak terangkan. So berbalik pada cerita percubaan buat buah melaka ni. Alhamdulillah percubaan menjadi. Resipi buah melaka?Pakcik google kan ada. Banyak resipi yang ada kat dalam internet ni. Tapi seperti biasa lah, dah nama k.fiezz ni, memang cari resipi buah melaka mudah. Mudah tu maksudnya bahan tak susah nak cari & cara buat dia simple. Susah kalu, cari resipi lain. Hehe.

Kurang Gemar Buat Kuih

Benornya antara kuih-muih dengan bubur untuk pencuci mulut lepas makan. K.fiezz lebih suka buat bubur. Sebab bubur tak susah sangat nak buatnya. Rebus je bahan lepas tu masukkan santan, gula & garam sikit. Siap..Berbanding kuih-muih ni leceh sikit. Kena bancuh jadikan adunan..Haih..tu k.fiezz tak berapa gemor buat kuih ni. Baik beli je. 

buah melaka, resipi buah melaka mudah, resipi buah melaka simple

Cuma buah melaka ni biasanya kalau beli, 1 pack 10 biji je. Kadang liat lah. Inti sikit. Haih, tak puas hati makannya. Jadi kita cabar diri sikit buat sendiri kuih buah melaka ni. Resipi buah melaka simple dah ada so let's on

Bahan-Bahan :
  • 2 Cawan Tepung Pulut
  • 2 Sudu Besar Tepung Gandum
  • 2 Biji Gula Melaka (potong kecil-kecil)
  • 1 Cawan air
  • Kelapa Parut
  • Sedikit Garam
  • Daun Pandan
  • Serbuk Pewarna Hijau
Cara Masak : 

  1. Gula melaka potong kecil-kecil
  2. Gaul kelapa kering dengan sikit garam sehingga sekata. Ketepikan sekejap.
  3. Campurkan tepung pulut, tepung gandum, garam & sikit pewarna hijau dalam 1 bekas. 
  4. Bancuh tepung dengan air sikit demi sikit sampai adunan sebati dan boleh digentel. Juga tak melekat di tangan. 
  5. Kisar daun pandan dengan sikit air. Tapis & campurkan dalam adunan sikit. Tujuan letak daun pandan untuk naikkan aroma buah melaka kita nanti. 
  6. Kalau cair atau terlebih air, adjust letak tepung pulut & tepung gandum sampai adunan sebati, tak melekat di tangan. **Masa ni nak letak air daun pandan yang dah dikisar pun boleh**. 
  7. Lepas adunan dah sekata & tak melekat di tangan. Ambil doh sikit & leperkan. Letak gula melaka di tengah & tutup semula. Gentel bulat. 
  8. Buat sehingga semua adunan selesai menjadi bulat & dah diletakkan gula melaka.
  9. Panaskan air dalam periuk. Lepas nampak air mendidih. Masukkan satu per satu buah melaka dalam air panas tersebut. Bila buah melaka dah terapung, boleh angkat & tos sekejap. 
  10. Lepas tu baru gaul dengan kelapa yang dah diletak garam tadi. 
  11. SIAP
Yang ni, K.fiezz guna gula merah tapi tapi tapi bila buah melaka masuk dalam air  yang mendidih tu, rasanya gula merah terkeluar dari dalam buah melaka,  mungkin ada terbocor sikit dalam doh buah melaka yang k.fiezz buat. Jadi ada beberapa biji tak ada inti kat tengah. haha. Tak pe lah next time k.fiezz guna gula melaka.Lebih baik. Resipi asal pun, suruh guna gula melaka. K.fiezz yang gedik guna gula merah. 
 
Walaupun ada yang tak berinti kat tengah, haha. Yang penting percubaan buat buah melaka k.fiezz menjadi. Yeay. hehe. Lain kali boleh buat lagi. 

5 Comments

  1. pebret kuih kita ni..kalau dapat makan berletus buah melaka kat dalam lagi ler sedap...

    ReplyDelete
  2. kalau makan buah ni, biar pecah di mulut

    ReplyDelete
  3. Aahh..terbayang2 di kala dia cair di mulut..nyum nyum

    ReplyDelete
  4. kuih yg senang dan sedap. bila makan tu alahai sedapnya gula melaka cair

    ReplyDelete
  5. rajinnya buat kuih..saya beli je...hahaha tknk beljr buat skrg,,sebb risau nnti saya asyik nk makan...HAHA

    ReplyDelete