Orang nak buat video masak. Sis pun nak jugak tapi tersalah nama resipi. haha. Masa mohon job memasak ni, kitaorang (blogger) kena cari satu masakan. K.fiezz terus terfikir nak buat resipi daging. Resipi daging yang k.fiezz nak masak ni, k.fiezz boleh kategori resipi rendang daging simple. Walaupun tersalah nama resipi masa mula-mula. hehe

K.fiezz pernah kongsi resepi daging rendang merah sebelum ni. Cuma k.fiezz tersalah nama resipi. haha. Sowy. Confident level tinggi betul tau. Padahal salah nama resipi. Baru-baru ni bila confirm semula dengan mak k.fiezz, baru lah tahu k.fiezz yang tersalah nama resipi ni. Nama betul dia resipi daging rendang merah. Entry sebelum ni, k.fiezz tulis nama dia Resipi Daging Masak Merah. 

Cerita macamana k.fiezz baru tahu nama betul dia. Baru-baru ni k.fiezz dapat satu job ni. Job ni kena buat video masak. Setiap blogger kena bagi satu nama resipi yang nak dimasak. K.fiezz pilih resipi daging rendang merah ni. Tapi masa bagi list, k.fiezz cakap lah nama yang k.fiezz kenal sebelum ni iaitu Daging Masak Merah. 

Bila hantar deraf video masak pada client. 2x kena tolak. Masa hantar kali pertama tu, client macam dah musykil kenapa masakan k.fiezz bukan Daging Masak Merah yang macam kita order kat kedai. K.fiezz beritahu dengan client, memang tu nama resipi yang k.fiezz buat ni tapi rupa dia tak sama. Sebab client tak puas hati. K.fiezz edit semula video masak bagi lagi cantik. Dalam masa yang sama, tanya mak k.fiezz apa nama resipi ni. Daging masak Merah,kan?k.fiezz tanya dengan mak. Sekali mak jawab 'Daging Rendang Merah'. Laaaa.. K.fiezz yang salah nama resipi rupanya. haha. So lepas hantar deraf video ke-2, client reject juga video. K.fiezz dah beritahu dengan client, nama betul resipi ni untuk makluman dia. Sebab dah 2x video reject , k.fiezz masak semula & rekod video lagi sekali. Jadi lepas dah siap edit, hantar deraf video ke-3. Tapi sayangnya client tak bagi post sebab ada blogger lain buat resipi rendang juga. 

Sebab video masak k.fiezz dah siap pun. Tak kira k.fiezz kongsi di channel You Tube k.fiezz  (jom subscribe..hehe.). Penat masak sambil rekod. Lepas tu edit lagi. Haih, rasa rugi kalau tak dikongsi. Lagipun resipi rendang daging simple ni, k.fiezz rasa mesti ramai suka. Memandangkan nak masak dia tak susah pun. 

Jadi ni k.fiezz kongsi di sini pula lah. Memandangkan yang entry sebelum ni, k.fiezz tersalah nama resipi.

RESIPI RENDANG DAGING MERAH


Ni video cara masak resipi rendang daging merah. Kalau korang malas nak baca cara masak dia kat bawah ni, korang boleh tengok video atas ni je. Ala..K.fiezz tahu ramai suka tengok video sekarang berbanding gambar. 


Bahan-Bahan

- Daging (kuantiti terpulang)
- Kulit Kayu Manis
- Santan
- Garam
- Air (1 @ 1 1/2 cawan)

Bahan untuk dikisar 

- Bawang Merah (2 biji)
- Bawang Putih (beberapa ulas)
- Halia (sikit je)

Untuk diperap 

- Daging
- Rempah Kurma (1 peket kecil)
- Serbuk Cili (1 peket kecil)
- Kerisik (1 peket kecil)
- Gula
**Gaul kesemua bahan & perap seketika..anggaran 1-2 jam..untuk bagi bahan yang kita buh ni, meresap dalam daging...

CARA MASAK -
  • Tumis bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis.
  • Dah naik bau, masukkan daging yang telah diperap. Kacau-kacau bagi sekata.
  • Biarkan sehingga daging masak/kecut. Kalau kering, tambah air...Biarkan seketika.
  • Tengok air dah hampir kering, daging dah masak, masukkan santan..Gaul untuk bagi sekata. Biarkan sehingga masak..

Review Daging Rendang Merah

Untuk k.fiezz resipi rendang daging merah ni antara resipi rendang daging simple yang korang boleh cuba. Terutama buat isteri-isteri berkerja yang penat balik kerja petang-petang, boleh masak resipi simple ni. Nak lagi mudah, daging yang perlu diperap dengan bahan rempah-ratus korang boleh siap perap & letak dalam peti ais malam sebelum nak masak. Esoknya nak masak, terus je keluar dari petiais & boleh terus masak. 

Dari segi rasa, sedap. Ewah mentang sendiri yang masak. haha. Untuk k.fiezz sedap sebab mr hubby minat masakan ni. Jadi dah mr hubby suka, k.fiezz boleh letakkan dia dalam kategori sedap untuk menu ni. 

Resipi Rendang Daging Merah ni, mak k.fiezz belajar dari salah seorang mak saudara k.fiezz. Lepas tu mak ajar k.fiezz resipi ni. K.fiezz suka masak resipi rendang daging merah ni sebab cara masak dia senang & bahan-bahan pun tak banyak. Tu yang k.fiezz boleh kategori resipi ni antara resipi rendang daging simple. 

So sesiapa yang nak cuba sedap ke idak?SELAMAT MENCUBA!!!


6 Comments

  1. Xpe tu asah bakat namanya. Masak banyak2 kali boleh pro.

    ReplyDelete
  2. boleh try masak ni resepi nya pun nampak mudah

    ReplyDelete
  3. nampak mcm senang boleh cuba nanti. daging korban ada lagi tu

    ReplyDelete
  4. mcm best gak resepi ni..
    tp ammi takut tgk fiza dok masak guna senduk tu dlm PC..seriau tercalar je.

    ReplyDelete
  5. sedapnya k.fiezz, merendang ni 1 la, lama ngat..malas jadinya hahaha

    btw k.fiezz, saya ada tribute 1 entry untuk k.fiezz

    https://www.syaznirahim.com/2020/08/top-pengomen-blog-fieza-sani.html

    Thanks again <3

    ReplyDelete
  6. wahhh..macam sedap.tapi kat rumah ni tak rajing beli daging..kahkahkah

    ReplyDelete