Asyik dengar orang ke Segi Fresh beli barang basah atau barang dapur sebab harga barangan di situ lebih murah berbanding supermarket yang lain. Mak & abah k.fiezz sendiri selalu ke Segi Fresh Kuala Kangsar untuk beli barang basah di Segi Fresh ni sebab harga di situ lebih murah dan bahan basahnya lebih segar dan elok. K.fiezz memang tak pernah jejak ke Segi Fresh ni sebab kebetulan tak ada Segi Fresh di kawasan rumah k.fiezz ni. Segi Fresh, sila buat satu cawangan di Jalan Klang Lama, boleh. hehe. 

beli barang basah, segi fresh, segi fresh balakong,belanja dapur bulanan,membeli barang dapur

JOM KENAL DENGAN SEGI FRESH 

Meh sesi suai kenal sikit dengan Segi Fresh ni. Makin terkenal Segi Fresh ni. Ke k.fiezz yang baru dengar?Tak pe lah jom kita baca sikit sejarah atau asal usul Segi Fresh ni. K.fiezz pun nak tahu juga macamana mulanya wujud Segi Fresh ni. Dari pembacaan k.fiezz, Segi Fresh bermula sebagai pemborong pasar tradisional pada bulan September 1994 yang kemudiannya berkembang menjadi pemborong dan peruncit. Bila dah makin berkembang, Segi Fresh dengan konsep baru menyediakan bekalan makanan segar dan berkualiti serta barangan runcit untuk pelanggan-pelanggan. Selain memastikan harga yang ditawarkan tetap rasional dan berpatutan. Bersesuaian dengan tagline Segi Fresh iaitu 'Pilih Segar, Pilih Segi'. Patut SEGI Fresh dah makin berkembang dan setakat ni mempunyai 42 kedai di seluruh negara. Wow sangat kan. 

Konsep dan asas yang diperkenalkan oleh SEGI ni bagi memastikan Segi terkenal dengan 
  • Segar : Memastikan tahap kesegaran
  • Ragam : Beri pilihan untuk pelanggan SEGI Fresh
  • Harga : Memberi tawaran harga terbaik, berpatutan dan berdaya saing
  • Perkhidmatan : Menambah nilai dengan beri perkhidmatan yang terbaik
  • Kemudahan : Menyediakan segala kemudahan

Shopping di SEGI FRESH BALAKONG

Kalau sebelum ni dengar mak abah k.fiezz atau kawan-kawan bercerita pengalaman diaorang membeli belah di SEGI FRESH. Jadi minggu lepas, k.fiezz jejak ke SEGI FRESH BALAKONG untuk beli barang basah. Kebetulan k.fiezz nak masak menu daging minggu lepas & stok dalam peti ais dah habis. Jadi kena ke pasar lah ceritanya. Mana nak datang daging kalau tak ke pasar.  Macam k.fiezz beritahu tadi, di kawasan rumah k.fiezz tak ada SEGI FRESH. Paling terdekat SEGI FRESH BALAKONG. Pernah nampak SEGI FRESH BALAKONG ni kalau k.fiezz & mr hubby ke area sana tapi tak pernah singgah. Pertama kali lah ceritanya ni jejak SEGI FRESH. Juga pertama kali ni jejak semula ke pasar sejak PKP bulan Mac 2020. hehe. Paranoid dengan COVID-19 punya pasal, sebelum ni kitaorang beli barang basah secara online saja. hehe

Moh lah ke pasar. Rindu juga nak masuk pasar beli barang basah ni. Asyik main order tak best juga. Kadang ada barang yang kita nak, tak ada. Bila ada dalam pasar, senang nak pilih apa yang kita nak. Kadang tetiba je, 'eh nak masak tu lah'..Jenis idea nak masak apa on the spot.  

Jom jalan-jalan dalam SEGI FRESH BALAKONG

beli barang basah, segi fresh, segi fresh balakong,belanja dapur bulanan,membeli barang dapur

Daging. Bahan utama yang k.fiezz cari untuk 
menu masak minggu lepas. Alhamdulilah ada pun stok daging di SEGI FRESH. Harga berpatutan.
Bentuk & rupa daging pun masih elok merah & nampak segar. 

beli barang basah, segi fresh, segi fresh balakong,belanja dapur bulanan,membeli barang dapur

Ikan Sardin. Baru letak masa ni. Laju k.fiezz pilih ikan buat stok. Tengok mata ikan tak ada merah-merah, insang pun masih merah dan keras bila di tekan bahagian perut. Biasa nak pilih ikan, k.fiezz akan tengok mata,insang & tekan sikit kat bahagian perut dia tu. kalau keras,maksudnya ikan masih elok. 

beli barang basah, segi fresh, segi fresh balakong,belanja dapur bulanan,membeli barang dapur

Sotong pun nampak segar

beli barang basah, segi fresh, segi fresh balakong,belanja dapur bulanan,membeli barang dapur

Udang..Cantik rupa dia. Tergoda k.fiezz. Tapi tak ada dalam list nak beli 
udang. 


beli barang basah, segi fresh, segi fresh balakong,belanja dapur bulanan,membeli barang dapur

Ikan Siakap. Harga murah & rupa masih elok lagi. Ingat nak ambil seekor dua tapi tengok list untuk beli, 'eh tak ada pun'..hehe. Jadi kita stick dengan list

Bahan Kering


beli barang basah, segi fresh, segi fresh balakong,belanja dapur bulanan,membeli barang dapur

Bawang merah kat sini elok-elok. Kulit dia pun bersih & cantik. 
K.fiezz ni kalau nak beli bawang, tengok tau kulit & rupa bawang. Kalau elok, baru k.fiezz beli. 


beli barang basah, segi fresh, segi fresh balakong,belanja dapur bulanan,membeli barang dapur

name it girl. Nak beli apa. Semua ada. Harga, insyaallah berpatutan. 

beli barang basah, segi fresh, segi fresh balakong,belanja dapur bulanan,membeli barang dapur

bahan kering siap dalam peket. Dalam peket berlabel SEGI tu, lebih murah. Harus lah. 

Sayur-Sayuran

beli barang basah, segi fresh, segi fresh balakong,belanja dapur bulanan,membeli barang dapur

Ada yang timbang. Ada yang siap bungkus dalam plastik. Pilih lah nak yang mana. 
Kalau dah siap bungkus. 1 peket RM2.00


beli barang basah, segi fresh, segi fresh balakong,belanja dapur bulanan,membeli barang dapur
Segar-segar tengok sayur-sayur di SEGI FRESH ni. 

Rempah - Rempah

beli barang basah, segi fresh, segi fresh balakong,belanja dapur bulanan,membeli barang dapur
Nak rempah apa?Semua ada.


Sos-sos

beli barang basah, segi fresh, segi fresh balakong,belanja dapur bulanan,membeli barang dapur

Apa?Sos dah habis. Pilih lah nak yang mana?hehe

Biskut

beli barang basah, segi fresh, segi fresh balakong,belanja dapur bulanan,membeli barang dapur

Biskut-biskut pun ada. Harga?Oemgeee..Murah sangat..

Cucian Pinggan

beli barang basah, segi fresh, segi fresh balakong,belanja dapur bulanan,membeli barang dapur

Ada PROMO!! Macam tahu-tahu pula pencuci pinggan kat rumah k.fiezz dah habis. Ambil lah satu. 

KOMEN K.FIEZZ MEMBELI BELAH DI SEGI FRESH BALAKONG

Sejujurnya k.fiezz sukaaaa..Sebab susun letak setiap barang teratur. Kawasan luas & senang bergerak. Barang-barang disusun ikut kategori & senang nak cari. Dari segi harga barang di sini, berpatutan. Harga pun kena ambil kira juga,  tak nak terlalu mahal sebab kalau mahal dah jadi tinggi pula belanja dapur bulanan, Lari bajet kalau terlebih belanja dapur bulanan.

Bila dah berpengalaman sendiri beli barang basah di SEGI Fresh ni, baru lah k.fiezz tahu kenapa ramai termasuk lah mak abah k.fiezz sendiri suka membeli barang dapur atau barang basah di SEGI Fresh. 

Korang pernah shopping di SEGI Fresh?Jom kongsi sikit apa yang best dan sebab korang pilih SEGI Fresh untuk beli barang basah ataupun barang dapur. 

8 Comments

  1. Teringat zaman kecik2 duduk balakong hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..pernah duk sana ke, Syaz..k.fiezz penah duk area Cheras..Dkt dengan Segi Fresh ni. Tapi masa tu tak ada lagi Segi kat situ..

      Delete
  2. kak ana rajin juga ke Segi ni Fiez, murah dan segar kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya 1st time ke sini, k.ana..saja try shopping bahan basah kat sini..Tgk ikan2 & bahan mentah yg lain nmpk fresh. Lagi elok dari beberapa supermarket lain.

      Delete
  3. yg kat balakong ni ammi tak pernah pergi..tapi kalau balik Seremban kadang-kadang memang gi Segi ni utk beli bawang bagai. Cumanya ammi tak berapa suka sbb rasa cam busuk pulak tempat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..tgk tmpt kot Ammi. Yang k.fiezz pi kat Balakong ni, elok je tempat dia. Tak ada sebarang bauan yg kurang enak.

      Delete
  4. tak payah susah2 pegi pasar beli kat sini aje la

    ReplyDelete
  5. Sally selalu pergi SEGI Fresh, sebab memang dekat dengan kawasan rumah Sally, dekat gila like kalau pergi SEGI Fresh cawangan Ampang tu, jalan kaki je daripada rumah. HAHA.

    ReplyDelete