Face mask diy = do it yourself...selalu kita beli face mask ni yang dah siap je kat drugstore, online shop..betul tak?sleeping mask, clay mask.. cari je kat mana-mana, mesti ada...lagi satu malas pun citernya kalau nak buat..kos pun mesti mahal sebab buat sendiri..hah, jangan tak tahu..sebenarnya bahan-bahan kat dapur pun boleh digunakan untuk buat face mask...Antara rajin dengan tidak je...

www.fiezasani.xyz

tapi yang k.fiezz nak kongsi dengan korang ni, bukan face mask diy yang guna bahan-bahan kat dapur..ni face mask diy yang k.fiezz buat masa bengkel  the butterfly project health and wellness workshop >> di Hotel Hilton, Kuala Lumpur bulan Ogos lepas...

k.fiezz joint bengkel ni sebab tengok dalam program dia, ada sesi buat face mask diy dan blend Essential Oil kita mengikut citarasa peserta-peserta..i like sangat tau..

so ni face mask diy yang k.fiezz pilih bahan-bahan mengikut masalah kulit k.fiezz...K.fiezz ni tak ada masalah yang teruk sangat kat muka ni..mungkin faktor usia..hehe..cuma cuma jerawat tu kadang-kadang suka munculkan diri time nak period..dia tak la naik banyak sangat..sebiji dua macam tu..tapi tetap menganggu..sebab kadang tangan ni pi gatal picit..dah picit, biasa la tinggal la parut hitam..adeh...walaupun sis dah berusia tapi tetap jaga kulit tau sebab sis kerja..jadi kena la jaga penampilan selain utk mr hubby k.fiezz juga..hehe..dia yang tengok hari-hari..so nak la bagi kulit ni bersih & cantik..hehe

Okey, dah membebel k.fiezz..meh k.fiezz nak kongsi bahan-bahan yang k.fiezz pilih untuk face mask diy k.fiezz ni...

Bahan yang k.fiezz pilih untuk digabungkan dalam face mask diy k.fiezz ni French Green Clay + Mango Powder, Aloe Vera Powder..1 clay mask + 2 superfood powder..

basic clay mask dah disediakan..antaranya 

- Kaolin Clay (Base Clay)
- Rhassoul Clay (Sub Clay)
- French Green Clay (Sub Clay)
- French Pink Clay (Sub Clay)
- Lava Clay (Sub Clay)

www.fiezasani.xyz
 Superfood Powder

www.fiezasani.xyz
Cara guna - Boleh dicampurkan dengan bahan2 di bawah yang setiap satu mempunyai fungsi berbeza
Minyak Zaitun - Melembapkan
Minyak Kelapa - Membersihkan
Yogurt - Menenangkan & Menyegarkan
Madu - Detoxifikasi
Air

Pilih mengikut kesesuaian masalah kulit masing-masing...

www.fiezasani.xyz

Kali ke-2 guna clay mask k.fiezz ni...sorry muka tak boleh nak senyum..tegang u masa ni...
sis okey je demi muka cantik & liang pori mengecil..hehe

Fungsi 1 Clay + 2 SuperFood pilihan k.fiezz ni?

>> French Green Clay : Mempunyai kadar penyerapan yang tinggi untuk keluarkan toksin dan caj ionik negatif membantu menarik, mengikat dan menghapuskan kekotoran. Dan juga tindakan toning merangsang kulit dengan membawa darah segar ke permukaan serta mengetatkan liang pori dan pengelupasan sel kulit mati..

>> Mango Powder : Membantu menghilangkan jerawat dan boleh dijadikan skrub untuk muka. Bagi memastikan kulit kita bersih dan lembut. Ia juga beri kesan pengelupasan kulit untuk memudarkan parut jerawat, breakout dan blackhead..

>> Aloe Vera Powder : Mempunyai ciri-ciri anti keradangan dan penyejukan, sangat sesuai untuk yang kena sunburned.. Selain ia mempunyai lapisan pelindung bagi memastikan kulit sentiasa kekal lembap. 

www.fiezasani.xyz

Dalam bentuk serbuk...cuma tambah air atau bahan-bahan yang k.fiezz dah beritahu kat atas tadi & gaul sebati..lepas tu boleh la tepek pada muka..Pakai lebih kurang 15 minit....dan boleh bilas dengan air...

Review k.fiezz - k.fiezz dah 2x guna clay mask ni..memang best sangat...rasa tegang muka masa dia dah start nak kering tu...dari segi perubahan pudar parut2 jerawat tu, ambil masa la sikit kan..kena konsisten...lepas bilas, boleh rasa kulit lebih lembut...pori mengecil..
overall puas hati sangat...

PERLU KE GUNA MASK ?

okey, kalau tanya k.fiezz perlu ke tidak...k.fiezz nak jawab perlu..sebab kulit kita ni ada macam-macam masalah..kulit kering, berminyak, sensitif..jadi untuk merawat masalah-masalah kulit kita yang pelbagai ni, kita perlu buat rawatan dengan jadikan pemakaian mask sebagai rutin..Selalunya kita guna mask ni time facial je kat spa..tapi kalau sibuk sangat, kat rumah pun boleh buat me time pemakaian mask...nak cari mask tak susah pun, boleh beli secara offline ataupun online..macam-macam jenis mask ada mengikut masalah kulit kita...k.fiezz pun antara yang selalu guna mask kat rumah..nak pi ke pusat kecantikan atau SPA ni, kena tengok dalam purse dulu..kalau tebal, okey..set pi terjah SPA..kalau poket kurang tebal, kita cari la mask yang ada kat drugstore ataupun beli online je..hehe

dan kenapa k.fiezz selalu guna mask..hah, meh tengok keistimewaan atau kelebihan bila kita selalu guna mask ni...antaranya - 

- Bersihkan kulit muka secara keseluruhan : Mask boleh menghilangkan pengeluaran minyak dan sekaligus membersihkan kulit muka sampai ke dalam pori. Kalau kita jenis guna make up yang tebal, pori2 tertutup dengan bekas make up...jadi mask membantu bersihkan sisa make up pada kulit muka kita...

- Kaya dengan pelbagai nutrisi : Kebiasaannya kandungan dalam mask mengandungi vitamin, essential oils dan bahan2 anti-aging yang mempunyai pelbagai khasiat untuk merawat & memperbaiki kulit..

- Detosifikasi : Mask boleh membuang sel-sel kulit mati dan sekaligus membantu meremajakan kulit & bersihkan kulit dari sebarang racun radikal bebas..

- Melembapkan kulit muka : Untuk yang ada masalah kulit kering, digalakkan guna mask kerana kandungannya membantu melembabkan kulit. Antara bahan yang digunakan avokado, minyak zaitun dan madu yang boleh membantu melembabkan kulit dan juga membuang sel-sel kulit mati...

- Memperbaiki Masalah Kulit : Kalau ada masalah seperti kulit sensitif, iritasi, kemerahan, sunburn, jerawat pemakaian mask boleh membantu masalah-masalah ni..

so tau dah kan rahsia sis kulit cantik & awet muda..cewah..perahsan sangat tau..haha...

NaturallyHM

Kalau korang malas nak baca entry yang lepas pasal bengkel health & wellness workshop ni, mesti tertanya kat mana nak buat face mask diy ni? okey, korang boleh buat face mask diy ni dengan NaturallyHM..Pihak NaturallyHM ada anjurkan kelas/bengkel untuk belajar buat face mask diy ni..Apa yang korang dapat dari bengkel ni?of course la clay mask yang korang dah buat & ilmu...dan juga goodies yang disediakan..

Boleh check it out kelas/bengkel yang akan dibuat dari semasa ke semasa oleh pihak Naturally Hand Made

Facebook >> naturallyhm

3 Comments

  1. wah menarik ni! sha ada sheet mask je haha tu pun maleh pakai

    ReplyDelete
  2. kite suka mask yang jenis krim ke yang mengeras ke..
    yang spesis sheet tu kureng. berair2 rimas haha..

    ReplyDelete
  3. Jaga kesihatan kulit muka. Kalau produknya baik, apa salah cuba kan

    ReplyDelete