Satu lagi hidangan ringkas ready to eat dari Aya Real Food. K.fiezz suka ada stok dari Aya Real Food ni di rumah. Malas masak. Kita panaskan je macam salah satu menu Aya Real Food ni iaitu Gillies Rendang.  Mana tak suka, menu siap masak weiii. Panaskan je dalam microwave. Siap!!


gillies rendang,menu siap masak

entry berkaitan < Aya Real Food Ikan Bilis Sambal > 

GILLIES RENDANG

Gillies Rendang ni kombinasi masakan rendang dengan cendawan & campuran beberapa rempah. Sesuai untuk peminat sayuran. Ada hari kita malas nak makan berat-berat macam daging, ayam. Jadi Gillies Rendang ni sesuai dijadikan salah satu menu ringan untuk hidangan makan tengahari ataupun malam.

CAMPUR DENGAN DAGING

Haritu k.fiezz buat percubaan campurkan gillies rendang ni dengan daging. Daging tu k.fiezz rebus terlebih dahulu. Kemudian panaskan bersama pes gillies rendang. 

Hasilnya..errrr..tak sesuai lah pula. haha. Suka sangat mengolah. Mungkin gillies rendang ni lebih sedap di makan macamtu sahaja, tak ada campuran apa-apa. 

Haha. sokay. tak cuba tak tahu, kan. Ni k.fiezz dah kongsi. So terpulang pada korang. Nak cuba dipersilakan. Tapi ikut tekak k.fiezz & mr hubby, tak berapa sangat. 

gillies rendang,menu siap masak

Gillies Rendang + Daging


gillies rendang,menu siap masak

Tiada MSG, Free Gluten, Vegetarian, Tiada bahan pengawet & bahan pewarna


gillies rendang,menu siap masak

TAHAN SEHINGGA 2 TAHUN

Semua pes masakan dan sos Aya Real Food boleh tahan sehingga 2 tahun jika belum di buka. Jika dah buka, simpan dalam peti sejuk boleh tahan 3 hari ataupun freezer boleh bertahan sehingga 3 bulan. 

DI MANA NAK BELI AYA REAL FOOD?

Korang boleh dapatkan produk Aya Real Food di Jaya Grocer Starling Mall, Intermark & Gardens Mall. Tapi kalau malas nak keluar, worry not. Boleh beli secara online di website Aya Real Food [Link di bawah] & zasss pes masakan Aya sampai depan rumah. Di website Aya Real Food, ada resipi juga untuk rujukan. 


2 Comments

  1. bagus skrng sangat banyak pilihan makanan macam ni.. senang nak bawa jalan2.. dulu2 x banyak pilihan..

    ReplyDelete