Total Pageviews

Misi Tidak Berjaya Dengan Dye Pewarna Kain

15:53

Apa yg akan korang buat kalau pakaian macam baju atau kain atau seluar terkena warna pakaian lain masa sesi rendaman bersama-sama?Buang ataupun warnakan dengan dye pewarna kain..okey..ni la yang sis cuba buat..Warnakan dengan dye pewarna kain yang k.fiezz beli dri Shopee..Dua kali percubaan mewarnakan semula seluar kegemaran k.fiezz yang terkena warna baju masa sesi rendaman..huhu..my mistake..Boleh tak perasan dalam baldi, ada satu baju yang turun warna..huhu..dan hasilnya tompokan warna di bahagian punggung dan kaki..Rujuk gambar di bawah..Cuma mungkin dalam gambar tak berapa clear sangat warna dia..warna asal seluar, kelabu gelap..dan tompokan yang terkena dari warna baju, merah..adeh..

Macam k.fiezz beritahu tadi, dah 2x kak fiezz cuba warnakan semula seluar ni dengan dye pewarna kain..Kali pertama pilih warna kelabu gelap juga..Ikut warna asal seluar..tapi tak berhasil..tetap terserlah tompokan itu..Baru ni, k.fiezz pilih warna hitam pula..so jadi ke tidak?

Cer teka..


www.fiezasani.xyz

Ni la seluar kegemaran k.fiezz yang terkena warna baju lain masa sesi rendaman...
dan 3 item dalam gambar ni, dye pewarna kain (dalam peket) & pemati warna (dalam botol)


www.fiezasani.xyz

close up sikit...harga promosi masa beli di Shopee tiga-tiga item ni RM7.00 + penghantaran RM4.13..total RM11.13


CARA MEWARNAKAN PAKAIAN DENGAN DYE PEWARNA KAIN 


www.fiezasani.xyz

Arahan asal - Didihkan air dalam periuk besar yang boleh muatkan pakaian kita nak warnakan & lepas dah mendidih, boleh masukkan dye pewarna pakaian..kacau sekata & masukkan pakaian yang hendak diwarnakan...Sebelum tu, pakaian yang nak diwarnakan ni, basahkan dahulu...Lepas tu baru kita masukkan pakaian tadi & kacau selama 40-45 minit dan diikuti dengan segenggam garam selama 10minit..

Tapi sebabkan kat rumah k.fiezz, tak ada periuk besar yang bersesuaian untuk guna..K.fiezz cuma isi air panas (guna water heater) dalam baldi...Lepas tu masukkan seluar yang dah dibasahkan terlebih dahulu..Rendam selama 40-45 minit..Garam..k.fiezz tak guna seperti arahan...Lepas tu, toskan kejap seluar..dan terus sidai sampai kering....

Lepas seluar betul-betul kering, k.fiezz masukkan 1 botol pemati warna dalam baldi..Diikuti seluar yang dah dikeringkan..Rendam dalam 10 minit..dan sidai sehingga kering...

dan hasilnyaaaa tadaaaaa..Rujuk gambar di bawah


www,fiezasani.xyz

Masih nampak kesan kan?adeh...so nak buat apa ni..Buang ataupun boleh guna seluar ni cuma k.fiezz kena cari baju kemeja yang jenis panjang untuk cover di bahagian punggung yang terkena warna..

K.fiezz ada tanya pendapat member pejabat..kalau dalam situasi k.fiezz ni, apa tindakan diaorang..dan jawapannya - BUANG..adeh..

Mahal seluar ni..harga asal RM89..Ada promosi masa beli ni RM49..huhu..K.fiezz dah cari seluar ni kat SOGO..ada tu memang ada je stok tapi harga dia yang asal..kalau ada sale kat SOGO pun, harga dia turun sikit je...RM70 plus..huhu....Seluar ni jadi favourite k.fiezz sebab material dia jenis tebal..Bila pakai seluar ni, tak nampak alur seluar dalam..Adeh.. Dah misi tak berjaya ni, kena beli baru juga dengan harga asal..

Padan la muka k.fiezz..tak hati-hati masa basuh pakaian kerja...Main sumbat dalam satu baldi...bukan jenis nak check dulu ke apa sebelum sesi nak merendam...huhu

Bukan la k.fiezz nak cakap dye pewarna pakaian ni tak bagus cuma kurang berhasil dengan seluar kegemaran k.fiezz ni...Kalau tengok testimoni di shopee, ramai bagi feedback positive cuma seluar k.fiezz kurang bekerjasama dengan dye pewarna kain ni....

Next time learn from mistake...

You Might Also Like

8 Comment

  1. waduh waduh.. setelah sekian lama tak jenguk rumah kak fiezz ni.. dah canggeh lah rumah dia.. hehehe..

    wah.. tq info.. baru tau.. kot selama ni kalau ada kain baju kene turun warna.. heemm.. memang jadi baju basahan kat umah je laa.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. SA pun pernah kena..selambak plak baju kerja yang terkena warna luntur tu..nak buat cane..buang ake la..x leh dah nak repair

    ReplyDelete
  3. Boleh pakai dengan baju yang labuh atau cardigan yang panjang..

    ReplyDelete
  4. aduh macam mana tu sis. kalau saya saya pakai je. haha saya jenis tak kisah. beli je yg baru :)

    ReplyDelete
  5. aduh...terkena part situ warna merah pulak tu.
    tp janganlah dibuang..mungkin fieza boleh pakai seluar ni dengan baju yg sedikit labuh or cardigan panjang

    ReplyDelete
  6. sayangnya..cari baju yang labuh skit..blh ttp kekurangan itu..hehe

    ReplyDelete
  7. sayangnya..cari baju yang labuh skit..blh ttp kekurangan itu..hehe

    ReplyDelete
  8. miza akan pakai dengan cardigan demi nak cover hehe.

    ReplyDelete