Total Pageviews

Sesi 5s, Buang Seluar Slack Lama

23:30

Sesi 5s di rumah petang tadi. Tak ada buat apa. K.fiezz tengok susunan kain baju kerja di rak tingkat agak tak teratur sebab guna rak tingkat yang jenis lama tu. Dah tinggi susunan kain baju kerja jadi dia macam tak cantik susunan. 

So kebetulan mood rajin dah masuk dalam badan.hehe.kita kemas & lipat kain baju seluar yang tak cantik susunan tu. Tengah lipat seluar, kain baju, tengok ada seluar slack yang k.fiezz jarang pakai. Saja k.fiezz cuba seluar-seluar slack ni yang k.fiezz beli dah lama dari zaman anak dara. 

Try sarung beberapa helai seluar slack in tapi sendat weii peha & perut. Haha. Bila nak zip, lagi lah tak lepas. Adeh. Rasa macam tak naik je berat badan rupanya salah sangkaan ku. Haha. 

www.fiezasani.xyz

Dan untuk menjimatkan ruang yang agak terhad di rak tingkat, terpaksa lah buang beberapa helai seluar lama,sehelai kemeja & seluar slack baru yang k.fiezz pernah cerita sebelum ni

Sayang weiii tapi dah tak muat yang seluar slack lama. Simpan buat apa, kan? Seluar slack baru tu terpaksa sebab tak boleh nak repair. K.fiezz dah cuba dye pewarna sebab (boleh baca link atas ni) tapi tak berjaya. 

Seluar kerja yang k.fiezz beli dari zaman anak dara ni, material kain dia nipis. Kalau pakai baju singkat, nampak di bahagian punggung alur seluar dalam. Dulu k.fiezz ni suka beli seluar slack yang murah je. Yeah dulu gaji tak berapa nak lebat, beli seluar ke baju ke, cari yang murah je lah. Dulu tak kisah pakai seluar nampak alur seluar dalam.hehe.tapi sekarang kisah. Sebab kerja di sektor kerajaan ni kena sopan gitu. Lagipun sektor government,mana boleh nak seksi. Ada juga kena tegur.hehe.

So seluar2 dalam gambar atas ni, k.fiezz terpaksa buang sebab material dia nipis & dah sendat. Sayang tapi menyemakkan ruang rak tingkat,terpaksa buang.  Dan point lain, boleh tambah koleksi baru. Hehe. Bijak tak?


You Might Also Like

8 Comment

  1. rsnya sy pon kene buat 5s jgk...
    mcm baju n sluar xpakai.. buat berat almari je.. haha

    ReplyDelete
  2. jangan dicampak terus masuk tong..ammi selalu lipat elok2 letak dlm plastik bag pastu gantung kat tepi tong besar. Nanti adalah yg ambil. Baju2 anak pun ammi buat gitu.

    ReplyDelete
  3. Kikiki.. Part last tu setuju sangat.. Bila dah keluar kenalah cari baru buat ganti.. hehehe

    ReplyDelete
  4. 5s peluang untuk dapat pakaian baru, syok ooooooo. hehehehe

    ReplyDelete
  5. Saya pn x habis mengemas lg huhu.. Mau sebulan makan masa

    ReplyDelete
  6. Mana yang dah tak elok boleh recycle buat apa yang patut kak. atau yang masih okay dan xpakai boleh bg je pada family :)

    ReplyDelete
  7. Mrs Pip suka buat 5s, lepas tu beki lagi yang baru,.hahaha tu la konsep 5s saya ...

    ReplyDelete