Tahniah yang berjaya dapat anugerah paling popular ikut kategori memasing semalam..paling menang besar, harus la Mira Filzah...tahniah lagi sekali...

Tak nak komen lebih2 cuma terkejut dengan satu-dua award yang rasa macam krik krik..acane artis tu boleh menang kategori tu...tapi dah ni pun namanya anugerah bintang popular berdasarkan undian dari peminat-peminat masing-masing..jadi sapa paling ramai peminat, dia la yang paling untung..tambah2 peminat yang jenis anything for you my beloved artist..hehe

Untung la yang ramai peminat..peminat plak main vote je as long artis pujaan menang, tak kira la kategori apa pun...k.fiezz nak tanya kalau artis tu menang pun, dorang kongsi ke hadiah ngan peminat?haha..tue je k.fiezz nak tau..ada tak dengar atau masuk paper, si A menang di anugerah bintang popular & berkongsi hadiah dengan peminat...haha..kalau ada..sila share...nak tau gak..kalau cam tu berbaloi la peminat beria benor vote artis pujaan masing-masing...

Peminat pun kadang tak agak2 tau..in future please vote dengan adil..jangan la main vote ikut sedap tekak je...untuk k.fiezz tak fair sebab ada calon lain dalam kategori tu yang layak menang tapi dapat kat calon yang krik krik krik...contoh macam Siti Nordiana..weiiii..k.fiezz bukan tak suka kat dia tau..cuma dia dapat pengacara paling popular?dia mengacara satu rancangan je..Gema Gegar Vaganza...ada lagi calon lain yang mengacara lebih dari satu program & lagi glamour...camne anugerah tu dapat kat Siti Nordiana?fair tak korang rasa..adeh...tak pe la..dah dapat pun kan..rezeki dia la sebab peminat dia rajin vote...yang Siti Nordiana menang untuk kategori penyanyi wanita popular, no argument..yes, dia layak...

Cuma kita sebagai peminat, in future sila la vote dengan adil & saksama..sebelum tanda undi tu, cuba tengok artis yang kita nak vote tu layak tak dapat ikut kategori yang dicalonkan..amik contoh untuk kategori filem..artis tu ada tak berlakon filem..kalau tak banyak pun, satu..amik yang paling terbaru...anugerah dinilai untuk tahun ni kan, so cari la filem yang tahun ni punya..paling tak pun, hujung tahun lepas ke..ada la nampk kelogikan sikit di situ bila artis tu menang kategori filem... 


SENARAI PEMENANG ANUGERAH PALING POPULAR BERITA HARIAN 32

Anugerah Bintang Paling Popular
Mira Filzah

Artis Baru Wanita Popular
Haneesha Hanee

Artis Baru Lelaki Popular
Adam Lee

Artis Duet/Kolaborasi Popular
Hael Husaini & Dayang Nurfaizah

Artis Versatil Popular
Janna Nick

Artis Komedi Popular
Zizan Razak

Artis Indonesia Popular
Laudya Cyntia Bella

Artis Korea Popular
BTS

Anugerah Paling Sensasi Popular
Haqiem Rusli

Anugerah Lagu Paling Boom
Haqiem Rusli

Penyampai Radio Popular
DJ Lin

Pengacara TV Popular
Siti Nordiana ?

Penyanyi Wanita Popular Duitnow
Siti Nordiana

Penyanyi Lelaki Popular Duitnow
Khai Bahar

Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa
Mira Filzah

Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa
Syafiq Kyle

Pelakon Filem Wanita Popular
Mira Filzah

Pelakon Filem Lelaki Popular
Fattah Amin ?

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Raihan

Overall anugerah bintang paling popular ni memang based on power of fans..kalau peminat jenis rajin vote, rezeki artis tue la menang kategori yang dia dapat anugerah tu...walaupun tak logik..untuk k.fiezz la...sorry not hurt feeling fans artis yang menang semalam kat ABPBH ni..k.fiezz tak dengki pun..cuma rasa tak fair...that's all....

Selain dari yang k.fiezz letak tanda soal tu,dorang memang layak menang ikut kategori masing-masing..good luck & more success in future...

3 Comments