Total Pageviews

Terjebak Juga Dengan Minuman Bird Nest. Nak Cantik Kan.

10:43

K.fiezz ni dah lama nak mencuba minuman berasaskan bird nest ni. Masa viral kisah seorang budak perempuan yang berkongsi kebaikan pengambilan minuman kesihatan yang mengandungi bird nest untuk kecantikan, k.fiezz dah semangat nak cuba. tapi tapi k.fiezz was was sebab ada setengah produk bird nest ni dah dicampur dengan kolagen tambahan. Pesakit cyst/fibroid, tak digalakkan ambil produk yang mengandungi kolagen sebab boleh menyebabkan cyst/fibroid jadi aktif. 

halahh..kita nak cantik juga.. nak juga kulit toink toink. eh gitu. so baru ni k.fiezz saja cuba dua produk minuman kesihatan berasaskan bird nest ni dari dua jenama berbeza.

Sebelum beli k.fiezz check dulu kandungan dalam minuman bird nest  dua jenama ni, confirm di label, tak ada ayat yang mengatakan ada campuran kolagen tambahan, baru k.fiezz beli.  Kandungan dalam minuman berasakan sarang burung (bird nest) yang k.fiezz cuba ni selain dari bird nest adalah aloe verafungus, rock sugar & ginseng..okey, lulus...

www.fiezasani.xyz

Dua minuman berasaskan bird nest yang jadi piilhan k.fiezz..Satu dari jenama FG Walet bird nest, kepunyaan selebriti, Fouziah Ghous & satu lagi jenama Ecolite bird nest. 

FG Walet bird nest, k.fiezz beli di KK Mart. Cuma harga dia mahal sikit >> RM13.90. Kalau beli melalui agent, RM12/sebotol. Di Shopee, lagi murah iaitu RM10/sebotol. Tapi sebabkan kakak fiezz ni jenis tak menyabar bila bab kecantikan ni. K.fiezz cuba cari di 7-E dulu. Tak ada..fine, tengok di KK Mart. Kebetulan di LRT (stesen area rumah k.fiezz) ada KK Mart, kebetulan lalu, k.fiezz singgah dan memang ada jual FG Walet Bird Nest di situ..Cuma harga dia pricey sikit di KK Mart ni dari agent FG Walet. Tak pe lah kita cuba beli sebotol dulu. Sedap. Lain kali boleh beli lagi. Tak silap k.fiezz FG Walet bird nest ni ada 4 perasa termasuk yang k.fiezz beli ni. 

Yang k.fiezz beli ni FG Walet dengan Aloe Vera & Gula Batu. 3 lagi perasa >> FG Walet + Luo Han Guo, Buah Longan / FG Walet + Buah Goji, Kurma Merah / FG Walet + buah longan, madu. Setiap perasa ni ada fungsi masing-masing. Pilih lah yang bersesuaian. Boleh cari melalui #fgwalet di Instagram. Banyak post dari founder & agent2 FG Wallet Bird Nest di Instagram.

Sedap tak FG Walet Aloe Vera & Gula Batu ?

Sedap. Rasa jeli-jeli sarang burung tu. Tak manis. eh, sedap lah senang cerita. 

Next. K.fiezz cuba minuman bird nest jenama Ecolite. Yang ni beli di 7-E. Harga dalam RM6.++Rasa dia sama macam FG Walet. tak manis & sedap. 

Cuma cuma ikut bajet masing-masing nak cuba yang mana. Nak senang, cari. Boleh pilih Ecolite. Di 7e ada. FG Walet bird nest pun senang cari sebab ada di KK cuma harga dia mahal sikit dari agen.  

Sana Sini Bird Nest. Apa khasiat sarang burung ni?

>> Melegakan pernafasan
>> Melancarkan sistem urat saraf
>> Memutih & melicinkan muka
>> Mempercepatkan pemulihan bentuk badan & memperbaiki tisu-tisu yang rosak
>> Mencantikkan rambut supaya sihat, senang diurus & melebatkan rambut
>> Menyihatkan mata
>> Menghilangkan parut kulit & kedutan pada muka
>> Membantu pesakit asma
>> Membersih & menguatkan paru-paru
>> Meningkatkan IQ kanak-kanak
>> Agen awet muda kerana kandungan kolagen yang tinggi
>> Merangsang penghasilan susu badan ibu
>> Untuk wanita hamil (membantu kurangkan sakit pada pinggang, kuatkan paru-paru baby ,  bantu baby dalam kandungan lebih sihat, kulit cantik, berseri & daya tahan penyakit yang tinggi serta menggalakkan perkembangan otak & mempercepatkan proses penyembuhan selepas bersalin
>> Orang tua ( menguatkan urat saraf & tulang. serta meningkatkan daya tahan badan terhadap penyakit)
>> Perokok (Kurangkan kesan dari nikotina bagi mencegah serangan paru-paru)

RAMAI AMALKAN MINUMAN BIRD NEST UNTUK CANTIK

Atas ni antara khasiat sarang burung yang k.fiezz dapat dari google

Dari hasil testimoni dan review yang berkongsi kebaikan sarang burung ni,  k.fiezz boleh rumuskan ramai jadikan minuman sarang burung ni sebagai amalan harian untuk dapatkan KULIT YANG CANTIK. Toink Toink..Selain untuk merawat jerawat, parut jerawat, kedutan dan segala masalah di muka. Bird nest ni antara kelebihannya mengandungi kolagen yang tinggi, jadi dia berfungsi sebagai anti penuaan dan disebabkan ini juga, minuman bird nest menjadi favourite ramai wanita-wanita termasuk k.fiezz untuk cantik & awet muda. hehe. 

KURANG LETIH

K.fiezz baru amalkan 2 botol minuman bird nest ni. haha. tak nampak lagi hasilnya pada muka. haha. Baru minum 2 botol, mana nak nampak k.fiezz ooiii..haha. cuma yang k.fiezz perasan, 2 hari yang k.fiezz minum bird nest ni,  k.fiezz kurang keletihan melampau. siang  bekerja di pejabat, balik rumah, malam mengejar nak masak. Mana tak penat melampau. Malam lepas masak & makan malam, k.fiezz mengadap laptop untuk taip entry baru di blog..Jalankan tugas blogger pula. Kadang tu memang kekeringan idea nak menaip tapi cari juga apa-apa yang boleh ditaip sebab tak nak blog ni tak berupdate. Blog tak berupdate, kurang lah trafik. Kata nak jadi blogger cemerlang, kena lah kerja keras kan. So bila ada idea nak tulis apa, taip lah entry apa yang patut. Yang lagi best, tengah taip-taip, terlelap. haha. Percaya la. 

Jadi bila 2 hari tu k.fiezz minum bird nest ni, k.fiezz perasan kurang keletihan. Boleh mengadap laptop untuk menaip entry-entry baru. Mungkin ni kesan positif pengambilan 2 hari minuman bird nest mengurangkan keletihan. so kena konsisten lah ceritanya ni. 

Okey, siap tabung untuk bird nest. "sayanggggg" (goda mr hubby. haha)

Selain dari kena menabung dulu ni, K.fiezz tengah mencari jenama minuman bird nest yang sesuai diminum oleh pesakit cyst/fibroid. Dah jumpa satu jenama ni. k.fiezz cari di Instagram. Tapi KIV. Kena kumpul duit dulu. harga dia walaupun 1 set (3 botol) tak la mahal. tapi mana cukup 3 botol. kata nak kulit anjal, cantik..Kena amalkan hari-hari, baru nampak kesan. gitchuu.

Jom lah kita cantik sesama dengan bird nest drink.

You Might Also Like

11 Comment

  1. Semoga kak Fieza berjaya dapat skin toink toink. ^^ hehe

    ReplyDelete
  2. wah...nampaknya kita pun kena dapatkan bird nest ni jugak la...nak jugak cantik

    ReplyDelete
  3. wow..makin gojes la awak nnt..:)

    ReplyDelete
  4. miza pun nak kulit toink toink tapi macam tak boleh nak telan lagi bird nest ne

    ReplyDelete
  5. hee~ ye kak.. len kali jangan baca review orang tau.. tak pun jangan layan kalau kengkawan jual.. hahahaha~ bahaya.. kan dah terjebak..

    ReplyDelete
  6. Sarang burung mmg bagus, dulu2 chinese suka minum ni, now dah ada sign halal, so kita pun boleh minum tanpa was was kan. X pernah cuba lg bird nest coz harga mahal, tapi kalau rm6 sebotol tu, kira dah reasonable la juga ... semoga makin sihat gojes fs nnt.

    ReplyDelete
  7. bagus bird nest ni .. trend skg minum air sihat ni ...

    ReplyDelete
  8. Ada juga hari tu bercita-cita nak try.. tapi tak kuat juga hati.. sejenis yang fobia nak try mende macam gini.. hehee..

    ReplyDelete
  9. Pernah cuba yang ni beli kat 7E. Sedap! Lepas tu beli yang adore bird nest pulak 3 botol RM20.

    ReplyDelete
  10. Sedap kan air nie.. Share lah jenama yang akak nak ambil tu..hihi

    ReplyDelete