OPK atau nama penuh dia Ovulation Predictor Kit ni tak asing lagi untuk yang sama kapal dengan k.fiezz iaitu salah satu usaha untuk hamil. Dalam bahasa mudah di fahamkan, OPK ni alat ujian kesuburan bagi mengesan bila berlakunya waktu subur kita. Bukan exactly tepat tapi boleh dijadikan panduan untuk kita yang susah nak lekat ni untuk kesan waktu subur bagi memudahkan bersama pada waktu ni. 

Fungsi OPK atau Alat Ujian Kesuburan Wanita Ni?

OPK ni mengesan hormon Luteinizing Hormone (LH) yang bagi signal pada badan kita, telur kita dah bersedia untuk dilepaskan. Sekiranya waktu telur kita dilepaskan sperma dah sedia ada menunggu, kemungkinan untuk diaorang bertemu tinggi. Tapi tengok pada pelbagai faktor juga macam sperma dalam keadaan sihat & gagah perkasa untuk berenang menuju ke arah telur kita yang sedia menunggu. Telur kita pun perlu juga sihat & kawasan untuk menempel berada dalam keadaan elok dan sihat. Tu lah kepentingan kenapa kita perlu tahu waktu subur bagi memudahkan proses persenyawaan berlaku. Tapi apapun berbalik pada kun fa ya kun. Kalau Allah kata jadi, maka jadi lah ia.Yang penting kita usaha.


JENIS OPK ADA DI PASARAN

Lebih detail berkenaan OPK atau alat ujian kesuburan ni, korang boleh rujuk entry << Kenal Pasti Waktu Subur Dengan OPK >> . K.fiezz ada ceritakan terperinci mengenai fungsi OPK dalam entry tersebut. Dalam entry yang ni k.fiezz nak kongsikan jenis OPK atau alat ujian kesuburan yang bersaiz besar. Penting ke saiz besar. Penting la weiii. Mana yang ttc & menggunakan kaedah OPK ni untuk mengesan waktu subur, tahu lah betapa seksa nak tengok garisan yang keluar. Garisan control tu memang tak ada masalah. Garisan test tu menguji kesabaran kalau strip OPK jenis halus. Sebab berpandukan garisan test yang keluar tu kita nak tahu keputusan dari alat ujian kesuburan (OPK) tu samaada kita dah menghampiri waktu subur atau belum?

ALAT UJIAN KESUBURAN Saiz Besar

So haritu k.fiezz beli OPK seperti biasa. Yea, k.fiezz memang dah jadi rutin setiap bulan habis saja period, k.fiezz akan buat opk test ni untuk mengesan waktu subur k.fiezz. Dari test ni juga jadi panduan pada k.fiezz bila next period sekiranya hasil bersama tak menjadi. Sokay chills saja. Kita buat fun fun gitu. Fikir dari sudut positif. Jadi masa beli OPK test tu, tetiba sampai kat k.fiezz saiz OPK besar. K.fiezz pun tak perasan masa order tu OPK test saiz besar. Main klik-klik je masuk cart kat Shopee.  Wah ini sudah bagus..suka k.fiezz. Kalau tak jenuh nak tengok garis yang keluar kat opk test tu. Jadi sejak dari tu k.fiezz suka beli OPK test jenis besar ni. Saiz OPK test jenis besar ni 6mm. Kalau kebiasaan tu saiz 2.5mm. 

PUAS HATI OPK BESAR

Kalau tanya pendapat k.fiezz, memang puas hati sangat dengan alat ujian kesuburan (OPK) saiz besar ni. Senang nak tengok. Senang nak masukkan keputusan dalam applikasi PREMOM. Biasanya lepas buat OPK test ni, k.fiezz akan masukkan keputusan dalam aplikasi ni. Nak masukkan dalam aplikasi ni, kita kena snap gambar OPK test. Bila saiz OPK test besar, senang nak adjust masa sesi snap gambar. Kalau guna OPK biasa yang halus tu, ate jenuh weiii nak nangkap gambornya. 

Untuk sesiapa yang tengah ber opk & korang nak cari saiz OPK yang besar senang nak tengok keputusan, boleh beli dari seller Norsinar Yahya di Shopee. Ni link >> OPK TEST.

3 Comments