Baru-baru ni, k.fiezz ke Majlis ASMAK GRAND AWARD 2020 di Awana Genting Highlands. Majlis ni diadakan sempena ulangtahun ke-5 ASMAK sertai untuk menghargai jasa & sumbangan para agen, stokis yang memperkenalkan produk ASMAK pada orang ramai. Tanpa agen-agen dan stokis-stokis, ASMAK tak dikenali seperti hari ini.

Meriah majlis  dengan kehadiran agen-agen, stokis dari pelbagai negeri di Malaysia termasuk juga  dari Singapura. Kagum masa emcee announce ada stokis dari Singapura..wah...hebat tau, sampai ke Singapura orang kenal ASMAK. Bangga sebab market ASMAK sampai ke luar negeri. tahniah. Moga melangkah lebih maju lagi di masa hadapan. 

JENAMA ASMAK

Eh..jap, ada tak yang tak kenal ASMAK ni apa?okey, untuk yang belum kenal. ASMAK ni satu nama yang dikenali dengan produk keluaran di bawah label ASMAK. Paling terkenal Minyak ASMAK. Bedak ASMAK & FRESH 'n' COOL THERAPY

Selain dari 3 hit produk di atas, ASMAK juga mengeluarkan produk yang lain seperti ASMAK BABY CARE, PRODUK MAKANAN, SET PENJAGAAN DIRI SET SKINCARE.

K.fiezz sendiri menggunakan produk penjagaan diri iaitu syampu keluaran ASMAK.
PRODUK ASMAK dah berada di pasaran sejak 5 tahun lepas. dan masih bertahan sehingga kini. Tahniah ASMAK. 

Untuk info korang juga, kesemua produk ASMAK menggunakan herba & bahan semulajadi sebagai pilihan alternatif. Secara tidak langsung dapat menyakinkan orang ramai untuk menggunakan produk ASMAK yang dijamin selamat serta berkualiti. 

Misi ASMAK juga memberi peluang-peluang kepada mereka yang ingin berjinak dalam bidang perniagaan dan melahirkan usahawan yang bebas kewangan.

Semasa majlis ni, ada seorang stokis dari Sabah yang berjaya dengan ASMAK. Beliau bermula dari dropship/agen sahaja. dan kini beliau stokis di Sabah yang mempunyai kedai sendiri. Kagum.

SEKITAR MAJLIS ASMAK GRAND AWARD 2020

Seperti yang k.fiezz beritahu atas tadi, Majlis Asmak Grand Award 2020 untuk tahun kelima ni disambut di Awana Genting Highlands pada 29 Februari 2020.

www.fiezasani.xyz

Wajib ada gambar tuan blog yang cantik ni..hehe


www.fiezasani.xyz

Kata-kata aluan dari founder Asmak iaitu Pn. Nor Fazilah Abd Mohd

www.fiezasani.xyz

Diikuti dengan ucapan pembukaan & perasmian dari Penasihat Asmak iaitu En. Tuan Sahar Sahad

www.fiezasani.xyz

Meriah majlis dengan kehadiran dari agen-agen, stokis-stokis dari seluruh Malaysia dan juga Singapura.


www.fiezasani.xyz

Majlis dimulakan dengan Pertandingan Fesyen Untuk Kanak-Kanak..
Kemain memasing bergaya dengan baju. 

www.fiezasani.xyz

Sementara majlis penyampaian sijil berlangsung di tingkat atas, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak diadakan di tingkat bawah.


www.fiezasani.xyz


www.fiezasani.xyz



www.fiezasani.xyz


www.fiezasani.xyz

Sijil & hadiah untuk agen-agen, stokis, super stokis yang mencapai target 


www.fiezasani.xyz

Sijil & hadiah untuk agen-agen, stokis, super stokis yang mencapai target 


www.fiezasani.xyz

Hadiah percutian untuk 10 agen terbaik. Wah..best best..

www.fiezasani.xyz

Salah seorang super Stokis yang menerima sijil & hadiah memberikan sedikit ucapan penghargaan kepada semua yang membantu beliau hingga berjaya ke tahap sekarang.

Tahniah ASMAK. Semoga ASMAK terus melangkah lebih maju dan berkembang di masa hadapan. 

Korang yang nak mencari produk ASMAK, boleh terjah ke website ASMAK dan cari agen yang berdekatan dengan lokasi masing-masing.



5 Comments

  1. Meriahnya event Asmak ni. Buat dekat Genting gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah meriah mimie...tmbh buat kat tempat sejuk..best..hehe

      Delete
  2. meriahnya exent asmak tu.. liez pun pakaikan anak-anak minyak asmak sbb berkesan sgt..

    ReplyDelete
  3. meriah sakan... comel2 anak2

    ReplyDelete
  4. Semoga Asmak boleh pergi jauh lagi lepas ni. Meriah event...

    ReplyDelete