Biasa kita bila sakit sendi, sakit otot mesti letak minyak kan. K.fiezz sendiri pun kat rumah memang standby minyak gamat, minyak panas kalau tetiba sakit sendi atau sakit otot. Wajib okey. Kadang sakit otot. Sakit sendi-sendi ni nak datang tak kira masa. Macam k.fiezz, kalau angkat barang berat atau terlampau aktif sangat, mulalah dah bagi hint sakit otot atau sakit sendi ni nak menyerang. Maklumlah dah berusia gitu. Cuma tak nak beritahu umur je. haha. Rahsia. Tapi macam kita tahu bila meningkat usia, sakit-sakit otot atau sendi ni memang kerap terjadi. Tu sebab kenapa kena standby minyak di rumah. Tak kisah lah minyak gamat ke, minyak panas ke. Janji minyak. Cuma k.fiezz kalau bila sakit otot atau sakit sendi ni, k.fiezz suka minyak panas. Sebabnya k.fiezz suka effect panas tu. Terasa macam dia menyerap kesakitan yang k.fiezz tengah alami masa tu. 

Cuma minyak ni macam kita tahu la tekstur dia yang berminyak. Memang rasa kurang selesa sikit. Bila kita duduk di sofa atau baring di katil, dah melekat kat cadar katil atau sofa. So k.fiezz bertukar dengan krim perozin. Fungsi krim perozin ni krim untuk sakit otot. 

krim perozin,sakit sendi,krim untuk sakit otot

KRIM PEROZIN UNTUK SAKIT OTOT

Krim Perozin ni keluaran dari DENMARK berfungsi khas untuk merawat masalah otot dan sendi . Krim Perozin ni mempunyai kesan sejuk (cooling effect) dari penyejatan alkohol. Bila di sapu pada kawasan yang tengah sakit, krim Perozin ni boleh kurangkan rasa sakit tu dengan cepat. Bahan yang digunakan dalam dalam Krim Perozin berasaskan bahan semula jadi seperti Pudina, Rosemary, Halia & Arnica. Semasa proses pembuatan ia memastikan ramuan diesktrak secara optimum.  Semua bahan ni mempunyai khasiat tersendiri yang berfungsi untuk merawat masalah sakit sendi & sakit otot. 

krim perozin,sakit sendi,krim untuk sakit otot

KRIM PEROZIN SESUAI UNTUK SEMUA

Ya. Krim Perozin ni sesuai untuk semua peringkat umur dari muda hingga warga emas terutama yang ada masalah kekejangan otot, sakit sendi. Wanita hamil pun boleh gunakan krim Perozin ni untuk melegakan kekejangan otot yang selalu di alami dalam tempoh hamil. 

Bagi atlet yang selalu bersukan boleh sapukan krim Perozin ni selepas aktiviti bersenam atau bila mengalami kecederaan untuk menyejukkan otot. Kesan sejuk dalam krim Perozin ni boleh hilangkan rasa sakit yang dialami. 

Cara rawatan dalam krim Perozin ni ialah khasiat cryotherapy (rawatan sejuk) yang memberi kesan cepat dan tahan lama. Boleh sapu pada semua bahagian atau sendi. Ramai yang suka gunakan krim Perozin berulang kali sebab boleh bantu otot sensitif, kaku atau letih.

CARA GUNA KRIM PEROZIN

Sapukan 2x sehari di kawasan yang sakit sebelum dan selepas mandi. 

krim perozin,sakit sendi,krim untuk sakit otot


Maklumat Lanjut : 

Nak beli di mana : royalepharma
Harga : RM45.90 (100ml)

4 Comments

  1. Boleh cuba. Saya pun banyak krim atau minyak untuk sakit otot.

    ReplyDelete
  2. comelnya packaging dia k.fiezz!

    ReplyDelete
  3. perozin ini mmg bagus. my family ada pakai dan mmg ok.

    ReplyDelete
  4. Kalau ibu ngn ayah pakai bagus ni

    ReplyDelete