Yeay...Bukan senang nak dapat sling bag murah ni. Ewah. Murah ke?Murah lah weiii..satu harga dapat 3 sling bag. hehe. Nanti k.fiezz story, k.. Kakak fiezz memang pengumpul beg-beg. Macam-macam jenis beg ada kat rumah k.fiezz. You name it. hehe. Sampai kadang tu tak tahu nak guna hat mana. Dasar kan mata sejenis tak boleh nampak beg bila jalan-jalan nampak kedai jual beg-beg ni. Cepat benor jatuh hati dengan beg. Tak tahu lah habit dari dulu, memang suka kumpul beg. Setiap kali guna, satu je tapi jenis k.fiezz suka tukar-tukar. 

Nak cari sling bag murah tak susah pun. Buka je shopee, melambak ada. Pilih je nak design macamana. Tunggu pilih & bayar. Setel. 

STRAWBERRY QUEEN SLING BAG 

Tapi kali ni koleksi terbaru k.fiezz dari strawberry queen bag. Kawan k.fiezz lah punya kerja ni. Dia pi tag k.fiezz kat page facebook strawberry queen bag ni. K.fiezz apa lagi, sekali tengok terus tergoda. Cantiknyaaa sling bag yang kawan k.fiezz tag kat pages tu..Masalah betul kalau hobi suka kumpul beg ni, tau. Pantang nampak cantik, mula lah gedik nak beli juga. Tak kira. Hentak2 kaki macam budak kecil nak dapat mainan tu. hehe. 

Kawan k.fiezz beli dulu sling bag ni. Esoknya k.fiezz pula ter beli tanpa sengaja. haha. Konon tanpa sengaja. Padahal duk bercerita dengan mr hubby. Hint benornya nak suruh belanja. Haha. Dan mr hubby paham hokay. Laju kakak fiezz, pilih. 

Mula-mula duk fikir nak beli kat sapa ni? sebabnya masa ni strawberry queen bag ni ada buat PROMOSI. Beli 3 sling bag harga  RM79.80. Kalau tak, harga biasa RM39.90 setiap satu. Murah kan?Mau tak rambang biji mata k.fiezz. Dah offer 3 biji RM79.80, jadinya satu k.fiezz punya, satu untuk mak & satu untuk mama. 

strawberry queen sling bag, strawberry queen bag, sling bag murah, sling bag murah online, sling bag 

Model sling bag strawberry queen. hehe. Besar saiz beg dia. Puas hati. Boleh sumbat segala 
wallet, handphone, powerbank & banyak lagi barang sebab ruang dia besar. Bahagian dalam dia ada 1 part berzip, 2 poket & di luar satu part berzip. 

strawberry queen sling bag, strawberry queen bag, sling bag murah, sling bag murah online, sling bag

Masa beg sampai Whatsapp kat mak & mama suruh pilih design. Sekali dua-dua pilih yang no.1 tu. Adeh. Tapi k.fiezz bagi mak sebab mak reply dulu. Mama pilih no.3 & automatik no.2 kak fiezz punya. 

REVIEW STRAWBERRY QUEEN SLING BAG

Overall k.fiezz puas hati sangat dengan kualiti strawberry queen sling bag ni dari segi material, design. Saiz pun besar, boleh muat segala benda dalam tu. Setakat ni strawberry queen sling bag ni favourite k.fiezz. hehe. Memang dasar macam tu, dapat beg baru duk ulang guna yang tu je lah. Sat gi dapat hat baru, favourite bag baru pulekkk.. hehe.

Untuk k.fiezz harga strawberry queen sling bag ni memang kategori murah. Kalau korang ke page strawberry queen bag ni, diaorang memang suka buat offer rasanya. Tengok beg tu offer. Beg ni offer. Kat strawberry queen ni bukan ada sling bag je, banyak lagi pilihan design bag lain. Pilih lah ikut citarasa masing-masing. Pilihan k.fiezz selalunya samaada backpack atau sling bag

4 Comments