Lama tak share resipi dari Dapur FiezaSani. Kali ni K.fiezz cuba resipi baru iaitu resipi Ayam Phat Phet yang k.fiezz dapat dari Mr Google. Sebelum ni, k.fiezz pernah cuba resipi Ayam Phat Phet ni, dapat resipi dari kawan pejabat k.fiezz. Katanya resipi Ayam PhatPhet ni asal dari Thailand.Tu yang kawan k.fiezz tahu agaknya resipi ni sebab kawan k.fiezz orang Kelate. Thailand & Kelantan kan dekat-dekat je.

So ni resipi Ayam PhatPhet versi kawan k.fiezz >> Dapur Fiezasani Ayam Phat Phet Mudah >>

Tapi resipi ayam phat phet yang k.fiezz share kat entry ni dari Mr Google. Tertarik nak cuba sebab lagi nampak menarik dari resipi yang kawan k.fiezz bagi atas ni. hehe. sorry, kak. 

Mungkin sebab dari segi warna dia lagi menyerlah dan menarik. tu y ang k.fiezz tertarik nak cuba. tengok cara masak pula tak renyah.. Kemain semangat membara k.fiezz nak cuba resipi ayam phat phet ni. Dari segi rasa tak pasti sebab k.fiezz pun tak pernah rasa originality ayam phat phet ni. Kalau tanya k.fiezz hat yang k.fiezz masak ni, mesti lah k.fiezz cakap 'menjilat jari, u'.haha. tapi tapi mr hubby tak berapa gemor. kebetulan dia demam semalam. so dia makan untuk lapik perut je sebelum makan ubat. hehe..

www.fiezasani.xyz

Jom tengok bahan-bahan & cara masak Ayam Phat Phet ni

Bahan-bahan:


Ayam

Daun limau purut
Perahan limau nipis
Garam
Gula

Bahan yang dikisar -

Bawang putih
Bawang merah
Serai 
Halia 
Cili padi 
Kunyit 

Belacan 


*sukatan boleh adjust ikut kesesuaian kuantiti ayam yang di masak. Kalau suka pedas, lebihkan cili padi*



cara-cara:-


1. Tumis bahan kisar sehingga naik minyak



2. Masukkan ayam..kacau bagi sebati..biarkan seketika sampai mendidih



3. Masukkan garam & gula secukup rasa. Perah limau nipis & masukkan daun limau purut.



4. Kalau nak berkuah, lebihkan air...biarkan mendidih seketika....siap utk dihidangkan


Sumber -  https://mamatisya.blogspot.com/2019/12/resepi-ayam-phat-phet-thailand-yang.html

3 Comments

  1. nyummmm belum penah makan lagi ni. sekali tengok macam daging masak hitam ja :D

    ReplyDelete
  2. tak pernah makan kot.
    bolehlah dicuba nnt.

    ReplyDelete
  3. Wow nampak Sedappp tuu. Belum try lagi resepi ni

    ReplyDelete