Total Pageviews

Susu Dutch Lady Dan Cornflakes Strawberry equal to Sedap

11:01

Morning..dah sarapan pagi ke belum tu?kalau belum, meh nak suggest sarapan pagi ringkas dengan cornflakes strawberry + susu dutch lady kotak...yang lengkap dengan protein, karbohidrat, kalsium, iron, vitamin & mineral seperti Vitamin A, D,B & lain-lain...

PENGAGIHAN SARAPAN PAGI DUTCH LADY DI SEKITAR LRT 

Pagi semalam di stesen LRT Bandaraya, ada orang Dutch Lady tengah distribute set sarapan pagi yang ringkas ni pada orang awam yang lalu di kawasan sekitar. K.fiezz pun tak lepaskan peluang. Sebelum tu memang k.fiezz ada terbaca di blog-blog mengenai dutch lady buat pengagihan sarapan pagi percuma di sekitar stesen LRT di Lembah Klang..Bila tengok dalam jadual, stesen LRT yang biasa k.fiezz turun, ada dalam senarai..yeayyyy..tak sabar nak dapat sarapan pagi percuma dari Dutch Lady..

Dari dalam tren dah ingat, pagi semalam ada breakfast percuma di Stesen LRT..hehe...tazabarrr nak dapat breakfast percuma..hehe

Semalam turun dari LRT, tengah touch card di laluan keluar masuk, dah nampak pekerja-pekerja Dutch Lady tengah mengagihkan satu plastik yang ada Cornflakes  + 1 susu dutch lady kotak pada orang awam..Laju-laju k.fiezz berjalan ke arah pekerja Dutch Lady yang tengah agihkan plastik2 yang berisi sarapan pagi ni..hehe..

Pagi ni on the way ke pejabat, masa dalam tren..Nampak ada penumpang dari Stesen Bandar Tasik Selatan pegang plastik beg macam k.fiezz dapat semalam..Mungkin giliran pengagihan sarapan pagi dari Dutch Lady di kawasan sana..

www.fiezasani.xyz
Tadaaa..1 plastik berisi 1 cup strawberry cornflakes + 1 susu dutch lady kotak

Kenapa Dutch Lady Agihkan Set Sarapan Pagi ni?

Sarapan pagi paling penting dalam rutin pemakanan kita...sebab makanan yang kita ambil sewaktu sarapan yang akan membekalkan kita tenaga sepanjang hari untuk melakukan rutin harian kita yang sentiasa sibuk duaplohempatjam ni..Jadi Dutch lady melengkapkan sarapan pagi dengan susu yang akan berikan kita 50% protein yang diperlukan semasa sarapan...

Selain dari tu, susu memang kita dah sedia maklum memang penuh dengan khasiat & di bawah ini antara khasiat yang kita dapat dari segelas susu pada waktu sarapan pagi : - 

>>Bina & mambaiki tisu badan
>>Untuk mata kita berfungsi dengan baik
>>Membantu membebaskan tenaga daripada karbohidrat, lemak & protein
>>Membentuk penyerapan & penggunaan kalsium & fosforus
>>Tulang & gigi yang kuat

www.fiezasani.xyz

Set sarapan pagi dari Dutch Lady + 1 kupon voucher RM1 pembelian dutch lady +protein UHT1L di mana2 cawangan Giant...


www.fiezasani.xyz

Gabungan kedua-dua, walaaaa..siap sarapan pagi yang sihat & sedap ni..

So kalau malas nak breakfast berat-berat di pagi hari, boleh standby cornflakes & susu dutch lady kotak di pejabat ataupun di rumah...ringkas & lebih berkhasiat dari sarapan kegemaran rakyat Malaysia seperti Nasi Lemak, Mihun, Mee Goreng, Nasi Goreng..haha...okey, menu di atas ni memang wajib..kan..tapi kalau sesekali tukar selera dengan sarapan yang ringkas contoh seperti Cornflakes & susu dutch lady kotak ni pun apa salahnya..Biasa la selera kita ni..boleh berubah..kadang..eh nak makan nasi lah..nak makan mihun la..tapi bila dah hari-hari asyik menu yang sama..nak juga tukar selera tekak ni pada sarapan yang lebih ringkas..so cornflakes + susu dutch lady kotak dah mencukupi untuk mulakan hari kita.


You Might Also Like

1 Comment

  1. Wah cornflakes strawberry, tak oernah try lagi, mesti sedap ni.

    ReplyDelete