Siapa yang ada business dan selalu promote iklan di facebook?Apa yang korang perasan bila post tu?Mesti ada keluar ayat “Are you selling something?”K.fiezz banyak kali kena?eh..marah pula rasa. Tu yang k.fiezz jarang promote pasal Obsess di FB personal k.fiezz. Risau kena block atau keluar ayat atas ni.

Sebab bila keluar ayat tu, posting kita tak keluar di wall kawan-kawan atau maksudnya orang tak nampak posting kita tu. Engagement menurun.

Ni spesifik untuk posting di facebook personal. Kalau ada page tu lain. tak ada masalah. Nasib k.fiezz dah buat pages. Nanti k.fiezz share pages obsess k.fiezz ni, naaa...Tapi nak juga promote di facebook personal sesekali sebab ramai kawan-kawan / saudara-mara kat situ. Promosi tu lagi meluas sebab ramai yang nampak posting kita tu. Cuma nak kena guna ayat yang tak menampakkan kita menjual. Kalau idak, keluar lah ayat 'Are you selling something'?Keluar ayat ni, haih serupa tak payah beriklan lah jawabnya. Orang tak nampak posting kita tu..

Tadi duk scroll facebook, k.fiezz ternampak ada orang kongsikan cara untuk elak dari keluar ayat macam ni bila kita beriklan kat Facebook personal. Wah menarik ni. Laju k.fiezz baca.

So k.fiezz share di blog pula. Senang k.fiezz nak rujuk & boleh berkongsi info juga dengan korang yang mungkin tak tahu pasal ni lagi.

ELAKKAN AYAT @ PERKATAAN DI BAWAH

Elakkan ayat atau perkataan di bawah ni kalau tak mau akaun kita kena ‘Block’ dari Facebook atau keluar ayat di atas.
Ni antara perkataan yang facebook detect dan kita tak boleh guna dalam posting di facebook personal untuk beriklan :

1. Link whatsapp / Link OnPay
Letak di ruangan komen kecuali kalau kita buat fb ads

2. COD
Tukar ke c0d

3. Postage
Tukar ke p0stage atau p*stage

4. Promo
Tukar ke pr0m0 atau p.r.o.m.o

5. Promosi
Tukar ke pr0m0$i atau pr*m*si

6. Harga
Tukar ke rega atau wang

7. Customer
Tukar ke cust0mer atau c.u.s.t.o.m.e.r

8. Ejen / Agen / Agent
Tukar ke ag3n atau tim

9. PM
Tukar ke pi-em atau mesej di inbox

10. RM
Tukar ke Ringgit Malaysia

11. Sale
Tukar ke sal3

12. Ready stock
Tukar ke readyst0ck

13. Stock
Tukar ke st0ck ini.

Sesekali jadi dak-dak wechat gitu. haha.

Haih makin strict facebook sekarang ni. Ada lah tu sebab mark zukenberg buat strict macam ni. Kita yang jadi pengguna facebook ni ikut je lah, nak buat macamana kan. Dia owner kita pengguna je.

Cuma kita adjust sikit bagi memudahkan kita guna facebook untuk promote produk / servis bisnes yang kita buat untuk war-war di kalangan kawan-kawan dalam mukabuku kita tu.

Di facebook personal ni macam kita tahu lah bukan tempat untuk menjual. Tapi sebab kita ramai kawan-kawan, saudara-mara yang berkawan di facebook. Jadi kita ambil peluang untuk promote bisnes yang kita buat. Nak tarik pelanggan konsepnya. So dari situ orang tahu apa yang kita jual. Walaupun mungkin bukan kawan-kawan atau saudara mara kita yang beli tapi mana tahu ada kenalan-kenalan diaorang yang mencari produk/servis yang kita buat, boleh lah diaorang suggest kita. Kalau yang mana tak dengki lah. hehe..Tapi kes dengki ni belakang kira. Kita positif je. Kalau rezeki tak ke mana..

Jangan terlalu hardsell di facebook!!

Apa yang kita boleh buat bila beriklan menggunakan facebook personal adalah jangan terlalu hardsell. Kita banyakkan konsep storytelling & 1 baru selit hardselling.

So selamat mencuba formula ni. K.fiezz pun baru nak cuba juga. Moga berjaya pada diri sendiri & korang juga..

8 Comments

  1. oo gitu ye.. tq fieza for info. baru mama tau

    ReplyDelete
  2. Thank you share tips ni. Walaupon tak menjual tapi terguna perkataan ni.lepas ni kena elak guna

    ReplyDelete
  3. Ada terbaca juga pasal ni. Yaya baru tahu ni kalau ada ayat tu post kita kawan-kawan x nampak. Thank you share.

    ReplyDelete
  4. macam2 tau fb ni..dia dah kaya nak sekat kita plk dri berniaga..huhu

    ReplyDelete
  5. Ada baca juga pasal ni kak Fizz tapi lecehlah sebab kadang posting gang keluar ayat macam tu posting untuk job. Jenuh pulak nak adjuat ayat. Bukan kita jual pun kan.

    ReplyDelete
  6. saler mmg kena buat mcm ni, ada baca info ni mmg bagus utk semua peniaga di facebook

    ReplyDelete
  7. nice sharing.. berguna utk sesiapa yg tak tahu,. barulah mudah paham tak pening kepala hehe

    ReplyDelete
  8. Wahh tq sharing tips ni...boleh jgk digunakan bila nk promote bznz nnti..

    ReplyDelete