Kalau ada yang baca entry k.fiezz 2 minggu lepas, muka k.fiezz naik bengkak-bengkak & merah-merah lepas scrub dengan serbuk bunga tanjung untuk muka & badan. Dia tulis boleh digunakan untuk muka & badan. Cuma dengan k.fiezz tak sesuai di kawasan muka ni, hah.. alergik..


Naik bengkak masa kena haritu. Adeh. Ni jadi pengajaran pada k.fiezz sebab tak pernah experience kesan salah pakai produk muka yang akibatkan muka jadi gatal merenyam, bengkak & merah. Serik weii..

So lepas ni kena hati-hati bila guna produk skincare. Jangan sebarangan nak tepek kat muka. Reminder untuk diri sendiri ni. 

video tutorial k.fiezz guna Obsess Foundation masa muka bengkak-bengkak.
Berjaya ke tidak menutup kesan bengkak & merah, check it out..

Cara Cover Breakout

So masa breakout ni, memang k.fiezz rungsing macamana lah nak cover bengkak-bengkak, merah-merah di muka ni, hah. Nak keluar kerja weii. Ada terfikir nak cuti. Tapi tapi nak recover kesan breakout ni makan masa sebulan dua. Takkan nak ambil cuti sampai sebulan pula. Adeh. Jadi solution nya..jeng jeng..

Jap sebelum tu k.fiezz nak kongsi, penjagaan untuk skincare routine muka breakout ni, kita buat macam biasa je. K.fiezz buat rutin biasa seperti di bawah :-

i)  Cleanser
ii) Toner (Toner ni k.fiezz guna primer water dari Althea. Tak memedihkan muka)
iii) Serum
iv) Moisturizer

Malam sebelum tidur, k.fiezz sapu samaada minyak kelapa dara jadikan macam mask ataupun letak serum sahaja. 

MEKAP MASA BREAKOUT


Cuma masa sesi nak pulihkan breakout ni, k.fiezz terpaksa mekap juga seperti biasa bila keluar bekerja. Sebab rasa togel muka kalau tak ada mekap kat muka ni. Cuma part untuk buang / cuci mekap, k.fiezz guna minyak kelapa dara. Rasa lebih selamat sebab tak ada gunakan sebarang bahan yang boleh memedihkan lagi muka. Masa breakout ni muka kita jadi lagi tegang dan kulit mengelupas, jadi ada sesetengah makeup remover buatkan kulit kita jadi pedih. Jalan selamat, k.fiezz guna je minyak kelapa dara yang kebetulan memang ada kat rumah. Lagipun k.fiezz ada terbaca minyak kelapa dara ni pun boleh jadi pencuci mekap. Cun sangat lah. 

Masa muka tengah breakout ni pun k.fiezz tak ada mekap heavy sangat. K.fiezz cuma guna obsess foundation, eyebrow & eyeliner sahaja. 

Jadi macamana cara k.fiezz tutup kesan bengkak, merah di muka masa breakout ni, k.fiezz guna Obsess Foundation sahaja. Kandungan obsess foundation ni boleh merawat juga cuma kena KONSISTEN. Tu lah sebab nama penuh dia Obsess TREATMENT Foundation..mencantikkan dan merawat juga..

Obsess Treatment Foundation boleh membantu?


Untuk korang yang mungkin ada masalah macam k.fiezz ni atau korang ada masalah parut jerawat, jerawat boleh la cuba guna obsess treatment foundation ni. Insyaallah, dia full coverage boleh tutup segala masalah di muka. Kalau tak caya, boleh check it out video k.fiezz kat atas ni. 

K.fiezz ada tanya dengan kawan pejabat nampak tak muka bengkak , merah kat muka k.fiezz masa breakout ni?Kawan k.fiezz komen, tak nampak.  Yeay. So maksudnya Obsess Foundation berjaya menutup kesan bengkak dan merah kat muka k.fiezz. Sayang Obsess..cewah..hehe.

Kalau korang yang nak cuba obsess foundation, boleh roger k.fiezz ;)
Link Whatsapp >> https://bit.ly/3bEfKBZ

K.fiezz agen merangkap pengguna setia Obsess..hehe

1 Comments