Total Pageviews

Serius!Best Sangat Xiaomi Airdots

15:04

Wewitttt gadget baru k.fiezz..xiaomi airdots..mr hubby beli masa company trip dia ke China awal September lepas...upah kena tinggal sebab tak boleh nak ikut company trip...hehe..Rasa tepat pilihan k.fiezz masa mr hubby tanya dalam group nak airdots ke jam?k.fiezz pilih airdots sebab kebetulan headphone k.fiezz dah agak teruk keadaan luaran dia..dalaman okey lagi..tak ada masalah..cuma bahagian luar dia, dah terkoyak2 kulit dia..hehe..k.fiezz pilih je nak airdots..brand tak kisah...dan Mr hubby pilih xiaomi airdots...

Masa mr hubby tanya dalam group family kitaorang, nak apa?airdots atau jam..k.fiezz cam blur jap..apa benda airdots ni..haha..adeh..serius ketinggalan sangat tau..

nasib mr hubby bagi gambar..tahu la rupanya earphone..haha..cakap la earphone..kan senang nak paham..haha...nasib bagi gambar tau..kalau tak, wife ni memang pilih jam la jawabnya..dah la jam dia tak lawa...so dah bagi gambar..harus la k.fiezz pilih airdots >> xiaomi airdots..adik-adik ipar (adik2 mr hubby) semua pilih airdots..cuma dorang punya lain & untuk wife, special la sikit,kan..hehe..


www.fiezasani.xyz

Tadaaa..ni la rupa xiaomi airdots yang k.fiezz punya..Casing merangkap untuk charge sekali..Setup sekali je masa mula-mula..Lepas tu tiap kali kita guna, automatik dia connected thru bluetooth...cuma on je kita punya bluetooth kat smartphone...

Dah siap label juga, yang mana kanan (R) & kiri (L) kat airdots ni...memudahkan pengguna...

www.fiezasani.xyz

Keistimewaan / kelebihan xiaomi airdots..

- Wireless (suka sangat part ni..tak yah nak cable panjang-panjang..)
- Active Noise Cancellation
- Lightweight & Portable (betul..ringan & senang bawa dalam beg)
- Touch Control (yg ni k.fiezz baru cuba..kalau kita sentuh kat airdots, dia akan berhenti)...so kalau kata tengah jalan-jalan tu, ada orang nak tanya / tegur, sentuh je kat airdots untuk pause apa2 yang kita tengah dengar..


www.fiezasani.xyz

Pakej dalam 1 kotak 
Sepasang Earphones, 1 x Charging Dock, 1 x Type-C Cable & 3 x Pair of Eartips

Review k.fiezz -  overall puas hati sangat...sebab dalam bekas yang senang nak letak dalam beg..ketahanan bateri dalam beberapa hari (3-4 hari) lebih kurang..tengok la keaktifan penggunaan masing-masing macamana...k.fiezz selalu guna pagi & petang masa dalam tren..lebih kurang 30-45 minit setiap kali guna xiaomi airdots ni..jadi tahan lebih kurang beberapa hari juga sebelum re-charge...Yang best guna xiaomi airdots ni, memang kalis bunyi..tak dengar bunyi sekeliling..suka suka suka..kalau macam k.fiezz naik tren, orang sebelah bersembang..memang tak dengar...concentrate je dengar lagu...lagi best..tak ada serabut dengan cable panjang-panjang nak connect dengan handphone...rilex je dengar lagu & nak bergerak macamana pun..cuma k.fiezz hati-hati sikit takut terlanggar orang ke apa...takut airdots ai terjatuh..sebab saiz dia comel...hehe...

Selesa tak letak kat telinga?selesa sangat..tak menyakitkan..

so dari 5 bintang..k.fiezz bagi 10 bintang..hehe..

yang airdots macam k.fiezz punya ni, baru masuk kat pasaran Malaysia kalau tak silap..mr hubby ada share artikel, baru launch kat sini..wah..bangga jap ai sebab pengguna pertama yang guna xiaomi airdots ni...patut mula-mula guna haritu bila naik tren jarang nampak orang guna ni...k.fiezz lak naik segan..orang lain semua punya gedabak headphone/earphone yang cable panjang-panjang tu..eh k.fiezz ko punya cucuk dlm telinga..kecik ciut je..hehe...upenya baru launch..

harga berapa?korang boleh check it out kat Lazada..k.fiezz punya ni beli dari China...harga >> (nanti k.fiezz update..kena tanya mr hubby sebab dia yang belikan)...

Apapun Love teruk dengan Xiaomi Airdots ni...hehe...Barang kesayangan sekarang ni, tau...Pagi-pagi sebelum keluar rumah, wajib check ada ke tidak xiaomi airdots ni dalam beg..nampak tak...hehe..

You Might Also Like

5 Comment

  1. Macam best je sis.. hurm.. kena masuk dalam wishlist ni.. ^^

    ReplyDelete
  2. Liez pun beli macam ni tapi xsure brand apa.. sbb senang nak bawak g jogg, fun run ke. tak berselirat wayar tu..

    ReplyDelete
  3. Xiomi terbaik dgn harga yg murah

    ReplyDelete