Beras Parboiled..siapa amalkan makan nasi dari beras parboiled ni..seriusly k.fiezz pernah dengar..tapi tak ada lah terfikir nak beli sebab harga dia boleh tahan weiii...Selalunya k.fiezz & mr hubby makan beras perang..murah banyak dari beras parboiled ni..beras perang yang selalu k.fiezz & mr hubby beli RM15.xx untuk 5kg..Beras parboiled jenama Jasmine (rujuk gambar) bawah ni, RM43.xx..kelip kelip mata masa nak bayar..haha..tapi untuk kesihatan, jangan berkira...

Ramai yang share beras parboiled ni paling bagus untuk kesihatan..berbanding beras perang..tetap beras parboiled ni yang menang undian, beras paling berkhasiat...Ada juga nampak kawan-kawan FB k.fiezz, kongsi pasal beras parboiled ni..Tapi biasalah kakak fiezz ni, scroll laju-laju & abaikan..haha..perangai sangat tau..

Lepas tu bertukar ke Beras Parboiled ni, apa cerita k.fiezz oooii..hehe..sebab sebab..biar lah rahsia..hehe..tak lah..dah nak meningkat usia suami isteri..kena la jaga kesihatan lebih..so bertukar lah kita dari beras perang ke beras parboiled...

Kalau sebelum ni, bila tengok nama dia beras parboiled atau orang panggil beras rebus, k.fiezz macam musykil..ni nak kena rebus ke apa kalau nak masak..hehe...eh rupanya tak..masak macam biasa..dah tu kenapa panggil beras parboiled? beras parboiled ni apa sebenarnya?

hah..moh check it out...                                                  www.fiezasani.xyz

BERAS PARBOILED

Beras parboiled ni beras yang biji padinya distim atau direbus dahulu sekejap sebelum dibuang kulit. Jadi bila direbus separuh masak ni, kulit-kulit padi yang kaya dengan fiber & vitamin menyerap masuk dalam beras..dan jadikan beras parboiled ni paling berkhasiat dan rasanya sedap...Selain itu parboiled rice ni juga tinggi kandungan protein, B complex, iron, kalsium, fiber, index glycemix yang lebih rendah tetapi kadar penyerapan mineral serta vitamin 90% lebih tinggi..dan juga anti oksidan.

nilai GI (index glycemix) yang rendah disebabkan penyerapan berperingkat. Bukan penyerapan yang drastik macam beras putih. dan ini sekaligus dapat  mengawal  gula  dalam darah dan sangat sesuai untuk pesakit diabetes dan ibu-ibu mengandung juga.

Khasiat Beras Parboiled

Disebabkan khasiat beras parboiled ni yang tinggi, ramai dalam proses menurunkan berat badan disarankan untuk mengamalkan beras parboiled. Bukan yang dalam proses menurunkan berat badan sahaja, yang bukan nak turunkan berat badan pun boleh mengamalkan beras parboiled ni kerana khasiatnya untuk kesihatan badan. Dan antara khasiat beras parboiled seperti di bawah ni  -


  • Membantu mengawal berat badan.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Menambahbaik tahap kolesterol darah
  • Mengurangkan rasa lapar dan mengenyangkan dalam jangka masa yang panjang
  • Elok untuk merawat sembelit
  • Mengelak gejala kembung perut dan masalah ketidakhadaman
  • Natural detox
  • Membina sel darah
  • Merawat anemia
  • Menguatkan tulang & otot badan
  • Awet muda, kulit sentiasa cantik dan lembab
  • Dapat elakkan diabetes, darah tinggi, sakit-sakit lutut serta sendi
  • Elak badan dimasuki angin terutama wanita yang baru lepas bersalin
  • Badan tahan sejuk atau panas
  • Bagus untuk bayi dalam kandungan untuk pertumbuhan saraf yang normal
  • Sesuai dijadikan solid food pertama bayi yang berumur 6 bulan ke atas sebagai bubur nasi

Apa Yang Best Beras Parboiled ni?

  • Sangat bersih. **betul..cantik warna dia..putih bersih je..Nak basuh pun tak perlu banyak-banyak kali**
  • Tidak patah-patah semasa diproses. **pun betul..lepas dah masak, elok bentuk dia..**
  • Sangat cantik bentuknya. Tidak patah-patah semasa dimasak. **pun betul..cantik..sebutir-sebutir nasi dari beras parboiled ni**
  • Semakin memanjang apabila dimasak. Dan yang paling penting, khasiatnya sgt tinggi!
Best ke Beras Parboiled - Untuk k.fiezz, seriusly sedap..boleh lalu kat tekak k.fiezz yang tak cerewet ni..rasa nasi dari beras parboiled ni lembut, gebu dan mengenyangkan dalam tempoh yang lama.. 

www.fiezasani.xyz

Cara Masak -

Ambil portion yang nak dimasak..Basuh beberapa kali dengan air biasa..lepas tu letakkan sukatan air lebih sikit dari sukatan beras..Contoh macam k.fiezz..1 cup kecil beras parboiled & 1 1/2 cawan air..Siap untuk di masak...Atas ni rupa beras parboiled lepas masak ikut cara k.fiezz ni..cantik kan..tak melekit..

3 Comments

  1. takpa untuk kesihatan, saya setuju kita salurkan duit ke arah yg betul. beras ni memang bagus sebab kurang kanji. memang terbaik lah ^_^

    ReplyDelete
  2. itula skrng org cakap.. nak sihat n berkhasiat tu mahai..
    tapi ni xpe kak.. mahai2 pun untuk diri sendiri =)

    ReplyDelete
  3. Parboiled pernah try, hari tu makan beras basmathi, saja nak try... harga tutup mata ler, sekilo rm18.00 ....

    ReplyDelete