Haritu k.fiezz kongsi pes masakan siap dari Aya Real Food iaitu Kalio Daging << KALIO DAGING>> . So kali ni k.fiezz nak kongsi satu lagi produk dari Aya Real Food yang siap masak (ready to eat ) iaitu Karashi Bilis. 

Apa ni Karashi Bilis?Bilis tu tahu lah kan. Karashi..Jangan tanya k.fiezz.. K.fiezz pun tak pasti Karashi tu apa. Yang k.fiezz tahu bila unpack Karashi Bilis ni, dia benornya Ikan bilis sambal.

KARASHI BILIS

Karashi Bilis ni tak perlu nak masak macam Kalio Daging. Terus keluarkan dari pek & masuk terus dalam piring. Lepas tu hidang. SIAP. Senang kan. haha. Karashi bilis ni sebenarnya sambal ikan bilis ready made jenis kering. Hat ni kalau bawa travel memang sesuai sangat weii. Cuma beli apa-apa macam roti, ketupat nasi ke untuk di suai padankan makan dengan sambal ikan bilis ready made ni. 


masak sendiri lebih jimat,aya real food,sambal ikan bilis ready made,ikan bilis sambal

3 pes masakan ready to eat & cook by AYA REAL FOOD

HARI MALAS

haha. Ada hari datang malas, memang cari jalan senang je nak masak. haha. Perangai sangat. So tertengok pek Karashi Bilis ni, makan ni je lah hari ni. 

Dalam kotak Karashi Bilis ni ada 1 pek sahaja. Kuantiti dia agak banyak juga.

K.fiezz ingatkan kena panaskan sekejap tapi rupanya tak perlu, hokay. Karashi Bilis ni ready to eat snack. Terus buka, hidang dalam piring. Siap. Nak makan dengan nasi boleh. Nak ratah gitu pun boleh. Ikut lah selera masing-masing. 


masak sendiri lebih jimat,aya real food,sambal ikan bilis ready made,ikan bilis sambal


masak sendiri lebih jimat,aya real food,sambal ikan bilis ready made,ikan bilis sambal

Tiada MSG, BAHAN PENGAWET & PEWARNA..GLUTEN FREE..


masak sendiri lebih jimat,aya real food,sambal ikan bilis ready made,ikan bilis sambal

RASA KARASHI BILIS

To be honest, sedap sangat karashi bilis ni. Semua rasa cukup. Paling power, karashi bilis ni pedas hokay. So yang mana tak makan pedas, sila hati-hati kalau makan ikan bilis sambal readymade ni. Makan tengahari tadi, k.fiezz ter ambil banyak. Mak aihh..tebal rasa lidah.. Terus cari air lepas habis makan. Nak sulam minum air time makin pedas, nanti lagi rasa pedas. Jadi kita habiskan makan, baru cari air. 

TAHAN SEHINGGA 2 TAHUN

Semua pes masakan dan sos Aya Real Food boleh tahan sehingga 2 tahun jika belum di buka. Jika dah buka, simpan dalam peti sejuk boleh tahan 3 hari ataupun freezer boleh bertahan sehingga 3 bulan. 

DI MANA NAK BELI AYA REAL FOOD?

Korang boleh dapatkan produk Aya Real Food di Jaya Grocer Starling Mall, Intermark & Gardens Mall. Tapi kalau malas nak keluar, worry not. Boleh beli secara online di website Aya Real Food [Link di bawah] & zasss pes masakan Aya sampai depan rumah. Di website Aya Real Food, ada resipi juga untuk rujukan. 

1 Comments