Total Pageviews

Konvoi ke Langkawi - Homestay Di Langkawi Sri Legend Resort Condominium

18:45

Melangkah masuk dalam homestay di Langkawi ni..terkesima kejap.. Cantiknya dekorasi dia..k.fiezz suka..fall in love gituu..untuk k.fiezz cantik lah..tak tahu pada mata orang lain..untuk k.fiezz dekorasi dalam dia, kemas & menarik perhatian terutama di bahagian ruang tamu..imagine nak buat di rumah sendiri macam tu..nanti lah..mana tahu ada rezeki beli rumah kondo ke..eh..haha..alaa, berangan tak salah kan..

okey, by the way sambungan cerita cuti k.fiezz & mr hubby yang ikut trip konvoi geng gamers mr hubby ke Langkawi ni, kitaorang menginap di homestay Sri Legend Resort Condominium Langkawi..Bangunan 5 tingkat termasuk tingkat bawah..

Group kitaorang ambil 2 unit. Satu untuk perempuan dan satu untuk lelaki. Berlainan blok. Kitaorang yang perempuan di blok 2 & lelaki di blok 3. 

Kenapa asing-asing lelaki & perempuan? untuk keselesaan dan bebas bergerak dalam rumah tanpa perlu menutup aurat kalau pasangan yang dah berkahwin tinggal serumah. Lagipun salah seorang kawan gamers mr hubby bawa mak & adik perempuan dia. Jadi risau mak kepada kawan gamers mr hubby tak selesa nak duduk sekali dengan kitaorang yang dah berkahwin. Sebab ada lelaki kan? Jadi elok lah di asingkan. Perempuan tinggal satu rumah. Lelaki tinggal satu rumah. Senang. Nak keluar masuk ke tandas, tengok tv pun selesa. Keluar dari bilik air berkemban pun, tak ada masalah. hehe.


www.fiezasani.xyz

Homestay di Langkawi yang jadi pilihan.

Bawah ni, dalam homestay yang perempuan. Terletak di tingkat bawah. Ada 3 bilik & 2 bilik air. Satu bilik air dalam masterbedroom & satu lagi di luar untuk sharing bilik no.2 & 3. Ada dapur (lengkap dengan peralatan dapur untuk memasak), meja makan ,mesin basuh (senang nak basuh baju) cuma tak ada tempat nak sidai. Sebab rumah ni terletak di tingkat bawah, jadi terhalang dari cahaya matahari. Kalau nak jemur, di balkoni boleh rasanya sebab mengadap kolam renang. ada cahaya matahari.

www.fiezasani.xyz
Ruang tamu. Cantik kan dekorasi dia. 
Oo. rumah perempuan ada wifi. Rumah lelaki tak ada. dan line komunikasi di kawasan ni agak teruk terutama Digi..ooo Digi..nak suruh kitoarang tukar line ke?insyaallah, dipertimbangkan...

www.fiezasani.xyz
Di ruang tamu juga. Ada buaian telur ni. suka sangat. tu yang jatuh hati tu sebab k.fiezz memang dah lama berkenan buaian ni. 


www.fiezasani.xyz

Di ruang tamu lagi..


www.fiezasani.xyz

Bilik utama. Ada 1 katil queen & 1 katil single. k.fiezz & 2 lagi wife kawan2 gamers mr hubby tidur di bilik ni. Cuma bilik ni ruang dia terhad. Agak susah sikit nak solat. Ada extra selimut, bantal & toto. Sebabkan rumah lelaki, crowded dan kekurangan bantal & selimut, diaorang pinjam dari rumah perempuan. 


www.fiezasani.xyz

Bilik no.2. Ada 2 katil single..tapi kosong. mula-mula k.fiezz & seorang lagi wife kawan gamers mr hubby pilih bilik ni. tapi kitaorang tukar masuk ke bilik utama.


www.fiezasani.xyz

Bilik no.3. Mak & adik perempuan kawan gamers mr hubby pilih bilik ni. Luas sikit. Nak solat senang. 

www.fiezasani.xyz

Dapur. Siap dengan semua kelengkapan untuk memasak.

www.fiezasani.xyz

Balkoni menghadap kolam renang. Kitaorang di tingkat bawah. turun tangga sikit, terus ke kolam renang ni.

Overall homestay di Langkawi ni, selsesa. Cuma part line telefon susah sikit. Sebab k.fiezz & mr hubby pengguna Digi. Nak telefon mr hubby susah masa menginap di sini. Dalam bilik utama pun, tak dapat line DIGI..haih, bersabar sangat tau. Nasib ada Wifi. Kalau tak, kebuntuan k.fiezz. Selalu sebelum tidur, mengadap handphone. Segala-gala scroll (IG, FB)..hehe...

Lepas check in homestay di Langkawi ni, kitaorang berehat. Mandi, solat. Refresh badan dulu. Dalam pukul 4-5 petang, keluar jalan-jalan di sekitar Langkawi. Tunang kawan gamers mr hubby nak bawa kitaorang makan laksa sekoq di sekitar airport Langkawi. Sedap katanya. hmmm tapi tapi..sedap tu boleh la. ..nanti lah k.fiezz sambung cerita.. 

You Might Also Like

2 Comment

  1. thanks sharing. berguna info ni mana tau pergi langkawi bole stay sini

    ReplyDelete
  2. Swimming ke tak tu dah ada kolam renang? Hehe.

    ReplyDelete