Jerebu oo jerebu..musim-musim jerebu ni, kesihatan kena extra jaga...terdedah dengan udara yang kotor musim jerebu ni boleh mengundang penyakit terutama yang ada penyakit asma, paru-paru..selain dari tu, boleh menyebabkan batuk, selsema, sakit mata..huh...kalau boleh nak elakkan dari terkena sakit ni..bagi yang banyak membuat aktiviti luar, digalakkan guna mask muka untuk perlindungan diri...

K.fiezz pun memula start jerebu ni, tak pakai pun mask..rimas la weiii..tapi bila tengok keadaan jerebu & bacaan IPU makin tinggi..risau plak..dah la usia ni dah meningkat..macam kan kuat je paru-paru nak menapis segala habuk/udara kotor dari jerebu ni...

MASK N95

Laju-laju k.fiezz pi cari mask muka macam dalam gambar ni kat farmasi...memula ingat nak pakai mask yang macam dalam gambar no.2, eh sekali ada member ofis share artikel kat bawah ni..adeh...kena cari hat N95 la citer dia...yang tengah tu untuk Dr atau yang bekerja di hospital...

Ada setengah syarikat provide mask N95 ni untuk staff..untuk yang tak ada, boleh cari kat farmasi..semalam k.fiezz cari kat Farmasi dalam SOGO. Harga RM6.90/satu...

Tak payah tanya, memang dah sedia letak kat atas kaunter...amik & bayar je...

Mask N95 ni sesuai sebab dia menutup keseluruhan kawasan hidung & mulut dengan rapat..dan boleh menapis habuk & debu sehalus 0.3 mikrometer...

Review k.fiezz - tadi baru rasmi guna mask ni..lemas ku dalam dakapan mu..haha...masuk dlm tren tadi, k.fiezz bukak jap...rimas rasa pakai mask ni..tapi untuk kesihatan..ku pakai jugak...dah sampai lrt yang k.fiezz nak turun tadi, baru pakai semula sebab k.fiezz nak jalan kaki ke ofis...

Surgical Mask

Yang surgical mask tu, k.fiezz banyak stok kat rumah...tue memula ingat nak pakai yang ni je..sekali baca artikel kat bawah, dia tak ada fungsi pun untuk menapis segala habuk dan melindungi paru-paru kita...adeh..memang paling suggested  yang no.1 tu - N95


www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz
Mask N95 yang k.fiezz beli kat farmasi semalam...betul ke yang ni boleh guna sekali je..
haih..mr hubby bitau smlm..boleh guna sekali je..adeh..ate ke jenuh plak weiii nak ulang beli..boleh tahan gak rega dia tu...


www.fiezasani.xyz


Bacaan IPU pagi ni..Kuning..Tidak Sihat..huhu

www.fiezasani.xyz

TIPS SEMASA JEREBU -

>> Elakkan berada di luar
>> Kerap basuh muka & badan yang terdedah kepada jerebu
>> Kerap minum air putih
>> Update dengan maklumat terkini berkaitan jerebu di media massa & ikut arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa
>> Untuk yang memandu kereta berpenghawa dingin pastikan tingkap sentiasa tertutup dan guna mod kitaran dalaman
>> Gunakan topeng muka N95 sekiranya membuat aktiviti di luar
>> Yang mengalami masalah penyakit seperti batuk, selsema, sakit mata dan jangkitan paru2 yang teruk, sila segera ke klinik
>> Perokok dinasihatkan tidak merokok

Jom kita berdoa moga jerebu ni cepat berlalu dari Malaysia.. dan keadaan kembali pulih macam sebelum ni..aamiin...

7 Comments

  1. Kena ambil tahu jugak ni kak fiezz.. musim jerebu ni banyak penyakit yang datang..So take care and semoga musim jerebu cepat pulih

    ReplyDelete
  2. Semalam pun nampak dah ada dh kat Farmasi..la ni dah ada so senang..guna yang ni bagus...

    ReplyDelete
  3. kena jaga kesihatan musim jerebu ni.. take care

    ReplyDelete
  4. Kalut betul kita mencari mask untuk jerebu ni. Skrg orang lebih tinggi awareness dah :D

    ReplyDelete
  5. Kena jaga² jerebu sekarang ni. Makin teruk tapi yang peliknya tiap² tahun jadi. Tahun sebelum ni negara Indonesia macam dah bagi jaminan ianya tidak akan berulang tup² adoiii

    ReplyDelete