Total Pageviews

Karenah Penyewa

18:31

Haih..Okey, ni sesi meluah perasaan..Seperti yang sedia maklum, k.fiezz & mr hubby mencari penyewa rumah kitaorang di Semenyih ni, agak lama juga sebelum jumpa dengan penyewa sekarang.

Boleh baca di sini << ada yang mencari rumah sewa atau rumah nak beli di area semenyih.html>>

Alhamdulilllah berjaya juga jumpa penyewa selepas beberapa lama. Penyewa ni kawan gamers mr hubby. Mr hubby cuba up di group game dia, kalau-kalau ada antara kawan-kawan dia yang mencari rumah sewa di area Semenyih. Kebetulan ada seorang kawan mr hubby ni respon..

Set tarikh & masa, kitaorang bawa kawan mr hubby & family dia tengok-tengok rumah ni. Yelah, kenalah tunjuk kan. Berkenan ke tidak. Lepas hasil sesi perbincangan suami isteri kawan mr hubby ni, diaorang setuju untuk sewa rumah kitaorang ni. Alhamdulillah..Walaupun rate sewa sebenarnya tak menguntungkan kitaorang pun. Bagi kitaorang, ada orang nak sewa pun dah alhamdulillah. Biasa lah rumah bila lama sangat terbiar kosong, tak berseri. Kalau ada orang duduk, at least nampak sikit rumah tu berjaga. Lagi pun kitaorang fikir, ada juga duit backup dari sewa bulanan yang kitaorang bayar tu. Bayar pada bank & kitaorang dapat bayaran dari penyewa semula.

JADI MEMBER UNTUK DPT AKSES KAD

Memandangkan rumah kitaorang di Semenyih ni ada guard di entrance taman, jadi untuk keluar masuk ke dalam kawasan perumahan, better jadi member ..Dapat aksess kad..senang nak lalu di entrance tu. Kalau tak jadi member, kena register keluar & masuk setiap kali lalu. Leceh kan. Kitaorang masa tinggal situ dulu, memang member. Bila dah keluar dari situ, automatik terus jadi non member. Bila penyewa baru ni masuk, mr hubby advice untuk dia jadi member juga. Senang nak keluar masuk. Dan untuk pendaftaran baru ni, kena bayar RM200 something. Mr hubby bagi kelonggaran pada penyewa ni, tolak RM200 dari bayaran sewa rumah bagi bulan pertama. Kira bayar balance je pada kitaorang..See baik tak mr hubby ku..haha..Jadi bulan pertama tu, kitaorang dapat RM*** 

TAK BAYAR SEWA SEBAB KENA CAJ SAKIT GIGI ANAK, RM400

Bulan kedua, which is bulan lepas, mr hubby whatsapp penyewa merangkap kawan dia ni untuk remind bayar sewa bulan. dan jawapan yang diterima ' sorry, bang. bulan ni tak ada duit nak bayar sewa sebab ada masalah duit, minggu lepas hari sabtu anak mengadu sakit gigi tengah malam, esok pagi terpaksa bawa anak ke klinik gigi & kena bil RM400. Ni pun tinggal duit belanja sampai hujung bulan ni je, bang. maaf sangat-sangat, bang'..huhu.. lepas tu mr hubby beritahu yang kawan dia ni dah tak ada kerja & wife dia pula dah habis kontrak

Rasa-rasa logik tak..dah tahu tak ada duit yang bawa anak ke klinik swasta dah kenapa?oo..mungkin sebab hari cuti, klinik kerajaan tutup. yang buka klinik swasta je..tapi tapi yang jadi persoalan betul ke kena bil sampai RM400? anak dia umur 3-4 tahun, mahal sangat tu sampai RM400 kena caj pi klinik swasta. Kalau dewasa tu, percaya lah juga. Sebab k.fiezz pun pernah ke klinik gigi swasta, cabut gigi kena sampai RM400..ni budak2 je, sampai 400..what the???

Entah lah.k.fiezz pun tak nak lah komen lebih-lebih. Kita fikir positive je lah, anak dia betul-betul sakit gigi & kerosakan gigi teruk sangat sampai total bil RM400. huhu. 

TERTUNGGAK KENA BAYAR JUGA LAH

So k.fiezz buat note berapa bulan dia tak bayar. Lepas tu suruh mr hubby hantar pada kawan dia tu. Kang dia ingat, burn yang mana dia tak boleh nak bayar tu. 

Eh..cantik banyak sangat tu. Sebab k.fiezz risau dia ambil kesempatan memandangkan mr hubby banyak sangat tolak ansur dari mula dia pindah masuk ke rumah kitaorang.

Ni mr hubby beritahu, kawan dia baru dapat kerja, hope dia bayar lah sewa rumah seperti yang dipersetujui termasuk yang tertunggak. Haritu mr hubby boleh pula cakap, ni yang tertunggak ni nak kira ke macamana..Eh..kena kira lah. Apoo nak deduct? 

We wait & see kalau 3 bulan dia tak bayar juga, memang beritahu mr hubby, suruh dia keluar je lah. 

Ingat sewakan rumah, meringankan beban.huhu.tak berapa nak ringan rasanya. Fikir positif, kesiankan anak-anak dia yang kecil tu je lah

LEARN FROM MISTAKE

Huhu. bila mengadap karenah penyewa macam ni. Lain kali, kena buat perjanjian antara penyewa & kitaorang sebagai tuan rumah kalau kawan mr hubby ni tak boleh bertahan nak sewa rumah kitaorang. Sebab yang ni, mr hubby tak ada buat sebarang perjanjian memandangkan kawan. Masuk pun tak ada sebarang downpayment. haha. baik tak mr hubby ku..baik kannn..

Lepas tu bayaran bulanan pun, penyewa ni minta tengah bulan. Sebab masa tu gaji dia dapat tengah bulan katanya. Mr hubby okey je janji bayar.

Bulan kedua iaitu bulan lepas, tak boleh nak bayar sebab (seperti k.fiezz dah cerita atas ni). 

Bulan ketiga ni, nanti tengok pula apa alasan dia. huhu. Baru dapat kerja, gaji tak boleh nak put aside sebab nak bayar benda-benda lain yang lagi mustahak selain dari sewa rumah. Yelah, kawan kan..boleh tolak ansur. Yelah, rumah kitaorang rumah kebajikan. Orang boleh duduk, tak perlu nak bayar sewa. kitaorang kan tuan rumah yang baikkk gitu..haha (gelak geram)




You Might Also Like

10 Comment

  1. Memang saya pun dalam keadaan sis.. Nak cari penyewa yang bagus sangat susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sis..yg ni serba salah sebab kawan..huhu..

      Delete
  2. letihnya kalau dpt penyewa banyak hal camni. tak rasa segan ke ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau la nk cakap. kita fikir positif je lah. mungkin dia betul tengah susah. huhu.

      Delete
  3. Kita yg pening kan,serba salah. Kesian pn ada. Tp kalau nk kesiankn org, diri kita ni mcm mana huhu

    ReplyDelete
  4. gilo ke apa..byar utk cabut anak sampai 400..paling mahal pun 100 jer..nampak nau nipu..huhu

    ReplyDelete
  5. Semoga penyewa jalankan tanggungjawab sebagai penyewa. Apapun perjanjian tu penting kena ada kak fiez

    ReplyDelete
  6. mcm2 karenah manusia ni.. huhuuu..

    ReplyDelete
  7. Rumah Fiez kat Semenyih jauh plak..SA tengah cari rumah sewa ni..hahaha...ini la masalah kalau kita sewakan rumah kepada penyewa kan...nak plak kalau penyewa tu kawan kita sendiri..payah..sebab tu kena cari orang yang kita x kenal...

    ReplyDelete
  8. Better buat surat perjanjian, tak mahal mana nak buat stamp duty tu. Tak kisahlah kawan ke tak, saudara ke tak, buat sajalah FS. Dia still sewa kan rumah tu, buat lah perjanjian, biar lambat buat perjanjian, asalkan ada ... Huhu, memang bikin sakit hati dpt penyewa mcm ni ...


    Wait n see penipuan apa lg lepas ni nak elak byr sewa ... Sebab tu penting kena ada at least 2 bulan advance payment or deposit ...

    ReplyDelete