Total Pageviews

Salah Masuk Token, Mesin Lain Yang Berpusing

23:22

Kisah mendobi harini. Jarang ke kedai dobi layan diri ni sebab kat rumah ada mesin basuh. Tapi harini tak ada pilihan sebab mesin basuh kat rumah dah rosak. Dari minggu lepas dan hint macam nak rosak. Mr hubby godek-godek, berjaya berfungsi. Harini cuba on , tak berjaya..uwaaaa...oh nooo...jangan lah buat hal time-time tak berapa nak ada duit sekarang ni. Tapi memang dah nak buat hal pun. Mesin basuh kat rumah ni, memang dah lama..Dari zaman k.fiezz anak dara lagi dah berkhidmat. Jenama Singer.  

mak k.fiezz bawa dari rumah lama, sampai lah pindah ke rumah yang k.fiezz & mr hubby duduk sekarang. jadi dia dah start rosak ni, memang patut lah pun sebab dah lama berkhidmat. 

Masalahnya kewangan kitaorang kurang memberangsangkan sekarang. huhu. Ate macamana nak basuh kain ni, dah mesin basuh rosak. K.fiezz rutin basuh kain seminggu sekali. Baju-baju kerja k.fiezz je, k.fiezz basuh guna tangan. Baju-baju lain semua guna mesin basuh. Pagi tadi k.fiezz basuh baju-baju kerja je dulu & pakaian dalam. Baju-baju lain, ajak mr hubby ke kedai dobi layan diri.

www.fiezasani.xyz

Dah lah jarang ke kedai dobi layan diri ni. Sebelum-sebelum ni selalu follow mak mertua k.fiezz je. Kalau balik Ipoh, sebelum mesin basuh rumah mak mertua k.fiezz repair, basuh kain di kedai dobi. K.fiezz pun tumpang lah baju k.fiezz & mr hubby sekali. Tahu la kena tukar token bagai. tapi nak guna mesin ni, tak tahu. Nasib mr hubby tahu guna. mr hubby yang ajarkan. 

Gambar atas ni mesin untuk basuh kain baju. Ada 3 jenis air untuk basuhan - Sejuk (RM5), Suam (RM6) & Panas(RM7). Paling murah sejuk RM5. Kalau k.fiezz tadi, memang pilih yang murah. hehe. k.fiezz tanya mr hubby apa beza air-air ni. Mr hubby inform kalau guna air panas elok lah sikit. Dia matikan kuman. Jadi mr hubby pilih air panas. RM7 untuk air panas - 16 minit.

Lepas dah basuh tadi, ingat nak kering terus. Dah tukar sesiap token total RM11. RM4 untuk pengering - 24minit.Untuk pengering ada 4 biji. Atas bawah. Kitaorang pilih mesin yang belah atas. Dah masuk baju semua, tutup. Ada dua side untuk letak token di bahagian tengah. Tanya mr hubby yang mana satu nak masukkan token ni. Mr hubby tunjuk. K.fiezz masukkan token. Dah masuk token, tekan start. eh, kenapa mesin bawah yang kosong tu berpusing. Kitaorang punya tak bergerak. Tengok balik betul-betul, salah masuk token rupanya. Yang k.fiezz masukkan token tu untuk mesin yang bahagian bawah. haha..adeh.
Nak berhentikan tak boleh. Kitaorang biarkan je lah mesin tu berpusing kosong. haha. kitaorang punya, keluarkan semula. K.fiezz sidai kat rumah je lah.haha

Pengalaman mendobi di kedai dobi layan diri. haha. tak buat salah, tak ingat. padahal dah tunjuk dengan anak panah, bahagian letak token tu yang mana atas punya & yang mana bawah punya. Boleh tak perasan. 

You Might Also Like

3 Comment

  1. cik nor lagi jakun..mmg xthu lansung nak guna self service dobi..haha

    ReplyDelete
  2. Haha Mrs Pip x pernah lg guma dobi layan diri, haha kalau guna mesti.x tau kot ... Tapi bagus juga entry ni, at least belajar berhati2 ketika nak masukkan token...tq share.

    ReplyDelete
  3. Bukan mesin pengering dia boleh bukak ke kak? Sebab ika ada tengok orang bukak tutup dekat mesin pengering.. tak tau lah kot mesin dekat akak pergi tu tak boleh bukak..hihi.. Dobi depan rumah pon x pernah pergi sendiri.. Nak basuh langsir bercinta nak pergi sana..hihi..

    ReplyDelete