Siapa kat sini memang wajib guna krim pelindung matahari atau nama glamor dia sunscreen, sunblock. Eh..ada 2..apa beza kedua-dua sunscreen & sunblock ni?Ada beza dia..Nanti k.fiezz huraikan sikit info dia. 

TERDEDAH KEPADA CAHAYA MATAHARI

Sebenarnya terdedah kepada cahaya matahari dalam kuantiti yang rendah tak ada masalah sebab kita memang perlukan vitamin D untuk kulit kita. Cuma kalau terlampau terdedah kepada cahaya matahari yang berlebihan boleh menyebabkan kesan-kesan buruk pada kulit kita. 

Sebabkan itu kita perlukan krim pelindung matahari atau sunblock / sunscreen bila kita buat aktiviti di bawah panas terik matahari. 

nuvit sunblox,kebaikan nuvit,sunscreen terbaik untuk kulit kombinasi,krim pelindung matahari,

APA TU SINARAN UV

Kenapa bila kita beli sunblock/sunscreen, ada perkataan melindungi dari sinaran UVA/UVB. Apa ni?Okey, untuk yang belum tahu sinaran ultraungu atau ultraviolet (UV) ada dalam cahaya matahari. Jadi disebabkan tu bila kita beli sunblock/sunscreen kita akan nampak ayat melindungi dari UVA/UVB. Krim pelindung matahari atau sunblock/sunscreen ni boleh melindungi kulit kita dari ditembusi sinaran ultraviolet yang ada dalam cahaya matahari. Sebab cahaya-cahaya UV ni boleh menembusi ke dalam kulit kita dan menyebabkan perubahan struktur sel kulit dan menyebabkan masalah pada kulit kita.

Sebelum tu, jom tengok apa UVA ,  UVB ni?

Ultraviolet A (UVA) - cahaya yang paling banyak dalam cahaya matahari & dia boleh tembus hingga ke atas lapisan kulit dengan mudah. Cahaya UVA ni boleh menjadi punca kerosakan pada tisu-tisu penyambung dan meningkatkan risiko KANSER KULIT, kedutan awal selain juga dikaitkan dengan penurunan sistem imuniti.

Ultraviolet B (UVB) - kandungan cahaya UVB di bumi kurang berbanding UVA sebab kebanyakkannya telah diserap oleh lapisan ozone. Tapi UVB selalu berkait dengan sunburn bila kita banyak melakukan aktiviti di bawah panas terik semasa waktu tengahari. 

eh ada satu lagi Ultraviolet iaitu Ultraviolet C. Ahhh..apa pula yang ni..

Ultraviolet C (UVC) - cahaya ni paling berbahaya tetapi 100% cahaya ni tak sampai ke bumi sebab diserap oleh lapisan ozone. 

Selamat. Tak perlu risau dengan UVC. 

Jadi kita gunakan krim pelindung matahari untuk melindungi dari sinaran UVA & UVB sahaja. 

BAHAYA SINARAN UV YANG BERLEBIHAN

Cahaya matahari terdiri dari jaluran-jaluran yang berbeza dari segi kekuatannya dan cahaya ni tak boleh nampak dengan mata kasar manusia. Walaupun kita tak nampak & kita rasa tak ada masalah terdedah lama di bawah cahaya matahtari tapi kita kena ambil tahu pendedahan yang berlebihan dengan sinaran UV ni boleh menyebabkan  Kanser Kulit & proses penuaan yang lebih cepat dari sepatutnya. 

Jadi penyelesaiannya kita gunakan sunblock / sunscreen..

Eh..jap ada beza meh dua ni. Jom kita kupas sikit.

Sunscreen - mengandungi bahan kimia yang menyerap sinaran UV & mengurangkan jumlah sinaran UV yang sampai ke kulit. Tidak berwarna bila di sapu pada badan. Mudah di cuci. Tips pemakaian sunscreen, sapu 30 minit lebih awal sebelum membuat sebarang aktiviti di bawah sinaran matahari untuk membantu penyerapan yang lebih berkesan. 

Sunblock - mengandungi bahan organik dan bukan organik yang bertugas sebagai penghalang di antara kulit yang membantu menghalang sinaran UV sampai ke kulit. Tekstur sedikit pekat & bila sapu di badan, boleh nampak warnanya. Serta agak susah untuk di basuh dari sunscreen.  2 bahan penting dalam sunblock  iaitu titanium oxide dan zinc oxide  membantu mengurangkan iritasi pada kulit. Bagi yang ada kulit sensitif, sesuai menggunakan sunblock

Untuk info korang, bahan-bahan dalam sunscreen @ sunblock ni juga berbeza antara satu sama lain. 

Paling terbaik kita gunakan sunblock atau sunscreen yang ada SPF UVA / UVB sebab UVA mampu melindungi dari penuaan manakala UVB melindung kulit kita dari kesan terbakar di muka. Untuk yang tak tahu mungkin bila korang cari sunblock / sunscreen korang ada nampak tanda +++++ pada krim pelindung matahari yang sebenarnya bermaksud bagi effect perlindungan yang lebih lama pada kulit kita. 

NUVIT DAILY DEFENDER SUNSCREEN SPF+***

So sebab ni kenapa perlunya kita menggunakan krim pelindung matahari atau nama glamour yang selalu orang sebut sunblock, k.fiezz nak cadangkan korang cuba  NUVIT DAILY DEFENDER SUNSCREEN yang mengandungi SPF50+***..Boleh melindungi dari sinaran UVA & UVB. Serta tak mengandungi sebarang bahan berbahaya seperti PARABEN, ALCOHOL selain ia bertindak sebagai anti pollution, menguatkan struktur kulit serta menenangkan dan menghidrat. 

Experience k.fiezz gunakan NUVIT DAILY DEFENDER SUNSCREEN ni memang selesa sebab tak berminyak. K.fiezz paling jarang guna sunblock sebab sebelum ni selalu guna jenama lain mesti berminyak. tak selesa la weiii. tapi dengan Nuvit ni, tak.. Sis suka..hehe..

Sampai duk rumah pun pakai tau. haha. Eh, sebenarnya duduk rumah pun kena pakai krim pelindung matahari ni tau. Bukan setakat bila keluar sahaja. Sebab cahaya matahari masuk juga dalam rumah kita ni melalui pintu ataupun tingkap yang terbuka. Kita duk rumah kan buka pintu, buka tingkap. Dari situ lah cahaya matahari boleh masuk juga. Jadi wajib lah sapu-sapu dengan NUVIT Sunscreen ni. 

nuvit sunblox,kebaikan nuvit,sunscreen terbaik untuk kulit kombinasi,krim pelindung matahari,

Suka nya..tak berminyak. warna sunscreen ni putih dan bila sapu pada kulit, dia meresap pantas dan melembapkan kulit juga. 

Eh..lupa. selain dari tu NUVIT juga ada keluarkan produk berasaskan minuman untuk melindungi kulit kita dari dalaman iaitu NUVIT SUNBLOX.

nuvit sunblox,kebaikan nuvit,sunscreen terbaik untuk kulit kombinasi,krim pelindung matahari,

NUVIT SUNBLOX - PERTAHANAN DARI DALAMAN

Produk minuman yang membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dari dalam untuk melindungi kulit. Kandungan NUVIT SUNBLOX ni terdiri dari bahan tambahan seperti kolagen & vitamin C selain dari bahan utamanya iaitu Esktrak Citrus & ekstrak Rosemary yang bersifat anti-oksidatif dan anti-radang. Bahan-bahan ini berfungsi menghalang penuaan dengan menghalang pembentukan spesis oksigen radikal dalam kulit. Jika di ambil secara konsisten, boleh membekalkan perlindungan cahaya matahari pada keseluruhan badan. 

Fungsi NUVIT SUNBLOX
  • Mengurangkan kesan selaran matahari
  • Mengurangkan penuaan kulit
  • Mengekalkan keanjalan kulit
  • Mengurangkan kerosakan kulit
Bahan dalam Nuvit Sunblox - Kolagen Ikan, Oligosakarida, Serbuk Oren, Vitamin C, NutroxSun, Serbuk Lemon & Ekstrak Polypodium Leucotomos

nuvit sunblox,kebaikan nuvit,sunscreen terbaik untuk kulit kombinasi,krim pelindung matahari,

Ready to drink. Dalam bentuk sachet & mudah di bawa ke mana sahaja. 
Cuma tuang satu sachet dalam air suam dan kacau sehingga larut sebelum di minum. Pengambilan dicadangkan 1x sehari sahaja. 


nuvit sunblox,kebaikan nuvit,sunscreen terbaik untuk kulit kombinasi,krim pelindung matahari,

Jemput minum..hehe..

Nak kekal kulit kekal cantik, segar & muda, rajinkan diri ber BFF dengan Nuvit Sunscreen dan amalkan secara konsisten Nuvit Sunblox.

Maklumat Lanjut -

Instagram : nuvitmy
Facebook : nuvitmy

1 Comments

  1. wah.. makin cantik la akak kita nanti..first time ada sunblox dari dalaman,, minum je boleh cantik dan dilindungi

    ReplyDelete