Total Pageviews

Nakal Nakal Nakal With Noughty For My Frizzy Hair

22:40

Masalah utama kaum wanita, selepas muka?cer teka?apa dia?hah..harus lah rambut. Walaupun dah ramai wanita yang bertudung sekarang, tetapi masalah rambut tetap jadi masalah utama. Di luar, iya rambut kita tak terdedah tapi kalau di rumah, bila tak bertudung, siapa yang nampak rambut kita. kalau bukan suami, anak-anak. Kalau rambut bermasalah, confirm kena tegur dengan en.suami, kan?kadang anak-anak ni pun jujur, diaorang pun tegur rambut mak-mak ni kalau bermasalah. Malunya. 

Kalau macam k.fiezz sendiri, masalah rambut yang k.fiezz hadapi sekarang ni, rambut kering & mengerbang. frizzy hair..Stress kadang tu. dah pakai segala serum, minyak rambut nak bagi nampak kemas..eh tetap lah nampak kekeringan atau orang putih cakap frizzy hair ni..haih, rimas la..belum masalah kelemumur lagi..adeh..Syampu dah macam-macam brand rasanya. 

BERKENALAN DENGAN SYAMPU NOUGHTY 

Tapi tapi baru-baru ni k.fiezz jumpa satu jenama syampu dari UK. Bukan Ulu klang tau. haha. UK = United Kingdom. Syampu ni baru masuk di pasaran Malaysia mulai 1 Oktober 2019 & boleh cari di mana-mana Guardian. Syampu yang dikenali dengan nama awak sangat nakal..nakal..nakal..haha..eh, tak lah. bahasa melayunya Nakal. Bahasa antarabangsa, dikenali dengan nama Noughty.

K.fiezz tertarik dengan syampu Noughty ni sebab bahan-bahan dia terdiri dari 97% vegan / vegetarian. Tiada sebarang ujian terhadap haiwan. Paling penting 

 paraben,  petrochemicals, sulphates  silicones.

TO THE RESCUE NOUGHTY

Jenama Noughty terdiri dari 3 variasi syampu & perapi rambut mengikut masalah rambut masing-masing. K.fiezz pilih To The Rescue sebab macam k.fiezz beritahu di atas, k.fiezz ada masalah rambut kering & mengerbang. Selain dari rambut cepat putus. Agaknya sebab kurang ber nutrien, jadi struktur rambut kurang kuat. 

To The Rescue yang jadi pilihan k.fiezz ni merawat dari dalam rambut untuk mencegah rambut kering dan rosak serta menjadikan struktur rambut lebih kuat. Selain dari  dia juga membantu melembutkan / melembapkan rambut.

Kandungan To The Rescue >> 💋Sunflower Seed 💋Sweet Almond 💋Shea Butter

Antara fungsi 'To The Rescue'

👉Melembapkan rambut
👉Membantu masalah rambut kering
👉Memberi penghidratan jauh ke dalam rambut
👉Melicinkan rambut sekaligus jadikan rambut extra lembut serta kuat

www.fiezasani.xyz

Love you To The Rescue

Review k.fiezz  - Rambut rasa lebih lembut dan nampak kurang mengerbang atau kering berbanding sebelum. hehe. Bau shampoo & perapi To The Rescue ni just nice orang putih kata. Bersaiz 250ml setiap botol, boleh tahan lebih dari sebulan (bergantung cara penggunaan).

www.fiezasani.xyz

Set Shampoo & Perapi To The Rescue


www.fiezasani.xyz

Close up sikit Shampoo 


www.fiezasani.xyz

Close up sikit Conditioner 

Rangkaian Produk Noughty 

Selain dari set To The Rescue yang jadi pilihan k.fiezz ni, ada dua lagi set lain iaitu Pumped Up & Care Taker

Pumped Up >> Membantu rambut untuk jadi lebih halus dengan kandungannya yang terdiri dari ekstrak anggur merah & vitamin B5 . 




Care Taker >> Membantu melegakan kulit kepala yang gatal & kelemumur. Kandungannya terdiri dari Super Oatmeal & Ekstrak Bisabolol 

www.fiezasani.xyz
Nak beli di mana? 
GUARDIAN

You Might Also Like

2 Comment

  1. kalau dah menang award tu mestilah best produk kan?

    ReplyDelete
  2. Comel nama brand ni, ada nampak dh kat guardian. Tp. Syampu lama banyak lg, tak beli dulu hat ni

    ReplyDelete